SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, February 29, 2012

PERJALANAN HIDUP

Image:Google

JANGAN TERLALU TAKSUB UNTUK MENUJU KE DESTINASI
SEHINGGA TERLUPA PADA PEMANDANGAN DI TEPI JALAN YANG DILALUI.

Kerana dunia yang penuh dengan pertandingan dan perbandingan. Manusia berlumba-lumba untuk  mencapai kejayaan dalam hidup masing-masing. Tanpa memikirkan apa yang telah mereka lakukan.
Mereka tidak memikirkan kesan kepada orang sekeliling. Baik atau buruk. Seperti yang kita lihat di kaca TV, fitnah, umpatan, kata keji dikeluarkan oleh mereka yang digelarkan pemimpin masyarakat.
Orang yang cetek pemikiran akan terpedaya dengan omong kosong mereka. Lakonan mereka. Gula-gula diberi. Hanya sebagai jambatan manusia untuk mereka menyeberang kearah kejayaan yang mereka impikan.
Ini hanya kata-kata dari seorang insan yang kerdil. Yang bosan dengan sandiwara pihak-pihak tertentu. Tiada kaitan dengan mereka yang masih berlegar-legar dengan bertopengkan manusia atau yang telah mampus.

Tuesday, February 28, 2012

KEMATIAN DAN MEMORI

Image:Google

KEMATIAN TIDAK DAPAT MELUNTURKAN KENANGAN KETIKA BERSAMA

Kematian itu hanya merupakan satu perpisahan dari segi fizikal. Kita Cuma tidak dapat berjumpa. Tidak dapat melihat dan berbual.
Tetapi kenangan ketika bersama semasa hayat mereka masih segar dalam ingatan. Mereka sentiasa dikenang tak kira siang atau malam.
Lebih-lebih lagi orang yang kita sayangi. Mereka sentiasa dirindui.
Orang yang baik akan dikenang oleh semua orang yang mereka kenali. Orang yang tak baik akan dilupakan begitu saja.
Ayah….Saya sentiasa merindui ayah… Saya akan sentiasa mengingati segala tentang ayah…

Monday, February 27, 2012

PEMILIK KERETA DI MALAYSIA

Image: Aku punya sendiri Daaa...

Sebenarnya rakyat Malaysia adalah rakyat yang mewah. Bukan semua laa.. Tapi kebanyakan. Kenapa aku kata begitu?
Cuba kita lihat di jalanraya.. Banyak kereta. Tak kira di Bandar, pekan-pekan kecil atau di kawasan pedalaman.
Kalau kita tengok kebanyakan rumah-rumah di Malaysia ini.. Kebanyakannya memeliki lebih dari sebuah kereta… Bukan kah itu satu kemewahan…?!!
Malangnya mentality rakyat Malaysia( Bukan semua) tidak berkembang seiring dengan perkembangan pembangunan Negara.Kemewahan mereka.. Salah Siapa?.. Mereka dan keluarga mereka?
Sendiri fikir lah…
Kita boleh lehat sendiri.. Pemilik-pemilik kereta di Negara kita… Ada yang parking ikut suka hati mereka. Potong ikut suka hati mereka.. Dan banyak lagi kelakuan ANEH yang dilakukan oleh mereka..
Parking satu hal laa.. Tapi jika memandu di jalan raya. Jika potong ikut suka, dan berhenti ikut suka.. Ini sudah bahaya.
Jika hanya membahayakan mereka dan keluarga mereka sahaja.. Tak kisah laa.. Ini membahayakan pengguna jalan raya yang lain pula…
Fikir laa sikit… Kita juga tak suka orang lain memandu dengan cara yang tak betul, parking tak betul.. Orang lain pun sama juga.
Aku buat entry ini bukan marah atau luahkan perasaan. Sekadar sampaikan mesej rakyat.. He..he..he.. Label entry ini pun “ RUNGUTAN RAKYAT”
Hanya untuk kebaikan bersama….

Aku pernah buat Entry seperti ini. Baca tajuk ini:PARKING

Thursday, February 16, 2012

I'LL BE BACK

Wednesday, February 15, 2012

MATI DENGAN KUALITI

MATI KERANA KELETIHAN ADALAH LEBIH BAIK DARI DUDUK SAMPAI BERKARAT

Image:Google

Hidup kita penuh dengan dugaan. Ada segala perasaan yang datang dan pergi. Tidak ada satu yang kekal.

