SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA - 2011


Hari ini adalah Hari Raya. WuMing dan Family mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA” kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam. 
  Jika selama WuMing berkecimpung dalam Dunia Blog ini, ada yang tersilap atau terkasar bahasa.. WuMing minta maaf dan ampun. Tidak ada niat langsung untuk menyinggung hati dan perasaan sapa-sapa.
  WuMing hanya insan  biasa yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan.
  WuMing berharap semua orang dapat beraya dengan family dengan gembira. Dan jangan abaikan keselamatan dan kesihatan. Berharap sangat kita akan bertemu kembali selepas raya.
  Maaf tak dapat terjah mana-mana Blog ketika hari raya ini.. WuMing akan aktif seperti biasa bermula dari 5hb September 2011.
Akhir sekali..

SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir & Batin

Thursday, August 25, 2011

DENDANG PERANTAU




P. Ramlee

Dendang Perantau


Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

( ulang korus hingga akhir )


Hu..hu..hu.. Aku tak boleh balik Hari Raya..

Apa?..Apa?... Aku pun nak balik juga hari raya..

Hu..hu..hu..

KEPADA MEREKA YANG BALIK KAMPUNG DENGAN KERETA SENDIRI. WUMING HARAP BUAT PERSIAPAN DENGAN RAPI. JANGAN TERBURU-BURU DI JALAN RAYA. BALIK DENGAN SELAMAT

SELAMAT HARI RAYA 
JUMPA LAGI SELEPAS RAYA..
MAKAN KUIH RAYA.. INGAT LAA KAT WUMING 
I LOVE YOU ALL


MOHON MAAF JIKA PERNAH TERKASAR BAHASA.

BIDADARI SYURGA


  Dia ada 4 Blog iaitu:

  1. WARNA KASEH
  2. CUMA TINTA
  3. BLOGGER YANG DISAYANGI(BLOGLIST)
  4. WARKAH NUKILAN BIDADARI SYURGA

  

  Dalam Blogger Yang DiSayangi(Bloglist) ni dia akan listkan semua URL Blog kawan-kawan dia. Termasuk lah aku..
  Warkah Nukilan Bidadari Syurga inilah hasil karya dia yang aku selalu terjah. Blog dia cantik. Konsep English kot kalau tak silap aku.
  Entri dia pula unik. Lain dari yang lain.. Aku selalu baca. Kadang-kadang faham, kadang-kadang aku baca 2 kali pun tak faham..
 Tak faham aku tak tinggal komen laa.. Tak tau nak komen apa.. Dah aku tak faham. Tapi best juga. Dia menguji minda aku.


Jom Terjah.

Wednesday, August 24, 2011

KAPAL



KAPAL AKAN SELAMAT HANYA KETIKA DI PELABUHAN
TETAPI…
ADAKAH KITA PUNYAI KAPAL HANYA UNTUK BERLABUH?


Entri Sebelun ini: AFIKAH AZIZ

AFIKAH AZIZ


  Dia ada dua Blog
  1. ANA ABDUL
  2. KANVAS KEHIDUPAN

             
  Kanvas Kehidupan ini laa yang aku selalu terjah. Blog ini kemas,juga simple. Kombinasi Merah jambu dan hitam. Tak serabut.
  Entri dia kebanyakannya berkenaan dengan keislaman. Huraiannya senang dan mudah difahami. Sekali sekala ada juga tentang dirinya. Budak-budak atau remaja kalau masuk sini memang sesuai. Sekurang-kurangnya dapat juga tahu disamping layan internet. Daripada buang masa layan game di FB.

Jom terjah

Yang sudah terjah:KANVAS KEHIDUPAN

JAWAB SOALAN

Ni  aku di Tag oleh HANA SOFFELIA

NICKNAME
Macam-macam.. dah tak ingat dah… banyak sangat.. ikut suka aku saja aku nak taroh… Biasa la orang bosan…

SEX
Tentu la lelaki…

HAIR COLOR
Hah… Hitam.. pernah buat warna(itu masa remaja dulu)

HEIGHT
177

WEIGHT
69

PHONE OR CAMERA
Kedua-dua pun ada…Dua phone lagi..(Kerja beb..kerja beb.. Kalau boleh tak mau pakai)

ORANGE OR APPLE
Rambutan

EAT OR DRINK
Ramai orang posa laa nii.. Mana boleh bincang pasai makanan.

