SELAMAT TAHUN BARU 2015

Friday, March 30, 2012

KHASIAT BAWANG MERAH




baik untuk orang yang mengidap penyakit lelah atau asma.  Makan bawang atau bawang merah dapat membantu mereka dari masalah ini.
  Bahan dalam bawang merah boleh membantu untuk membersihkan Trakea. Jadi ia dapat mengurangkan symptom lelah.


LELAH



  Berita baik untuk orang yang mengidap penyakit lelah atau asma.  Makan bawang atau bawang merah dapat membantu mereka dari masalah ini.
  Bahan dalam bawang merah boleh membantu untuk membersihkan Trakea. Jadi ia dapat mengurangkan symptom lelah.


KHASIAT TEH HIJAU


Image:Google

  Dengan mengamalkan selalu minum Teh Hijau dapat membantu kita untuk mengelak dari mengidap penyakit lemah jantung. Ini kerana bahan dalam teh hijau dapat menghalang lemak atau Kolesterol dari terlekat pada dinging Vaskular.


UBAT SAKIT JANTUNG


  Dengan mengamalkan selalu minum Teh Hijau dapat membantu kita untuk mengelak dari mengidap penyakit lemah jantung. Ini kerana bahan dalam teh hijau dapat menghalang lemak atau Kolesterol dari terlekat pada dinging Vaskular.


Thursday, March 22, 2012

TIDUR TAK LENA?


Image:Google
  Hah!!.. ramai yang mengidap penyakit ini sekarang. Kalau korang juga salah seorang daripada mereka. Cubalah satu sudu madu sebelum tidur.
  Kerana dalam madu mempunyai bahan sedative yang boleh membuat anda senang tidur.
  Selain dari itu Madu juga mempunyai khasiat yang lain… Aku juga pernah buat entry macam mana nak tahu madu tulen.
Korang juga boleh baca tajuk ini



MELEGAKAN MIGRAIN


Image:Google
Jika selalu sakit kepala/Migrain, amalkan selalu makan ikan(Air Masin atau air tawar). Minyak dalam ikan boleh memberi perlindungan dari sakit kepala/Migrain. Halia pula menbantu untuk melegakan sakit kepala/Migrain.




MELEGAKAN SAKIT KEPALA


Image:Google
Jika selalu sakit kepala/Migrain, amalkan selalu makan ikan(Air Masin atau air tawar). Minyak dalam ikan boleh memberi perlindungan dari sakit kepala/Migrain. Halia pula menbantu untuk melegakan sakit kepala/Migrain.


Wednesday, March 21, 2012

SEMPURNA



Image: Google
BETAPA SEMPURNANYA SESEORANG ITU, NAMUN TETAP KENA BERGANTUNG KEPADA ORANG LAIN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN.
  Walaupun kita nampak seperti seorang yang Berjaya. Telah kaya raya. Menjawat jawatan yang tertinggi dalam satu organisasi. Namun kita tetap kena bergantung kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan ini. Malah mati pun kena bergantung kepada orang lain
  Inilah hakikatnya sebagai seorang manusia. Kita mahu atau tak mahu. Kita suka atau tak suka. Kita pun tetap kena terima hakikat ini.
  Namun ada orang yang alpa dan lupa diri. Menganggap dirinya sangat istimewa. Berlagak sombong. Malah langsung tidak boleh dikritik.
  Untuk senang difikir… semasa dah mati.. boleh berjalan sendiri ker.. ke tanah perkuburan?


Tuesday, March 20, 2012

ADA KU KESAHH!!!
















All images : From Google


Mereka mungkin kelihatan pelik.. Rupa seperti …??? Awkward maybe..Macam-macam lah kata-kata dari orang ramai terhadap mereka..
  Tetapi jika kita tanya pada mereka.. Mungkin mereka akan menjawab “ Ada ku Kesahhh!!”
  Namun mereka ini jauh jauh jauh lebih bermaruah dari segelintir manusia yang menyara hidup dengan berdusta , tipu daya dan bersandiwara…









Monday, March 19, 2012

CINTA TAPI BERPISAH


Image:Google
Pelik tak? Ada orang selalu meluahkan perasaan cinta pada kita. Rindu dan sebagainya. Tetapi akhirnya berpisah.
  Kalau orang tidak ada pengalaman bercinta. Mungkin tidak tahu. Mungkin terkejut. Tak kurang juga yang tak percaya.
  Percayalah. Memang ada, malah banyak. Kerana lelaki sangat mudah meluahkan kata-kata manis. Hanya untuk memiliki hati si gadis. Apabila dah Berjaya mempengaruhi hati dan perasaan. Maka senanglah mereka mengambil langkah seterusnya yang lebih berani.
  Setelah meraka Berjaya mendapat apa yang dihajati. Maka mereka akan pergi menghilangkan diri.
  Bagi gadis-gadis remaja. Hati-hatilah dengan laki-laki kasanova ini. Jangan terlalu percaya dengan lelaki. Ambil masa untuk mengenali hati dan budi masing-masing. Baru naik ke tahap seterusnya. Jangan beri apa-apa sebelum sah bergelar suami isteri. Lebih-lebih lagi mahkota bagi seorang perempuan.
  Tetapi bukan semua orang lelaki berperangai tidak senonoh. Ada juga lelaki yang sangat baik. Malah mereka pula menjadi mangsa kepada wanita.
  Aku bernasib baik… seumur hidup tidak pernah lagi ditinggal mana-mana wanita. Aku tinggal mereka adalaaa… kesiiiaaannnn………….(Kak aku pernah marah aku “ WuMing.. Hang jaga sikit.. selalu sangat tinggal orang… suatu hari hang kena tinggal baru tau”
  Tapi aku tak laa jahat sampai buat benda tak senonoh…He..he..he..…
  Apa-apapun kita harus berhati-hati.



