SELAMAT TAHUN BARU 2015

Sunday, October 2, 2011

PENGORBANAN SEORANG IBU


Image:Google

  Seorang pemuda tinggal bersama ibunya. Ketika itu masih lagi tidak wujud Rumah untuk Orang Tua
  Ibunya telah tua dan tidak lagi mampu bekerja. Malah pergerakan juga lambat. Makan dan minum pun perlu dijaga.
  Sama seperti ketika pemuda itu masih bayi. Ibunya perlu cuci najis, suap nasi dan beri makan.
  Pemuda itu rasa ibunya merupakan satu beban. Dia tak tahu hendak hantar ibunya ke mana. Lalu dia ingin membuang ibunya ke dalam hutan.
  Dia dukung ibunya masuk ke dalam hutan bertujuan untuk meninggalkan ibunya di dalam hutan.
  Sepanjang perjalanan ibunya mencapai ranting-ranting kayu dan buang sebagai tanda di sepanjang jalan. Apa yang dilakukannya tidak diketahui oleh anaknya.
  Bila pemuda itu rasa dia telah masuk agak dalam ke dalam hutan. Dia pun meletak ibunya dan terus berjalan untuk pulang ke rumah.
  Ketika inilah Ibu pemuda itu berkata “ Anak ku..Ikutlah ranting kayu yang telah emak patah dan tinggal sebagai tanda itu pulang. Nanti kamu tak akan sesat.”
  Sepanjang hidup korang… Ingat tak apa pengorbanan ibu pada korang… Apa pula pengorbanan korang pada Ibu korang…?..

22 comments:

Akue Achik said...

terlalu pendek tapi cukup buat mata aku kabur..

azam said...

perngorbanan tak terbanding....

love u ibu

MaMa AiNi said...

sedeyy bila ank2 sekarang tak pandai menghargai pengorbanan seorg ibu !!...jasa mereka tak kan terbalas olih kita..syukur mama masih dpt menatap wajah mak mama & kasih sayangnya..hu2x..& mama juga seorg ibu..seorg ibu tak perlukan wang ringgit ank22nya...dia hanya perlukan secebis kasih sayang...tak susahkan permintaan seorg ibu...sob...sob !!...

Fara said...

Sy klu bercerita tentang ibu atau ayah, sy jadi lemah. Sy sgt sayang mereka. Tak terbayar jasa mereka terhadap sy. Sy mmg takkan mampu.

misya said...

walau segunung intan berlian pun tak dapat menandingi kasih sayang dan pengorbanan sorang ibu

Hana Soffelia said...

Sedihnya cite ni. T_T Selagi ibu ada, selagi tulah sy akan sentiasa di sisi ibu walaupun sudh bersuami.

Kakzakie said...

Kalau nak hitung jasa mak-bapak kakak confirm kakak tak mampu nak balas. Sebab itu baca cerita ini pun hati kakak meronta sayu...

Cik Azizah said...

sedihnya..maksudnya mendalam sgt..kalau diceritakan pasal ibuayah hati jijah sayu..betapa banyak2 dosa pd mereka. tak terbayar segala penat lelah pgorbanan mereka tu..

aniki said...

bro,lu buat wa punya mata berair..terbaik bro

chekgu kechik said...

jasa mereka takkan pernah mampu kita balas..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

keji giler perangai anak dia ni....kijammmmmmmmmmmmmm...sedey nyer kalo jadik mak kpda anak yg x kenang budi ni

EyqaLuvender said...

ibu adlh segala-galanye...tiada galang ganti...

LINDAHERY said...

kasih ibu tiada tandingnyaa...!

MamaEma said...

tak terbalas jawabnya

Anak Wak Mail said...

eh,,apa punya anak daa...pengorabanan ibu kalau nak di list tak cukup!

Mizz ErMa said...

sampai macam tu sekali mak die jaga die..

ieyza afieyna said...

pengorbanan ibu sgt tidak ternilai walaupun dibandingkan dgn emas dan permata,
kasih ibu membawa ke syurga..

i miss my mom..

suha said...

moga kita mnjadi anak yg baik (^_^)


tp cite ni memng mengharukan huhu

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

sedih..kasih sayang ibu bapa tiada tandingan..

NM02 said...

amek...

ibu dah pesan pada anak supaya anak tak sesat. mesti anak dia fensan mulut berbuih...

syiela said...

Sampai macam tu sekali pengorbanan ibu..

Sedih bila anak2 lupa pengorbanan ibu.. moga cerita ni jadi pengajaran buat semua

Amy Syaquena said...

pengorbanan yang tiada tolak banding... sayang bonda..