PIERCING
Loudly

PEPSI OR COKE
Teh Cina

BEEN IN AIRPLANE
Masa aku kecik dulu yang taruh 50 sen tu tak ada lagi..

BEEN IN RELATIONSHIP
Yes.. in the ship, ferry and Sampan..

BEEN IN THE CAR ACCIDENT
Yes… nasib aku baik… aku seorang ketika itu dan hanya kereta saja luka sana-sini

BEEN IN A FIGHT
Lelaki Bro….

1st BEST FRIEND
Malu nak mengaku.. Kini dia dah tak mengaku aku sebagai best friend lagi.. Aku orang susah.

1st AWARD
Lupa dah…

1st CRUSH
Lupa dah..


Banyak woo.. ok laa takat ni saja.. Korang tag lah diri sendiri…

Keretangan lanjut baca sini  LADY BARBELLA 


Tuesday, August 23, 2011

KELUARGA BAHAGIA

Image:Google
Entri Sebelum ini: MOMMY FARA

MOMMY FARA

  Mommy Fara ni agak baru laa Join da Group. Tapi dia juga rajin singgah kat sini. Tinggalkan ulasan.
  Blog dia simple saja. Entri dia tidak terhad pada satu dua topic. Macam juga dengan Blogger lain yang kreatif, dia ada macam-macam. Siap berjiwa Patriotik lagi…
  Sama seperti rakan-rakan aku yang lain di alam maya ini. Aku juga support dia. Bagi aku tolong-menolong ni bagus. Bila kita kedepan, kita tarik orang di belakang. Nanti bila orang ke hadapan mereka juga tak akan lupakan kita.
  Tapi walaubagaimanapun kita tak boleh mengharap. Kita tolong orang. Cukup setakat itu. Tanggung jawab kita dah selesai.

 Jom terjah:POK AMAI-AMAI 
Nampak tak... Nama aku pun ada....Terbaeeekkkkk!!!!

Monday, August 22, 2011

SUARA ORANG MATI MENYANYI


Cerita ini berlaku tahun lepas. Lex, Kent dan aku pergi ke sebuah kampung. Kami pergi melawat dusun rambutan dan durian kawan aku Chong.(Semua bukan nama sebenar).Kami bercadang nak bermalam di sana 2 malam.
  Sampai di sana kami pun kemas barang-barang. Lepas itu kami semua turun ke dusun cari buah durian. Sampai senja kami semua pun dah letih. Lepas mandi dan sarapan malam kami pun bersembang. Hampir pukul 10 malam masing-masing pun dah mengantuk.
iMAGE: gOOGLE

    Chong: Korang nak minum kopi tak?
    WuMing: Tak mau lah.. Aku nak tidur.
    Lex: Aku pun nak tidurlah… Esok sajalah..
    Kent:Krohhhh!!!Weee...Krohhhhh!!!!Weee

  Keesokan pagi semua orang pun gempar dengan cerita aku.

    WuMing: Korang tau tak semalam aku dengar suara orang menyanyi..
    Kent: Biasa aar tuu… Orang lain tak tidur lagi… kita saja yang tidur awal..
    WuMing: Memang laa biasa kalau orang yang menyanyi.. Tapi suara orang yang menyanyi semalam itu… Setahu aku dia dah meninggal.

    Chong: Biar betul wei….

  Malam itu semua orang dah berada dalam rumah seawal pukul 7 malam. Hanya aku saja yang belum mandi.. Telaga pula agak jauh dari rumah yang kami tidur malam itu.Biasa laa rumah kampung.

