SELAMAT TAHUN BARU 2015

Friday, January 11, 2013

JANGAN TERPERANGKAP

Image:Google

  Hanya beberapa kata-kata kesat dari mulut orang bodoh. Buat kita hilang arah. Hilang pedoman. Marah sampai tidak tentu arah.  Susah hati sehingga tidur tak lena.

  Ambil kisah sehingga sanggup bergaduh. Sanggup membunuh. Tindakan yang boleh merugikan diri sendiri. Ditangkap dan di penjara sehingga merana seumur hidup.

  Inilah kisah pelik yang benar-benar berlaku pada makhluk yang menggelarkan diri mereka manusia atau haiwan yang paling bijak dan mulia..

  Perlu difikirkan semula…….

Wednesday, January 9, 2013

IMPIAN DAN KENYATAAN

Image:Google






SAYANG KERETA

Image:Google








Monday, January 7, 2013

JENAKA YANG PERLU DITANGISI

Image:Google

Ada tak siapa kenal lelaki di dalam gambar di atas?…. Aku tahu… aku tahu… ramai yang tak kenal… atau hampir semua orang tak kenal… Saja laa aku nak tanya sebagai mukadimah….

  Kitano Takeshi… Beliau adalah seorang artis lawak Jepun yang terkenal. Dia juga merupakan seorang pengarah yang berbakat. Malah telah menerima beberapa anugerah antarabangsa.

  Beberapa tahun yang lepas, Ibu beliau telah meninggal dunia. Beliau terpaksa balik ke kampung halaman. Untuk memberi penghormatan yang terakhir kepada ibu beliau. Walaupun Kitano tidak berapa suka pada ibunya. Kerana Ibunya selalu minta wang. Malah Kitano akan dimarahi teruk teruk jika lambat atau tidak kirim wang balik kampung.

  Ibunya juga akan minta jumlah yang lebih banyak apabila ibunya tahu Kitano mendapat banyak peluang untuk mengarah filem. Lebih-lebih lagi jika  ibunya tahu anaknya semakin popular.

  Tetapi apabila sampai sahaja di rumah. Kitano tetap berasa hiba dan terus menangis. Menangis keatas pemergian ibunya buat selama-lamanya. Menangis kerana beliau tidak sempat menjaga ibunya dengan baik. Walaupun hanya seorang ibu yang hanya tahu minta wang darinya.

  Selepas majlis pengkebumia ibunya selesai. Abang Kitano menghulur sebungkus sampul surat pada Kitano. Emaknya pesan agar bungkusan itu haruslah diberi kepada Kitano apabila ibunya meninggal.

  Didalam sampul surat itu terdapat sebuah buku akaun dan sepucuk surat. Sebelum membuka buku itu. Kitano terus membaca surat yang ditulis oleh emaknya.

  “Kitano anakku, di antara anak-anak mak. Kaulah orang yang emak paling bimbang. Sejak kecil lagi. Engkau adalah seorang yang pemalas. Malah tidak pernah mendapat keputusan yang baik di sekolah.  Seorang yang boros. Tidak tahu buat simpanan. Malah seorang yang baik hati. Selalu sahaja belanja kawan-kawan. Walaupun engkau tidak ada wang yang banyak.

  Selepas anak pergi merantau di Bandar. Emak sangat bimbang kamu akan menjadi seorang yang malas dan hidup merempat. Jadi emak selalu minta wang dari kamu agar kamu rajin untuk berusaha dan di dalam masa yang sama, emak dapat tolong buat simpanan untuk kamu.

  Emak simpan semua wang yang kamu kirim pada mak. Mak tidak pernah guna walaupun satu Yen. Abang kamu jaga emak dengan baik disini. Kini wang simpanan kamu dah berjumlah jutaan Yen. Kamu gunalah sebijak yang mungkin. Emak sesalu sayang kamu.

  Selepas membaca surat itu, Kitano terus terduduk di situ sambil lihat wang simpananya yang sangat banyak.

Ibu bererti …. Memberi……Sayangilah ibu korang sebelum terlewat…



Friday, January 4, 2013

SEGALANYA TIDAK BERKEKALAN

Image:Google

Manusia akan menjadi alpa dan riak apabila mempunyai rupa dan paras yang sempurna. Malah ada yang sanggup menghina sesama manusia. Hanya kerana rupa paras orang lain tidak setanding mereka.

  Ada pula yang sanggup memperdagangkan tubuh mereka. Kerana mereka sedar diri mereka cantik dan rupawan.

 Tetapi adakah mereka sedari… Inilah rupa mereka setelah mereka kehilangan nyawa…

 Adakah mereka sedar… bukan semua semua bunga itu akan layu setelah ia mekar. Bukan semua daun akan gugur hanya setelah ia tua.




Wednesday, January 2, 2013

AZAM TAHUN BARU






Azam tahun baru…?!!! Biasa laa.. hampir setiap orang akan menetapkan satu azam baru untuk setiap tahun.

  Nama pun “Azam baru”. Mesti laa azam yang baru...Kan?..Kan?.. Tetapi persoalannya. Apa terjadi dengan azam tahun lepas. Dua tahun lepas atau sepuluh tahun yang lepas.

  Adakah kita telah berjaya capai apa yang telah kita tetapkan. Atau azam tinggal cuma azam sahaja.

  Fikir-fikirkan lah…

  Bagi akulah… Setiap hari aku bangun dengan azam aku sendiri setiap hari.. Aku tidak meletak azam aku yang terlalu tinggi untuk aku capai. Juga tidak terlalu rendah sehingga membuat aku menjadi seorang pemalas.

  Tetapi satu azam aku yang aku selalu tetapkan. Malah setiap detik dan saat yang aku sedari. Iaitu aku ingin menjadi seorang anak yang baik. Maklumlah aku dah tak ada ayah. Hanya tinggal seorang Mak sahaja untuk aku bermanja.

  Aku juga ingin menjadi seorang bapak dan seorang suami yang baik.

  Maka dengan ini, segala perbuatan aku akan terkawal. Kerana seorang anak yang baik , kita terpaksa memenuhi pelbagai syarat. Seperti menjadi seorang yang baik, rajin dan sebagainya. Agar tidak membuat perkara yang memalukan ibu bapa. Dan juga sebagainya.




  Sebenarnya, ini adalah pendapat peribadi aku. Mungkin tidak sama dengan orang lain. Aku tidak kisah kalau orang tidak setuju dengan cara aku. Asalkan aku tidak mengganggu orang lain. Juga tidak mempertikaikan impian atau azam orang lain.

 Terima kasih dan SELAMAT TAHUN BARU.



TAJUK “UNDUR”



Sebenarnya gambar pada tajuk ini, bukan laa bererti aku nak undur diri. Tetapi ia merupakan gambar yang mereka buat pada belakang lori kontena.
  Apabila kita pandang sepintas lalu. Kelihatan seperti lori itu sedang berundur.
  Aku tak akan berhenti dari berkarya dalam blog ini. Jika tak ada idea atau tak lapang. Aku akan tinggal sebentar sahaja.
  Aku buat blog kerana suka-suka. Tak ada siapa paksa atau aku mengharap sesuatu. Jadi tak ada alasan untuk aku hendak berhenti.
  Lapang… aku post lah…  Jika tak lapang aku berhenti sekejap…… Itu saja..
  Apa-apa pun aku ucapkan ribuan terima kasih kerana bertanya.. Terima kasih….