SELAMAT TAHUN BARU 2015
Monday, October 31, 2011
Thursday, October 27, 2011
KEJAYAAN DAN KERJA
Monday, October 24, 2011
CANGKERANG KEHIDUPAN
Sunday, October 23, 2011
CERMIN
![]() |
Image:Google |
Jika cermin bersih,
Apabila lihat atau pandang apa-apa,
Semuanya jelas,
Semuanya terang,
Menyenangkan hati,
Menceriakan minda.
Jika cermin kabur,
Apabila lihat atau pandang apa-apa,
Semuanya kabur,
Semuanya samar-samar,
Merunsingkan,
Hanya kedukaan yang terpancar.
Ingatlah teman-teman,
Kebahagiaan tidak jauh dari kita,
Hanya bersihkan cermin,
Bersihkan hati dan segala-galanya akan berlalu
dengan indah.
Thursday, October 20, 2011
BAHAYA DALAM FACEBOOK
![]() |
Image:Google |
Siapa yang ada akaun FACEBOOK. Awas pada link-link di
bawah. Jangan sesekali klik pada link ini. Mereka boleh mencuri data anda
melalui link ini.
Are YOU Interested
Get Revealed
Friends Secrets
Ily or not
My Friend Secrets
Question Party
Friends Ville
Friend.ly
Tinychat
WAYN-Map Your Friends
Friends Photos
Daily Mood
21 Question
Love
21QUIZ12
Question
THE FRIEND FIGHTING QUIZ
Best Looking Contest,etc
Taq friends<3
Best Friends
Are you my best friends ???
Truth quiz
What Colour Are You!!!
Truth About You
Maklumat dari Facecrooks
Wednesday, October 19, 2011
KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR
![]() |
Image:Google |
ORANG
YANG BENAR-BENAR BAHAGIA
BUKANLAH
ORANG YANG PALING KAYA
BUKANLAH
ORANG YANG PALING BERKUASA
TETAPI
ADALAH
ORANG YANG FAHAM APA ITU MEMADAI
TAHU
ERTI KATA CUKUP
DAN
PUAS HATI DENGAN APA YANG ADA.
Entri aku yang sebelum ini yang bertajuk KESABARAN adalah entri biasa yang langsung tiada kaitan dengan perasaan aku... Hanya untuk kita sama-sama berfikir. Aku tidak pernah buat entri tentang emosi atau perasaan aku. Juga tak akan aku buat.
Monday, October 17, 2011
KESABARAN
Thursday, October 13, 2011
RIWAYAT DUA ORANG PEMUDA MAT MOTOR
![]() |
Image:Google |
Husin dan Wahab
merupakan dua orang pemuda di sebuah kampung. Mereka tak ada kerja. Hari-hari
hanya menunggang motor ke hulu dan ke hilir tanpa sebarang arah tujuan.
Mereka akan
kebas apa saja yang berharga hak milik orang kampung. Sekarang mereka mencuri
getah di kebun orang kampung. Semua orang pun tahu. Tetapi mereka tak boleh
berbuat apa-apa. Kerana tiada bukti. Semua orang pun hanya tunggu masa saja
untuk membalas perbuatan jahat Husin dan kawannya Wahab.
Satu malam,
seperti biasa Husin dan Wahab keluar rumah pukul 11 malam. Mereka bercadang
hendak mencuri getah di kebun Pak Leman. Mereka menunggang motor dengan laju
tanpa memakai helmet.
Semasa mereka
melalui sebuah selekoh. Mereka nampak bayang-bayang seperti ada orang dalam
hutan. Apabila mereka perhatikan betul-betul.. Orang itu tidak berkepala.
Mereka sangat terkejut dan takut. Lalu mereka memecut dengan lagi dengan laju.
Apabila mereka menoleh ke hadapan terdapat dawai tegang yang halus diikat pada
dua batang pokok merentasi jalan. Regangan dawai itu betul-betul berada pada
paras leher Husin dan Wahab..
Pussssss…Pussssss……………………..!!!!!!!!!!!!!!!!!!Tub..tub…
Monday, October 10, 2011
PERNAH TAK ANDA TAHU TENTANG INI?
![]() |
Image:Google |
Adakah korang tahu?
Tubuh badan kita mampu menahan kesakitan sehingga
45Del(unit) kesakitan.