    Lex: Wuming, Ko tak mandi lagi.. Tak takut ker pergi mandi seorang nanti.
    Chong: Aku tak mau teman tau.. aku gerun laa dengar cerita ko pagi tadi.
    Kent: Aku pun tak lapang laaa…
    WuMing: Laaa… nak takut apa… Suara yang aku dengar semalam  tu suara Micheal Jackson.. Orang tepi rumah yang pasang CD…

    Lex,Chong dan Kent dengan serentak berkata “ Kurang asam punya WuMing”
  Apa?... korang pun tak puas hati… siapa suruh mereka tak tanya aku awal-awal…


Entri sebelum ini : HANA SOFFELIA 

HANA SOFFELIA

  Ini merupakan rakan baru aku. Hana baru saja join sini. Blog dia juga simple. Warna butih berseri. Hana merupakan bakal pengantin baru. Hah… sibuk lah dia buat persiapan untuk hari yang paling istimewa. Sama-samalah korang doakan agar mereka menjadi pasangan pengantin yang bahagia selama-lamanya.
  Aku rasa Hana ni pencinta Kucing. Sebab aku tengok dia ada gambar bersama kucing. Cute kucing tuu…
  Blog Hana menceritakan aktiviti dia,tips kecantikan pun ada, hiburan dan macam-macam lagi. Entri dia simple-simpla saja. Aku rajin ke Blog dia. Boleh dikatakan tiap-tiap kali aku online lah…

Jom Kita terjah: LADY BARBELLA VOICE

Blog dah terjah:

  1. CIK AZIZAH
  2. LINDAHERY
  3. SHE IS GEE
  4. YATT
  5. CAHAYA MATA @ NURUL ARE INN


Sunday, August 21, 2011

MADU DI HUJUNG PEDANG

Seorang pemotong kayu telah masuk ke dalam hutan untuk mencari kayu api untuk dijual. Dalam perjalanan dia terserempak dengan seekor harimau yang sangat ganas. Harimau itu mengejar pemuda itu. Pemuda itu pun lari tinggalkan semua perkakasnya di belakang.
Image:Google
  Semasa dia berlari itu dia ternampak sebuah perigi buruk. Dia terfikir “Hah.. aku dah selamat”. Dia pun cepat-cepat turun kedalam telaga dengan memegang pada akar-akar kayu yang terjuntai masuk ke dalam telaga buruk  itu.
Image:Google
  Malang sekali didasar telaga itu terdapat 3 ekor ular berbisa sedang menunggu. Dia sangat takut. Dia bergayut pada akar-akar kayu itu. Dia tak berani turun. Semasa dia melangut ke atas ternampak pula 3 ekor tikus sedang menggigit akar kayu yang dia sedang bergayut itu. Pemuda itu sangat takut.
Image:Google
  Sekarang bahaya berada disekeliling pemuda itu. Di atas ada harimau. Di bawah ada ular bisa. Tikus pula sedang gigit akar kayu yang dia sedang bergayut.
Image:Google
  Pada ketika itu datang 5 ekor lebah. Lebah ini dan  menitiskan madunya yang sangat manis. Ia betul-betul masuk ke dalam mulut pemuda itu. Pemuda itu sangat suka dengan kemanisan madu itu. Dia sangat gembira. Dia pejamkan matanya dan melepaskan tangan.

  Moral dari cerita ini adalah: Kita jangan mudah terlupa apabila kita mencapai sedikit kejayaan. Kerana kejayaan yang sedikit itu akan menyebabkan kita leka. Maka kita akan kembali kepada keadaan yang dulu.
  Semasa kita berada di puncak jangan lupa pada onak duri yang kita telah lalui. Jangan lupa dan leka. Kerana ia adalah punca kepada malapetaka dalam hidup.



