SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, November 28, 2012

NAK MASUK YANG MANA NI?

Image:Google

Monday, November 26, 2012

HIPPOPOTAMUS

Image:Google

 Tahukah anda? Hippopotamus kentut melalui mulut. Hah….. Jangan ikut dengan yang berat sudah laaa….




Sunday, November 25, 2012

KELEMAHAN GAJAH

Image:Google

   Hanya Gajah sahaja di dunia ini yang merupakan sejenis binatang yang tidak boleh melompat.



Monday, November 12, 2012

IBU DAN BOSS AKU


  Korang perlu baca sampai habis… Aku harap ia dapat memberi sedikit pengajaran atau pedoman buat korang..  Supaya kita tidak leka… Dan bukan aku beranggapan korang buat perkara ini… Cuma ingin dikongsi bersama 

Image:Google

  Aku bangun lewat.. Semalam terlupa pula kunci Jam… Marah pada diri sendiri kerana terlalu cuai… Hari ini ada meeting.. Kena masuk ofis awal pagi. Banyak persiapan yang perlu dibuat.

  Tok!!..Tok!!.. Kedengaran bunyi pintu diketuk… “Nak.. baru bangun ker?.. Mari makan nak. Mak dah masak bubur bagi nak makan”Suara Mak aku.. “Mak.. kenapa mak tak gerak saya awal-awal?” Aku bercakap dengan nada tinggi…

  Aku terus masuk bilik air dan mandi. Selepas siap mandi dan siap berpakaian. Aku terus keluar dari bilik untuk ke pejabat. “Nak.. mari la makan dulu nak..”Pelawa mak aku.  Aku terus ke kereta dan terus pergi ke pejabat tanpa memberi sebarang jawapan.

  Di tempat kerja.. 

“Ina… Kenapa kamu lewat? Semua orang tunggu kamu.” Tanya Boss aku. Sambil tunduk hormat dan senyum, aku menjawab “ Maaf Boss. Saya salah”. “Ok..ok..tak apa. Pergi buat persiapan cepat. Saya dah tukar  waktu meeting ke pukul 11 Pagi”Jawab Boss aku... "Terima kasih Boss" Jawab aku dengan penuh hormat.

  Aku terus buat kerja walaupun perut aku kuat berbunyi kerana perut kosong. Selepas Meeting aku terus bersiap sedia untuk keluar makan. “Ina… awak lapang tak? Tolong saya cari sapu tangan sekejap. Entah jatuh di mana pula.” Boss aku minta tolong. “Lapang Boss. Tak apa. Saya tolong cari kan” Jawab aku dengan penuh hormat juga beserta dengan senyuman.

  Krrringgg…Krrringgg.. “Hello… Kenapa mak..” Soal aku dengan nada agak marah. “Nak.. di mana kamu letak kunci rumah. Mak nak ke pasar?” Tanya Mak aku.. “Entah laa Mak… saya sibuk nii…” Jawab aku dan terus letak phone.

  Selepas waktu kerja. Boss suruh aku sambung buat kerja lagi.. Seperti biasa aku akan turut tanpa sebarang soal.

  Sampai di rumah. Aku betul-betul letih. Mak aku terus buka pintu dan ambik bag di tangan aku. Pelawa aku makan bersama.. “ Nak.. jom makan.. Mak tunggu makan bersama kamu.. “ Mak makan lah.. saya letih ni.. nak mandi dan terus tidur dah…”
  Krringgg…Krringg.. “Hello.. ada apa Boss…….Ya Boss.. Lapang Boss… Boleh Boss” Selepas terima panggilan dari Boss aku terus buka Laptop dan terus buat kerja yang disuruh oleh Boss aku…

  Rasa dahaga pula… Aku ke dapur.. Tak Nampak mak aku.. Ke mana dia menghilang.Di bilik pun tak ada. Buka pintu dapur hendak tengok.. Kelihatan Mak aku sedang duduk termenung sambil menangis…

  Tentu mak kecik hati dengan perbuatan aku… Aku betul-betul rasa bersalah…

  Adakah korang pernah buat begitu dengan mak korang?.. Jika pernah…Jangan ulangi… Jika sedang.. Hentikan lah… Sebelum segala-galanya terlalu lewat…

  Ini bukan kisah aku… Hanya aku buat suasana ini supaya korang memahami situasi yang sebenar…

  Kalau korangrasa info atu post ini dapat membantu orang untuk berubah... Kongsi/share lah dengan rakan-rakan blogger yang lain...