Tetapi ketika memberi kelahiran kepada seorang bayi,
Seorang Ibu terpaksa menahan kesakitan sehingga 57
Del(unit) Kesakitan.
Ini adalah bersamaan dengan 20 ketul tulang kita pecah
atau retak pada masa yang sama.
MUM … I LOVE YOU…….
Sunday, October 9, 2011
SALAH INGAT
![]() |
Image:Google |
Persatuan bangsa-bangsa bersatu ingin mencari seorang
untuk menjalankan satu misi ke khutub utara. Iaitu kawasan artik yang penuh
dengan salji. Bayaran yang sangat lumayan akan diberi kepada sesiapa yang
berjaya.
Tetapi seseorang
itu haruslah lulus ujian yang disediakan dahulu. Iaitu
SATU: Minum “Vodga” habis satu liter skali gus
KEDUA: Perlu berjabat tangan dengan Beruang khutub.
KETIGA: Mesti ada hubungan sex dengan perempuan Eskimo.
Maka pada hari
yang telah ditetapkan ramailah penduduk dari seluruh pelusuk dunia datang untuk
mencuba nasib.
Lelaki pertama
dari Amerika. Baru seteguk saja Vodga dia teguk, dah pengsan. Lalu dia
dibatalkan dari menjalani ujian yang seterusnya.
Pemuda kedua
dari Mexico. Dia terus teguk Vodga itu habis sekali gus. Dia telah layak untuk
ujian yang kedua.
Masuk saja ke
dalam Khemah di mana terdapat Beruang khutup. Hanya 2 minit saja dia masuk. Dia
dah lari keluar tidak pandang belakang lagi. Dia juga telah dibatalkan dari
meneruskan ujian itu.
Pemuda ketiga
pula datang dari India. Dia terus mencapai dan minum Vodga itu seperti kita
minun air mineral. Dia berjaya untuk ujian yang kedua.
Pemuda India
itu masuk ke dalam Khemah yang Beruang khutub itu berada. Tidak ada siapa tahu
apa yang berlaku.. Hanya seketika kedengaran bunyi dengusan Beruang Khutup itu
selang-seli dengan suara pemuda india itu.
Selepas dua jam
lebih dia pun keluar dengan senyuman tanpa puas. Lalu dia pun berteriak dengan
kuat
“ Mana
Perempuan Eskimo yang aku perlu berjabat tangan itu?!!!!!”
Thursday, October 6, 2011
HANYA SUDUT PANDANGAN YANG BERLAINAN MEMBERI PERBEZAAN YANG SANGAT BESAR
![]() |
Image:Google |
Cerita
Pertama:
Angkasawan
Amerika mengalami masalah untuk membuat cacatan pada kertas semasa berada di
ruang angkasa. Lalu mereka mengumpul beberapa saintis untuk membuat kajian.
Mereka telah menghabiskan
wang berjuta Dollar dan menggunakan masa beberapa tahun.
Hasilnya mereka
telah mencipta Pen yang boleh menulis di atas permukaan apa saja walaupun di
dalam air.
Angkasawan
Russia mengalami masalah yang sama apabila mereka menghantarkan angkasawan
mereka ke angkasa.
Lalu mereka
menulis dengan menggunakan Pencil… Selesai…….
Cerita
Kedua:
Sebuah kilang
pengeluar sabun mendapat aduan bahawa mereka menerima barangan dimana ada
barangan yang hanya kotak kosong saja. Tetapi tidak ada sabun di dalam.
Pihak pengurusan
kilang telah meletakkan kelengkapan
X-Ray pada mesin. Untuk mengesan kotak yang kosong.
Mereka telah
membelanjakan berjuta Yen untuk tujuan itu.
Sebuah kilang
sabun yang lebih kecil telah mengalami masalah yang sama.
Lalu mereka
telah meletakkan kipas pada laluan kotak sabun itu. Kotak sabun yang kosong
telah ditiup angin. Jadi masalah mereka juga selesai. Mereka hanya keluar modal
untuk beli beberapa kipas saja.
Semasa
mengalami masalah. Kebanyakan orang akan panic dan runsing untuk menghadapi
masalah itu. Ada yang sampai bunuh diri.
Tetapi jika
kita ubah sudut pandangan. Kadang-kadang masalah yang kita hadapi itu hanyalah
masalah yang remeh - temeh sahaja.