ENTRI SEBELUM INI:CAHAYA MATA @ NURUL ARE INN





CAHAYA MATA @ NURUL ARE INN

  Nurul juga sama dengan rakan-rakan aku yang lain. Dia dah lama jadi pengunjung tetap Blog aku ni. Walaupun dia tak laa kerap update blog dia sangat. Tapi dia tetap masuk blog aku. Ini yang buat aku terharu nii…
  Blog dia simple. Walaupun jarang up date… Hah.. skali dia update. Buat cerita lawak. Best woo. Macam yang terbaru ini. Tak tahan aku membacanya.
  Korang masuklah terjah dan follow blog dia. Mesti tak kecewa. Carilah entri yang korang minat. Cuba baca tengok. Memang kelakar tau…

Tengok tuu... siap support kawan-kawan...TQ Nurul

Terjah sebelum ini



  1. CIK AZIZAH
  2. LINDAHERY
  3. SHE IS GEE
  4. YATT

Thursday, August 18, 2011

PETA HARTA KARUN

Image: Google

  Dua orang pemburu dalam perjalanan ke sebuah hutan yang penuh dengan binatang-binatang liar. Mereka pergi dengan menaiki sebuah kereta pacuan 4 roda. Dalam perjalanan, pemburu yang memandu kereta terpaksa brake mengejut.
  Di tengah-tengah jalan, terdapat sebuah batu yang agak besar. Mereka berdua terpaksa turun untuk mengalihkan batu itu.
  Apabila mereka turun, mereka ternampak ada catatan di atas batu

“ Di tapak batu ini ada tercatat peta harta karun yang sangat bernilai”

  Kerana sifat tamak kedua-dua orang pemburu itu. Mereka berusaha untuk mengangkat batu itu. Oleh kerana batu itu terlalu berat. Mereka terpaksa buang masa di situ 5-6 jam.
  Akhirnya mereka Berjaya mengalihkan batu itu. Dan mereka nampak tulisan di bawah batu itu

“Alihkan batu ini seperti sebelum ini, supaya boleh tipu orang lain pula”

Kita sepatutnya fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Apa lagi jika ingin keluar wang dan tenaga untuk melabur dalam sebarang perniagaan. Tak semua orang yang beri peluang pada kita itu IKHLAS.




Entri sebelum ini : Jom Terjah - YATT

YATT

  Hah… Yatt juga adalah salah seorang rakan aku dari dulu. Dan dari dulu lah sampai ker hari ini dia kunjung ker blog aku ini. Aku juga sama.
  Siapa-siapa nak tahu rahsia kebahagian rumah tangga tanya laa dia. Yatt dan suami dia merupakan pasangan suami isteri yang baik
  Mereka dah kahwin tapi mereka masih keluar dating seperti sepasang kekasih..
  Hah!!!... lepas tu dia akan share lah dengan kita menu-menu menarik dan tempat-tempat menarik untuk dikunjung.
  Aku suka masuk blog dia… tapi kadang-kadang kena pergi sarapan laa dulu… terliur juga tengok menu yang dia tunjuk dalam Blog dia.
Jom terjah dan follow YATT.
Hah... WuMing punya nama ada kat situ...


Wednesday, August 17, 2011

REENNIE ANAK KU SAYANG - TAMAT

Image:Google

Sambung dari cerita sebelum ini.. Nak tahu baca SINI.
  Dalam perjalanan ke klinik Salina sangat cemas. Dia memandu agak laju. Cikgu kelas Reennie pergi bersama.
  Sampai di Klinik Salina pun terus mendukung anaknya masuk ke dalam klinik. Di kaunter klinik, Salina beritahu ini kes kecemasan dan perlu jumpa doctor segera. Selepas Petugas yang jaga di kaunter bertanya pada Doktor, dia pun suruh Salina terus dukung anaknya masuk jumpa doctor.
  Selepas periksaan yang rapi terhadap Reennie.. Doktor pun berkata,

Doktor: Maaf puan….
Salina: Kenapa?.. Kenapa?....
Doktor: Reennie dah tak bernafas lagi..

  Salina dengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh doctor. Tetapi dia rasa seperti tidak percaya apa yang didengarnya. Dia rasa hendak bertanya berkali-kali. Tapi dia tahu ini bukan drama swasta. Ini real..Perasaan Salina ketika itu… sangat sukar untuk di gambarkan…Seorang ibu yang kehilangan anak kesayangan dalam sekelip maka. Pemergian yang tak akan pulang lagi buat selama-lamanya….

