SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, March 31, 2011

SEKS

Seks adalah aktiviti yang perlu dan penting bagi semua pasangan yang telah sah berkahwin. Bagi mereka yang mempunyai seorang isteri yang berkerjaya. Kadang – kadang hubungan kelamin agak kurang. Ini kerana masing – masing sibuk dan letih bekerja.
  Tetapi jika suami ingin mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, tetapi isteri menolak dengan alasan letih. Jangan paksa mereka. Anda boleh merangsang isteri anda perlahan – lahan. Dan akhirnya isteri anda akan layan anda. Yang penting anda haruslah bersabar.
  Dibawah ini ada beberapa bahagian tubuh wanita yang mudah terangsang.
1.    Bahagian pipi dan sekitarnya.
2.    Sekeliling atau berdekatan dengan bahagian kening.
3.    Hidung.
4.    Telinga dan kawasan – kawasan sekitarnya.
5.    Mulut (luar iaitu kawasan berdekatan bibir dan juga bahagian dalam mulut).
6.    Lidah.
7.    Bahagian bawah dagu.
8.    Bahagian leher.
9.    Tengkuk.
10. Payudara terutamanya bahagian putting.
11. Perut.
12. Bahagian sekitar pusat.
13. Pangkal peha
14. Peha.
15. Bahagian kemaluan dan dalam faraj(tentu sekali setelah isteri anda mula terangsang atau bahagian sentuhan yang terakhir)

Tuesday, March 29, 2011

Petua Untuk Mudah Bersalin

  Pernah orang berkata sakit ketika bersalin adalah sama seperti ketika semua tulang kita dipatah – patahkan serentak.
  Petua untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin ialah dengan meminum satu sudu kecil minyak tanak. Iaitu minyak yang diperbuat dari buah kelapa. Amalkan sekurang  - kurangnya tiga kali seminggu bermula dari bulan keenam kehamilan. Dan minum satu sudu kecil setiap hari pada bulan ke sembilan iaitu pada bulan terakhir dan sampai waktu bersalin.

Sunday, March 20, 2011

Petua Ketika Tidur

 Semasa tidur anda disarankan supaya memakai pakaian yang longgar. Anda juga tidak digalakkan memakai seluar dalam(juga baju dalam untuk wanita). Ini adalah bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan anda. Bukan sahaja untuk kekalkan kekuatan  batin, malah juga untuk kesihatan keseluruhannya. (Lelaki dan Perempuan)

Kepercayaan

“ Mak..mak”. jerit seorang anak  gadis pada maknya. “Kenapa” Sahut maknya dari dalam rumah. 
  “Saya dah tak mahu kahwin dengan John. Saya baru saja dapat tahu dia tidak ada kepercayaan agama. Malah tidak percaya pada itu cinta” Keluhan panjang dari anak gadisnya.
  Tak pa nak, kamu kahwinlah dangan John. Lepas itu baru dia akan tahu dan percaya bahawa NERAKA memang wujud.

Thursday, March 17, 2011

Anjing Penyelamat

Saya tidak ada sebarang komen tentang clip ini. Saya harap anda sendiri dapat menilaikannya.

Mari and 3 Puppies Part 01



Mari and 3 Puppies Part 02

Monday, March 14, 2011

Untuk Kekuatan Lelaki

  Tiap – tiap kali semasa mandi haruslah jurus air bermula dari kaki dahulu, pinggang dan seterusnya baru  ke atas kepala. Bukanlah  masuk bilik air dan terus jurus air di atas kepala. Jika anda amalkan dengan bermula dari kaki, pinggang dan kepala tenaga syawat anda akan mampu bertahan sehingga ke akhir hayat anda malah tubuh badan anda juga akan sihat dan tidak mudah jatuh sakit.

Sunday, March 13, 2011

Tsunami Hits Japan

Monday, March 7, 2011

Haid

Lesu apabila Datang Bulan atau Haid
  Adakah anda berasa lesu dan letih ketika haid. Itu sudah menjadi lumrah bagi wanita. Tetapi kehidupan harian kita perlu diteruskan, terutama bagi wanita yang berkerjaya.
  Kelesuan anda boleh kurangkan  dengan mengamalkan petua ini. Ambil sedikit ketumbar , asam jawa, kunyit, sedikit gula merah dan 2 gelas air bersih. Rebuskan campuran tadi sehingga mendidih. Setelah mendidih biarkan air itu sejuk atau suam – suam dan minum 2 kali sehari sehingga habis tempoh haid anda.

Boss

  Sesiapa yang sedang membenci  Boss atau majikan sehingga termimpi kerana dianaiya Boss. Hentikanlah kebencian itu. Hentikanlah amarah itu.
  Biarkan saja Boss itu dengan sikapnya itu. Kerana, jika anda benar – benar mempunyai Boss seperti itu. Anggaplah Boss anda itu sangat malang dan sangat berduka lara. Kerana mempunyai pekerja atau orang bawahannya yang sangat membencikannya.
  Percayalah bahawa Boss anda memang benar – benar tidak bahagia dengan kehidupannya. Walaupun anda tidak membencikannya. Kerana orang lain juga sedang membencinya.

Saturday, March 5, 2011

Konsep 3Rs

Konsep 3 Rs
·         Menghormati diri sendiri (Respect For Self)
·         Menghormati orang lain (Respect For Others)
·         Bertanggungjawab pada segala yang dilakukan (Responsibility For All Your Action)