Kepada
kawan-kawan aku di sini. Korang jangan lah simpan masalah korang itu
bersendirian… Bincanglah dengan saudara yang rapat.. Atau teman-teman yang
boleh dipercayai.
Tapi ingat…
Masalah akan bertambah buruk jika kita berbincang dengan orang yang salah..
Gunalah akal dan fikiran yang matang untuk menilai kawan…
Wednesday, October 5, 2011
PERCAYA
Manusia
kebanyakannya mudah percaya kepada
perkara-perkara yang buruk,
perkara-perkara yang buruk,
Mereka akan bertanya berkali-kali apabila terdengar
perkara yang baik,
Cuba belajar
untuk mempercayai perkara yang baik
Maka kehidupan kita akan menjadi bertambah ceria.
Tuesday, October 4, 2011
Monday, October 3, 2011
TIDAK PENTING MEMPUNYAI PENDAPATAN YANG LEBIH..TETAPI BERBELANJA SECARA BIJAK ADALAH LEBIH PENTING
![]() |
Image:Google |
Ada faham?.. Aku tahu ramai orang yang faham.. ada yang
samar-samar.. tak kurang juga yang hilang arah terusss…
Sebenarnya
mudah saja. Kerana tidak sedar dan tidak faham dengan hakikat inilah ramai yang
menghadapi masalah.
Suami bekerja,
tambah dengan Overtime. Isteri juga bekerja berserta dengan kerja sampingan.
Tapi masih lagi tak mencukupi.
Malah masalah
pula bertimbun-timbun. Siapa jaga anak? Siapa hantar anak? Dan macam-macam
lagi.
Semakin hari
semakin tenat jadinya. Ini adalah kerana mereka beranggapan dengan
berpendapatan tinggi itu, segala masalah akan selesai. Aku tak nafikan bahawa
wang yang banyak itu memudahkan. Tapi bukan dengan bekerja memkhinzir buta.
Sepatutnya kita
juga kena berjaga-jaga dalam perbelanjaan. Kalau kita kerja siang dan malam
sekali pun. Tapi kita tak pandai untuk berjimat-cermat. Pendapatan kita tetap tak
mencukupi.
Jadi… rancanglah
perbelanjaan kita. Berbelanja secara bijak. Beli yang perlu dan bukan beli yang
hendak.
Aku rasa ramai lagi
orang yang korang kenal dan yang lebih arif dari aku tentang perbelanjaan ini.
Bincanglah dengan mereka…
Maka kita akan
bebas dari masalah kewangan. Tanpa bekerja teruk. Tanpa perlu kita abaikan masa
bersama dengan orang tersayang..Ibu, Bapa, anak-anak, suami dan isteri….
Sunday, October 2, 2011
PENGORBANAN SEORANG IBU
![]() |
Image:Google |
Seorang pemuda
tinggal bersama ibunya. Ketika itu masih lagi tidak wujud Rumah untuk Orang Tua
Ibunya telah
tua dan tidak lagi mampu bekerja. Malah pergerakan juga lambat. Makan dan minum
pun perlu dijaga.
Sama seperti
ketika pemuda itu masih bayi. Ibunya perlu cuci najis, suap nasi dan beri
makan.
Pemuda itu rasa
ibunya merupakan satu beban. Dia tak tahu hendak hantar ibunya ke mana. Lalu
dia ingin membuang ibunya ke dalam hutan.
Dia dukung
ibunya masuk ke dalam hutan bertujuan untuk meninggalkan ibunya di dalam hutan.
Sepanjang
perjalanan ibunya mencapai ranting-ranting kayu dan buang sebagai tanda di
sepanjang jalan. Apa yang dilakukannya tidak diketahui oleh anaknya.
Bila pemuda itu
rasa dia telah masuk agak dalam ke dalam hutan. Dia pun meletak ibunya dan
terus berjalan untuk pulang ke rumah.
Ketika inilah
Ibu pemuda itu berkata “ Anak ku..Ikutlah ranting kayu yang telah emak patah
dan tinggal sebagai tanda itu pulang. Nanti kamu tak akan sesat.”
Sepanjang hidup
korang… Ingat tak apa pengorbanan ibu pada korang… Apa pula pengorbanan korang
pada Ibu korang…?..
Subscribe to:
Posts (Atom)