Terima Kasih





BOLEH LAAA......

Image:Google

Wednesday, November 7, 2012

CACING BESAR

Image:Google

MARAH SATU MINIT



Image:Google
  Jika satu minit kita marah…... Kita telah kehilangan perasan gembira atau kebahagiaan salama 60 saat.




PERALATAN LAMA DOKTOR GIGI


Peralatan yang digunakan oleh Doktor Gigi zaman dahulu

















All Images: Google

  Lepas tengok peralatan ini, baru tahu kenapa Doktor Gigi menakutkan.





PENCEMARAN UDARA

Image:Google

HARUS JAGA SEBELUM KELUAR KERETA

Image:Google





MESIN TAIP KLASIK

Image:Google



Tuesday, November 6, 2012

TEGUR ANAK-ANAK

Image:Google

  Ramai ibu-bapa atau hampir 100% suka lihat kejayaan anak-anak mereka.
  Jadi pelbagai teguran atau nasihat yang mereka beri kepada anak-anak  mereka. Tetapi masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza.
  Walau apa sekali pun cara atau pendekatan yang kita ambil. Kadang-kadang kita terlupa memberitahu anak-anak kita bahawa kita sayang dan bangga dengan diri mereka. Kita bangga kerana memiliki mereka dalam hidup mereka.
  Kita harus ingat , bukan semua kanak-kanak tahu berfikir. Kadang-kadang mereka mengganggap kita sedang berleter. Diri mereka adalah beban kepada kita.
  Maka mereka akan mencari jalan untuk lari dari masalah itu. Mereka cuba tidak menjadi beban kita dengan bergaul dengan remaja yang tidak bersekolah. Yang sudah mencari atau mendapat pendapatan sendiri.
  Di mana mereka mempunyai pekerjaan yang kurang menjaminkan masa depan. Tetapi kanak-kanak kurang berfikir tentang perkara ini.
  Jadi kita sebagai ibu-bapa perlu beritahu
Pada anak-anak  kita bahawa kita sayang mereka. Tegur bukan marah. Tetapi inginkan yang terbaik untuk mereka. Mereka bukan beban tetapi adalah satu kebanggaan keluarga.




SEDIKIT TAPI BESAR MAKNANYA

Image:Google

  Kadang kita hanya lakukan sikit saja favors atau budi kepada orang. Tapi besar maknanya bagi orang itu.





JANGAN LUPA DIRI

Image:Google

  Ketika kita sedang mengecapi kebahagiaan atau kejayaan. Kita jangan lupa diri atau leka. Kerana semakin tinggi kita jatuh, semakin sakitlah kita akan rasa. 




JATUH DAN BANGUN

Image:Google

  Jika kita tidak pernah jatuh, maka kita tidak akan tahu untuk bangun. Jika kita tidak pernah gagal, maka kita tidak akan merasa nikmat satu kejayaan.






TERLALU LEWAT

Image:Google
Jika kita rasa kita terlalu lewat untuk melakukan sesuatu… Terus lakukan saja.










KEMENANGAN

Image:Google

  Anda tidak akan pernah merasa kamenangan jika anda tidak pernah bermula.





POST

Image:Google

Adakah korang akan fikirkan perasaan orang lain ketika korang membuat post di dalam FaceBook atau di mana-mana web social yang lain.. Termasuk blog?
  Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Tetapi kita boleh fikir berkali-kali untuk membuat setiap post di dalam Facebook atau mana-mana web social…..

Saturday, November 3, 2012

WANITA CANTIK

Image : Google

  Hampir semua wanita di muka bumi ini tidak suka jika mereka diberitahu bahawa mereka tidak cantik. Walaupun mereka tahu mereka tidak cantik…
  Hmmmm… Jadi lelaki yang bijak… Jangan sesekali nak tunjuk keikhlasan Korang  tak kena tempat…