Ada orang yang terus berusaha tanpa memikirkan penat lelah . Hanya berusaha untuk Berjaya,

Ada pula yang hanya merungut dan berserah.

Tuesday, February 14, 2012

UKIRAN DI PENSIL

Semua Gambar adalah Ehsan dari GOOGLE.  Kalau kita nak buat apa... Hanya fikirkan boleh dan yakin... Kita pasti akan berjaya...

Monday, February 13, 2012

VALENTINE'S DAY

Image:Google

Kita Cuma nak tunjukkan kasih sayang pada yang tersayang hanya satu hari saja..?  Tak adil lah..

Hari ini hanya untuk orang yang tak pernah hargai kekasih mereka saja. Bagi WuMing tiap-tiap hari adalah hari Bapa, Hari Ibu, Hari anak dan hari kekasih…
Cuma hari raya saja pada tiap-tiap hujung bulan…He..he..he..

Ini pendapat aku laa… Tak semestinya sama dengan orang lain… Juga tak semestinya semua orang setuju…Saja nak bersantai-santai…

Sunday, February 12, 2012

LUARAN

Image:Google

Kulit hanya titik permulaan untuk kita mengenali antara satu sama lain.

Kebanyakan orang menilai seseorang itu hanya dari segi luarannya sahaja. Kadang-kadang luaran yang cantik itu tak semestinya mempunyai isi dalaman yang baik.
Tidak terhad kepada barangan atau Manusia. Kita sepatutnya mengambil sedikit masa untuk mengenalinya lebih banyak atau lebih dekat.
Guna mata hati atau nilai-nilai yang baik dalam diri kita untuk menilai.
Baru kita dapat menilainya dengan tepat.

Thursday, February 9, 2012

NAVIGATION BAR

Tadi LINDAHERY  tanya macam mana nak buat Nav. Bar.

Ikut langkah di bawah
• Mula-mula Klik pada “Design”

• Klik  “Add a Gadget”

• Drag pi kat atas
• Copy dan paste yang warna merah kat bawah.

Ubah laa URL web mana korang nak.. Atau yang berwarna kuning tuu…

HOME

ABOUT ME

GOOGLE

YAHOO

FACEBOOK

YOUTUBE

TEMAN YANG BAIK

Image:Google

Mempunyai teman atau sahabat yang baik adalah sama seperti mempunyai abang dan kakak yang baik.
Sentiasa menegur dan memaafkan kita apabila kita tersilap

Wednesday, February 8, 2012

DUNIA ALAM MAYA - INTERNET

Image:Google

Tidak ada siapa beritahu kita setiap sudut kehidupan mereka.
Tidak ada orang cerita semua kisah mereka.
Jadi kita hanya kenal sebahagian sahaja dari mereka.
Hanya orang yang kurang matang saja yang luahkan semua,
Juga hanya orang yang kurang bijak sahaja yang mempercayainya semua
Fikir-fikirkanlah….

Tuesday, February 7, 2012

CIUM ISTERI

Image:Google

Suatu pagi.. Seorang isteri telah meluahkan perasaannya yang terbuku dalam hati pada suaminya.

ISTERI: Abang.. Saya nampak tiap-tiap hari lelaki sebelah rumah kita, cium isterinya  sebelum keluar bekerja.

SUAMI: Habis tuu… apa masalah awak?

ISTERI: Kenapa abang tak buat seperti lelaki itu?

SUAMI: Abang pun teringin juga… Tapi abang tak berapa rapat dengan isterinya…

ISTERI: ???!!!!..........

Friday, February 3, 2012

SAHABAT YANG DICARI

Image:Google

Mereka sayangkan anda,
Tetapi mereka bukan kekasih..
Mereka ambil berat tentang anda,
Tetapi mereka bukan keluarga..
Mereka sedia untuk turut sakit apabila anda kesakitan,
Tetapi mereka tiada talian darah dangan anda..
Inilah sifat seorang sahabat yang dicari..

Tetapi… masih kah mereka wujud di muka bumi ini?

Thursday, February 2, 2012

KOMPUTER PUNYA KERJA

All Images:  Google