Doktor: Saya dapati ada dua patukan berbisa pada kaki kanan Reennie.
Salina: …………………….
Guru Tadika: Patukan apa Doctor?

  Salina berdiam seribu bahasa… Hanya tangisan seorang ibu yang kehilangan anaknya sahaja kelihatan ketika itu..

Doktor: Nampak seperti patukan ular.

  Lalu mereka pun ambil kasut Reennie dan tengok… Memang tak salah dakwaan doctor. Apa yang mereka nampak adalah seekor anak ular tedung selar yang telah mati.
  Mungkin dia telah patuk Reennie semasa Reennie pakai kasut dan ular itu sendiri mati lemas dalam kasut itu.
  Ini adalah kisah benar yang aku baca dari e-mail. Yang berlaku di satu tempat. Jadi aku  olahkan cerita ini ikut gaya aku dengan lebih dramatic untuk renungan bersama. Supaya kita sama-sama berhati-hati.
  Kongsilah cerita ini dengan orang yang korang sayang… “Share” lah entri ini sebanyak yang mungkin.. Korang tak perlu keluar sebarang bayaran.. Tapi telah membantu orang untuk berwaspada dan hindari dari malapetaka ini.




Entri sebelum ini: She's Gee a.k.a. Cik Gee

SHE IS GEE


 Cayalah Gee… Si budak comel ni. Apa yang dia tak tau. Blog tutorial, Agama(Islam) dan macam-macam lagi. Semua dia buat. Boleh dikatakan tiap-tiap hari jugalah aku masuk Blog dia.
  Gee juga merupakan seorang rakan yang setia. Dari mula dia masuk komen entri aku. Sampai lah ke hari ini. Dia masih lagi tak jemu-jemu nak kunjung ke Blog yang tak seberapa ini. Malah dah berapa kali dia buat entri tentang Blog aku ni.. Terhahu aku di buatnya…Rasa macam nak peluk erat-erat…. Ehh…ehh tak boleh…tak boleh.. Jangan marah Gee… Gurau saja.
  Korang rugi taw kalau tak masuk tengok Blog dia. Banyak benda boleh belajar. Siapa nak bagi Blog canggih… tanya dia
  Jom terjah dan Follow :Cik Gee
Cik Gee juga support kawan-kawan.

Dah Terjah
  1. CIK AZIZAH
  2. LINDAHERY

Monday, August 15, 2011

REENNIE ANAK KU SAYANG

Salina mempunyai seorang anak perempuan berusia 6 tahun yang sangat comel. Salina telah disahkan oleh doctor bahawa dia tidak boleh lagi melahirkan anak. Jadi Reennie merupakan segala-galanya bagi Salina dan suaminya Harish.
  Tiap-tiap pagi Salina akan hantar anaknya ke sekolah tadika di Bandar berdekatan dengan kereta yang di belikan oleh suaminya.

Salina: Cepat nak… nanti lewat. Tak baik kita pergi sekolah lewat… Pakai kasut tuu..
Reennie: Ya mak… nanti baby pakai kasut dulu..
Rennie: Aduhh…!!
Salina: Hah!!!.. kenapa??…kenapa??…

Image: Google
  Hanya anaknya bunyi “aduh” sikit saja Salina dah panik… Maklumlah anak kesayangan. Lalat pun tak boleh hinggap pada anak kesayangan mereka itu.
  Dalam perjalanan ke sekolah. Reennie nampak letih saja. Salina memandu dengan tenang. Apabila dia toleh sekali lagi.. Reennie pun dah dah lena.

Salina: Ahh!!... Dah lena dah… letih laa tuu… Kesian anakku…(sambil senyum)

  Sampai depan sekolah..