TUTUP KESALAHAN DIRI SENDIRI


Image:Google
ADA ORANG YANG TAKUT ORANG LAIN MEMBONGKAR KESALAHAN DIRINYA,
LALU MELINDUNGI DIRI SENDIRI DENGAN MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN.

  Banyak orang, banyak ragamnya. Korang ada tak rakan sekerja yang suka cerita tentang keburukan orang lain. Adakah korang terus percaya padanya, atau akan berwaspada untuk bergaul dengannya?
  Aku pernah jumpa orang seperti itu. Dia tidak pernah cerita tentang kebaikan orang lain. Semua orang, ada saja yang tak kena. Tapi apa yang aku lihat. Dia punyai ramai kawan. Mereka percaya padanya.
  Pada hakitatnya, dia juga akan cerita keburukan kawannya pada orang lain. Keluar denga Ali, cerita tentang keburukan Abu. Keluar dengan Abu, cerita pula tentang keburukan Ali.
  Bagiaku, aku takut dan curiga pada orang seperti itu. Orang yang datang cerita tentang keburukan rakan sekerja yang lain pada aku.
  Aku akan tertanya-tanya.. Apakah cerita yang dibawa bila dia keluar dengan orang lain. Pada ketika itu aku tidak bersama mereka.
  Sudah semestinya aku lah bahan cerita pada hari itu. Dan mengikut sejarah… dia tidak pernah cerita tentang kebaikan orang…
  Namun berapa ramai yang sedar tentang itu. Kebanyakan orang akan percaya bulat-bulat. Malah menggangap dia adalah orang yang baik. Kerana beri amaran tentang tingkah laku orang lain..
 Sebenarnya kita tidak boleh cari keslemahan kawan kita. Kita cari kebaikan mereka. Kerana kita juga banyak kelemahan.
  Orang seperti ini sebenarnya sedar tentang keburukan diri sendiri. Tetapi cuba menutupinya dengan kesalahan orang lain.



Thursday, March 8, 2012

SETELAH IA HILANG


Image:Google

Banyak benda disekeliling kita. Yang kita faham,, itu adalah milik kita. Walaupun kita akan tinggalkan kesemuanya suatu hari nanti… Termasuk nyawa kita.
  Ada benda yang bernyawa, tidak kurang juga benda yang tidak bernyawa. Kita rasa biasa-biasa saja. Kita akan capai ketika kita perlukannya… Kita akan cari apabila kita ingin berurusan dengannya.
  Tetapi suatu hari ketika benda itu hilang.. Orang itu pergi buat selamanya.. Hah…. Panic.. gabra dan gelabah biawak,, semua perasaan pun ada.
  Inilah lazimnya sifat manusia…
  Jadi… sebelum benda-benda itu hilang.. sebelum orang-orang tersayang pergi buat selamanya…
Hargailah…

Aku teringat buat entri ini semasa aku dalam perjalan ke ofis pagi tadi… Butang baju aku hilang…Hu..hu..hu..



Wednesday, March 7, 2012

INI YANG DIKATAKAN KEBAL

Image:Google

Sunday, March 4, 2012

ORANG PALING MALAS


Image:Google

  Suatu ketika dahulu… Ada sebuah Negara yang mempunyai rakyat jelatanya yang sangat rajin. Maka suatu hari Raja pemerintah pun sangat boring…
  Untuk menghiburkan hatinya, dia pun membuat satu pertandingan untuk mencari orang yang paling malas dalam negaranya.

PEMALAS PERTAMA: Saya sangat Malas..
RAJA: Kenapa kamu kata kamu paling malas?
PEMALAS PERTAMA: Saya nak makan pun malas… Kena ada orang tolong suapkan..

PEMALAS KEDUA: Saya lagi malas..
RAJA: Kenapa kamu kata kamu lagi malas?
PEMALAS KEDUA: Saya nak kunyah pun malas…Telan saja selepas disuapkan.

PEMALAS 3: Saya lagi malas..
RAJA: Ada lagi?!!! Kenapa kamu kata kamu lagi malas dari mereka…?
PEMALAS 3: Aaarrrghhh…. Malas lah nak cerita…
RAJA: He..he..he.. ada juga…..




Thursday, March 1, 2012

JADIKAN KEGAGALAN SEBAGAI GURU


Image:Google

KEGAGALAN DALAM KEHIDUPAN BOLEH MEMBUAT KITA AGAR LEBIH BERJAGA-JAGA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN.

  Dalam kehidupan setiap insan bergelar manusia mesti melalui banyak panca roba. Rintangan dan masalah hidup. Ada yang baik dan ada yang buruk. Ada yang Berjaya, tak kurang juga yang gagal.
  Kegagalan yang pernah kita lalui itulah yang mematangkan kita sebenarnya. Yang menyebabkan kita agar lebih berhati-hati. Supaya kegagalan itu tidak berulang lagi.
  Jadi jangan sesekali kita putus asa semasa kita menempuhi rintangan hidup. Kerana bak kata pepatah….  Err…errr.. apa entah..!!!!… tak ingat dah pepatah tuu… sendiri cari lah….