SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, May 31, 2012

JAMBATAN


Image:Google

Betapa cantiknya jambatan itu,
Tidak berguna jika tidak ada orang melaluinya.
Begitu lah juga rancangan dalam hidup kita.
Betapa sempurna atau bagusnya rancangan kita,
Tidak ada gunanya kalau kita tidak mengusahakannya.

KENAPA AIR TERJUN ITU CANTIK


Image:Google

Bapa: Sayang… tahu tak kenapa air terjun itu cantik?

Anak Kecil: Sebab ia adalah air terjun.

Bapa: Salah

Anak Kecil: Habis tuu?!!

Bapa: Sebab ia tidak simpan air pada tahap ketinggiannya. Tidak takung air itu pada satu tempat.

Anak Kecil: Tak Faham..

Bapa: Seperti orang juga. Kita akan kelihatan lebih baik dan lebih dihormati jika kita tidak kedekut. Kita sedia membantu orang dalam kesusahan. Sentiasa tidak kekok untuk memberi tunjuk ajar pada siapa saja jika mereka bertanya.
  Ini lah satu kecantikan yang asli. Tidak luput di telan usia…



Thursday, May 24, 2012

HALAU LALAT


Image:Google

Korang rasa macam mana bila masuk kedai makan dan lalat pula yang jadi penyambut.  Boring dan jijik.. kan? Ada yang terus ke kedai lain… Ada juga yang layan saja…
  Aku ada cara untuk menghalau lalat. Ia sangat berguna untuk pengusaha kedai makan..Pelanggan tidak akan rasa tidak selesa dengan cara ini.
  Korang hanya ambil botol kaca atau plastic yang mulut besar. Masukkan air masak separuh botol… Lepas itu masukkan 2-3 camca air cuka. Juga masukkan sedikit gula.
  Lepas itu tutup mulut botol itu dengan plastic. Ambil paku dan cucuk plastic itu. Buat beberapa lubang agar bau air cuka itu keluar.
  Letak di tempat yang menjadi tumpuan lalat.. Maka dengan ini lalat akan lari apabila menghidu bau air cuka itu tadi… Cuba laaa




BUANG BULU KUCING PADA SOFA


Image:Google

iMAGE:gOOGLE
  Ada siapa suka bela kucing?... Memang ramai yang suka bela kucing. Sejak turun temuran kucing menjadi teman setia umat manusia.
  Tapi kadang-kadang ia merimaskan. Apabila bulu kucing terlekat pada sofa. Nak buang satu-satu… Hah!!! Ini kerja berat dik….
  Korang tak perlulah rajin sampai tahap itu…. Hanya perlu ambil glove plastic. Basahkan sikit dan sapu pada permukaan sofa korang… Bulu kucing itu akan berbentuk bebola. Maka buang saja bulu itu tadi.. Ulangi proses itu tadi sampai korang puas hati dengan kebersihannya…
  Tapi kalau korang malas juga nak buat macam itu.. Korang bela saja ular sawa atau Iguana.. Tak ada bulu…
  Nak senang bela saja cicak… self service… makan minum pun buat sendiri…



PAPAN PEMOTONG SAYUR


Image:Google

Korang pernah masuk dapur dan memasak tak?… Jangan pula ada yang tak tahu beza gula dan garam… Kunyit dan halia…
  Biasala budak-budak zaman laaa nii…Belajar tinggi-tinggi tapi masak telur pun hangit… Bukan semua laa… Segelintir saja…Mungkin ada seorang –dua yang sedang baca Blog ini…
  Bila kahwin asyik beli bungkus saja bagi Husband dan anak makan… Jagaaa… Nanti Husband  pindah pi duduk dengan tuan kedai jual nasi bungkus pula…
  Hah… lari tajuk pula… Aku nak cakap pasai Papan pemotong sayur sebenarnya… Korang ada masalah tak?.. Bila ia masih ada bau selepas digunakan. Nak jemur.. matahari pula tak keluar… Juga dah nak masak.. Tak sempat nak jemur..
  Senang saja… Aku.. ada petua… Korang hanya ambil limau…potong dan cuci(gosok) pada permukaan papan itu dengan limau itu tadi… Maka selesailah masalah korang… Papan pemotong korang itu tak ada bau busuk  lagi…



