SELAMAT TAHUN BARU 2015

Tuesday, February 15, 2011

Kentut

Seorang nenek pergi ke satu klinik di pinggir bandar. Apabila dipanggil berjumpa dengan Doktor nenek itu tadi pun terus masuk. Doktor pun bertanya “ Ya.. nek, sakit apa?” Dengan keadaan malu – malu nenek itu menjawab pada doktor itu. “Tuan Doktor, tak tahu kenapa, saya selalu sangat kentut, tapi tak ada bunyi dan langsung tak ada bahu. Sejak saya masuk ke dalam bilik ini pun dah berpuluh kali saya kentut. Malah tiap kali saya kentut, banyak – banyak”
Setelah mendengar penjelasan nenek itu, Doktor pun terus tulis senarai ubat dan suruh nenek cepat – cepat pergi ke farmasi ambil ubat sambil berpesan kepada nenek itu. “Nenek datang jumpa saya lagi minggu depan”
Tak pun sampai seminggu, nenek itu pun datang jumpa Doktor itu. Apabila sampai masa jumpa Doktor, nenek itu pun terus masuk dan bertanya kepada doktor, “ Doktor, selepas saya terima ubat dari doktor, saya masih lagi kentut macam dulu, malah lebih teruk. Sekarang bahunya sangat busuk, saya sendiri pun tak tahan.”
Doktor pun dengan muka selamba menjawab, “Sabar nek…. Sekarang deria bahu nenek sudah pulih, sekarang kita cuba pulihkan pula deria pendengaran nenek……”

Tuesday, February 8, 2011

Anak Yang Baik

Sebagai seorang, apabila ibu bapa mamanggil jangan lambat menjawab. Apabila ibu bapa mamberikan tugasan, jangan berat tulang untuk mengerjakannya.

Monday, February 7, 2011

Kulit Melecur

Selain dari menpunyai kandungan zat makanan, putih telur juga berupaya menyembuhkan atau melegakan kulit melecur apabila terkena air panas atau benda panas.
Caranya dengan mangambil putih telur dan disapukan pada bahagian yang terkena air panas. Biarkan sehingga kering. Biarkan agak lama kemudian baru dicuci dengan air sejuk. Parut merah atau kulit melecur tidak akan kelihatan. Yang penting ialah sebelum disapu dengan putih telur, bahagian melecur tersebut tidak langsung terkena air sejuk atau bahan – bahan lain. Juga harus cepat – cepat disapu dengan putih telur apabila kulit terkena benda panas atau air panas.
Oleh kerana kulit bahagian tersebut agak lembut, kita juga tidak digalakkan menggaru atau gosok dengan benda kasar.