Salina: Baby… dah sampai sekolah nak… bangun nak…

  Tapi Reennie diam saja. Tidak ada sebarang respon. Salina pun gerak anaknya.. Dia amat terkejut apabila dia nampak mulut anaknya kehitaman dan muka pucat lesi..
  Dia semakin cemas dan panggil Reennie berkali-kali.. Cikgu sekolah pun datang dan tengok keadaan Reennie. Cikgu mencadangkan supaya Salina bawa anaknya ke klinik berdekatan.
  Panjang laa pula cerita ni… Tak larat nak menaip dah… Nanti sambung lah..


Entri Sebelum ini : JOM TERJAH - LindaHery

JOM TERJAH - LindaHery

  Linda merupakan orang terawal komen dalam entri aku. Sejak aku baru-baru berjinak dengan dunia Blog ini. Sampai lah ke hari ini. Dia masih lagi kunjung ke sini. Beri komen atau ulasannya.
  Tak guna kita buat entri yang hebat kalau orang tak baca. Rasa sayu saja kan?.. Tapi dengan adanya komen dari kawan seperti Linda ini lah buat aku bersemangat.
  Aku juga sama. Dah menjadi rutin. Masuk saja ofis, on laptop dan buka Blog, dan aku akan masuk tengok blog dia.
  Dia rajin juga ubah penampilan Blog dia. Paling sempoi gambar dia dengan Husband dia. Best kan?. Romantis gitu..
  Jom follow dan terjah Blog LindaHery
Hah!!! Nampak tak dia support aku.. Ada link ke Blog aku lagi...

Kriteria Sahabatku Di alam Maya ini adalah:
  Di mata orang lain dia mungkin biasa saja. Tapi bagi aku, dia sangat Hebat. Sebab betapa hebatnya blogger tu  pun… Tak ada makna bagi aku, kalau tak pernah baca entri aku. Tapi Linda selalu support aku. Walau dia tak ada entri baru… Tapi dia akan masuk juga kat sini.

Dah Terjah:Cik Azizah

Sunday, August 14, 2011

JOM TERJAH - Cik Azizah

  Mulai dari hari ini.. Aku akan post dua entri dalam satu hari. Satu adalah entri biasa yang aku postkan tiap-tiap hari. Satu lagi pula aku akan post Blog-blog yang terbaik di Malaysia(pada pandangan aku laaa.. Orang lain punya pandangan.. itu dia orang lain punya hal)
  Blog yang pertama aku nak perkenalkan adalah Blog kepunyaan Cik Azizah. Korang tahu tak sejak aku mula berbolg ini kan.. Dia adalah salah seorang yang mula-mula follow aku. Dia juga rajin komen. Boleh dikatakan setiap entri aku dia mesti baca dan komen.
  Blog dia ada macam-macam. Dari petua kesihatan, panduan agama(islam), cerita tentang artis dan sebagainya.
  Rugi taw kalau korang tak follow dan baca blog dia.
Ciri-ciri sebagai sahabat di alam maya yang ada pada Cik Azizah.

  1. Blogger yang hebat.
  2. Follow aku… He..he..he..
  3. Senaraikan Blog aku dalam Blog list dia.
  4. Selalu komen entri aku…


Jom Terjah Blog dia.. Klik pada nama dia : Cik Azizah

Entri sebelum ini : SAHABAT

Saturday, August 13, 2011

SAHABAT


Image:Google

Orang yang digelar SAHABAT
Tidak perlu mempunyai tahap pendidikan yang sama,
Tidak perlu berada di tahap yang sama,
Tidak perlu mempunyai jawatan yang sama,
Tidak perlu dari bangsa dan agama yang sama.