Tuesday, May 22, 2012

CUCI CERMIN DENGAN BERSUH DAN JIMAT


Image:Google
Cermin… semua orang perlu guna cermin tiap-tiap hari… Cermin kereta, cermin muka dan cerminlah diri sendiri… He..he..he..
  Kita mesti tidak selesa jika cermin kotor atau kabur. Perlu bersihkan. Air pencuci cermin pula kehabisan.  Hah… masalah ni…
  Jangan susah hati dan panic.  Korang hanya perlu cari baldi. Isikan dengan air bersih… Maka tengok lah muka korang dalam air itu..Eh..eh…
  Gurau saja…Jangan emosi dan marah… nanti kena lelong…
  Sambung balik petua tadi…Ambil bawang besar. Belah empat dan masukkan ke dalam air tadi. Korang akan dapat air pencuci cermin yang sangat baik. Malah lebih baik dari air pencuci cermin biasa.
  Cuba laa….jika berhasil korang maklum lah kat sini… Jika tak berkesan… anggaplah aku tak pernah share petua ini… He..he..he..

Wednesday, May 16, 2012

WANGIKAN MICROWAVE


Image:Google

  Kadang-kadang dalam Microwave ada kesan kotoran, Hitam kehitaman. Susah nak cuci. Dah cuba pelbagai cara, tapi juga tidak berkesan.
  Nak susah apa… beli saja baru…. Ooopppsss…. Gurau saja… Kalau inilah petuanya… WuMing tak payah susah-susah buat Blog lah…
  Sebenarnya Aku betul-betul ada petua.. Caranya ialah dengan ambil air dan masukkan ke dalam pinggan. Perah air limau dalam air tadi. Masukkan di bahagian bawah Microwave. Buka paling panas dan biarkan selama 5 minit.
  Bukan saja kotoran degil tadi akan keluar. Malah Microwave korang akan bau wangi…
Cubalah… kalau tak berkesan jugaaa….. beli saja yang baru….. Mua..ha..ha…

CUCI MICROWAVE


Image:Google

  Kadang-kadang dalam Microwave ada kesan kotoran, Hitam kehitaman. Susah nak cuci. Dah cuba pelbagai cara, tapi juga tidak berkesan.
  Nak susah apa… beli saja baru…. Ooopppsss…. Gurau saja… Kalau inilah petuanya… WuMing tak payah susah-susah buat Blog lah…
  Sebenarnya Aku betul-betul ada petua.. Caranya ialah dengan ambil air dan masukkan ke dalam pinggan. Perah air limau dalam air tadi. Masukkan di bahagian bawah Microwave. Buka paling panas dan biarkan selama 5 minit.
  Bukan saja kotoran degil tadi akan keluar. Malah Microwave korang akan bau wangi…
Cubalah… kalau tak berkesan jugaaa….. beli saja yang baru….. Mua..ha..ha…

Friday, May 11, 2012

RAGA

apa-apapunada.blogspot.com
Hanya RM18

Tuesday, May 8, 2012

LUKA DALAMAN PERUT


Image:Google

    Jika kita ada luka dalam perut atau usus kecil. Makanlah kobis kerana bahan kimia dalam kubis boleh menyembuhkan luka dalam perut atau usus kecil kita.

KHASIAT KUBIS


Image:Google

    Bahan kimia dalam kubis boleh menyembuhkan luka dalam perut atau usus kecil kita.

KHASIAT APPLE SEGAR


Image:Google

  Korang boleh legakan cirit birit dengan makan Apple segar bersama kulit

CIRIT BIRIT


Image:Google

  Korang boleh legakan cirit birit dengan makan Apple segar bersama kulit

TEKANAN DARAH TINGGI


Image:Google

  Makan sayur-sayuran, saderi dan buah Zaitun dapat mengubati penyakit tekanan darah tinggi

KHASIAT BUAH ZAITUN


Image:Google

  Makan sayur-sayuran, saderi dan buah Zaitun dapat mengubati penyakit tekanan darah tinggi