Sahabat – Akan tegur ketika kita tersilap,
Sahabat – Sentiasa mendengar ketika kita meminta,
Sahabat – Akan sentiasa tunggu apabila kita terlewat,
Sahabat – Akan mendayung ketika kita berehat,
Sahabat – Akan menegur ketika kita sedang berduka,
Sahabat – Akan kejutkan kita ketika kita leka,
Sahabat – Akan pujuk ketika kita merajuk,
Sahabat – Akan mengajar ketika kita silap,
Sahabat – Akan berkongsi ketika kita kehabisan,
Sahabat – Akan memapah kita ketika kita jatuh,
Sahabat – Akan bersedih ketika kita menangis,
Sahabat – Akan senyum ketika kita ketawa,

Sebagai seorang sahabat, korang seharusnya berkongsi mesej ini. Agar sama-sama kita mengerti apa itu persahabatan.
Jangan tunggu orang lain yang hantarkan mesej ini pada anda.


Sebenarnya ada banyak lagi erti persahabatan… Tapi aku takut korang tak baca kalau terlalu panjang.. Jadi aku ringkaskan saja…

Thursday, August 11, 2011

PERGI TOILET UNTUK KESIHATAN


Image:Google

Apabila baca tajuk ini, Korang rasa aku ni merepek sajakan?. Sabar…sabar… baca dulu tuan-tuan dan puan-puan…Alamak macam orang jual ubat kat pasar malam pulak…he..he..he..
Ada orang pandang remeh dengan isu ini. Tapi korang tahu tak. Kerana isu inilah ramai orang telah menghidap pelbagai penyakit hari ini.
Menggikut kajian dari pakar kesihatan yang mengkaji tentang isu ini. Mendapati seseorang yang jarang buang air besar mendapat peluang yang lebih tinggi untuk mengidap penyakit kolon.
Korang tahu tak kenapa? Ok mari kita tengok hasil kajian dari pakar-pakar tersebut.
Sampel najis yang ada dalam usus manusia selama satu hari telah diambil. Kemudian dicampur dengan air dan di suntik pada seekor tikus yang aktif.
Hasilnya..Tikus itu masih hidup dan aktif  seperti biasa. Tidak ada perbezaan yang dapat di lihat.
Sampel yang kedua di ambil. Kali ini mereka ambil sampel najis yang ada di dalam perut manusia selama 2 hari. Sama juga dengan sampel pertama. Mereka campur dengan air dan di suntik pada tikus makmal yang lain.
Hasilnya.. Tikus yang kedua ini lesu dan kurang aktif. Hasilnya sangat ketara. Sedangkan kesihatan tikus yang kedua ini adalah sama dengan tikus yang pertama sebelum di suntik dengan sampel najis ke 2 tadi.
Sampel yang ke 3 di ambil. Kali ini pula mereka ambil dari najis yang brada dalam usus manusai selama 3 hari. Ini bererti orang itu tidak buang air besar selama 3 hari.
Juga di campur dengan air dan di suntik pada seekor tikus makmal yang sihat.Korang tahu tak apa yang terjadi dengan tikus yang ke 3 ini setelah di suntik dengan sampel najis yang ke 3 itu.
Tikus yang sebelum ini sihat telah mati apabila di suntik dengan sampel najis yang ke 3.
Korang bayangkan najis atau sisa najis yang berada di dalam usus kita yang melebihi 3 hari. Ini lah sisa najis yang menjadi toksid dalam perut kita. Yang merupakan punca kepada pelbagai jenis penyakit. Yang bermula dari Penyakit kolon.

Wednesday, August 10, 2011

AARRRGHH TAKUT


Musuh yang paling bahaya adalah diri sendiri.
Kegagalan yang paling teruk adalah sifat penting diri sendiri.
Perbuatan yang paling bodoh dalam hidup adalah hipokrit.
Perbuatan yang paling keji dalam hidup adalah sifat dengki.
Kesilapan yang paling teruk dalam kehidupan adalah kalah pada diri sendiri.
Perkara yang paling malang dalam kehidupan adalah tipu diri sendiri.
Perkara yang paling simpati dalam kehidupan adalah perasaan putus asa.
Kegagalan yang paling dasyat dalam hidup adalah bila putus harapan.
Hutang yang paling besar dalam kehidupan adalah hutang budi.
Kekurangan yang paling teruk dalam kehidupan adalah apabila pandang kehidupan dari sudut negative.