SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, March 21, 2012

SEMPURNA



Image: Google
BETAPA SEMPURNANYA SESEORANG ITU, NAMUN TETAP KENA BERGANTUNG KEPADA ORANG LAIN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN.
  Walaupun kita nampak seperti seorang yang Berjaya. Telah kaya raya. Menjawat jawatan yang tertinggi dalam satu organisasi. Namun kita tetap kena bergantung kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan ini. Malah mati pun kena bergantung kepada orang lain
  Inilah hakikatnya sebagai seorang manusia. Kita mahu atau tak mahu. Kita suka atau tak suka. Kita pun tetap kena terima hakikat ini.
  Namun ada orang yang alpa dan lupa diri. Menganggap dirinya sangat istimewa. Berlagak sombong. Malah langsung tidak boleh dikritik.
  Untuk senang difikir… semasa dah mati.. boleh berjalan sendiri ker.. ke tanah perkuburan?


18 comments:

Kunang-Kunang said...

Salam Ros,

Betul tu, kita tak boleh hidup sendiri2. Kita perlukan seseorang.

Bak kata orang tua2, alangkan atap rumah pun berkawan2, kalau sekeping jer atap tu, bocorlah rumah.

Hanamiko Sakura said...

betul tu... suka ayat..."boleh berjalan sendiri ker ke tanah perkuburan.."

Umie Naziera said...

kita mna boleh hidup sorang2

azam said...

susahnya mencari kesempurnaan ni....

berusahalah

sisdee said...

betul!!! kdg2 tu dia lupa dia kaya pun ada org tolong..pekerja..org bawah..takkan dia buat semua sorang..dan dia lupa..Tuhan yang bantu dia gak :(

Akue Achik said...

betul..sgt stuju..tp saluny sy independent..tp xdalah smpi smbong bongkak..huhu

mizzkechique said...

tiada manusia yg sempurna..

Deru Ombak said...

Hi WuMing...

No one is perfect...setiap kejadian Dan kehidupan di muka Bumi ini bagaikan aur dengan tebing.. Bertaut.. :)

misya said...

tak semua benda sempurna macam tu jugak manusia

Eye_nee said...

sbb mereka fikir mereka lambat lagi mati ataupun berfikir kalau mati pun nnti tentu ada org yg akan tanam..

Pok Amai-Amai said...

Betul! Jgn ego. Konon boleh hidup sendiri. Khas utk org yg tak suke komitmen. Jgn igt boleh hidup berpoya2 smpi ke tua.

Angah said...

'salute' ar kt org yang anggap dia boleh hidup tanpa bergantung pada org lain...

Teenager Housemaid said...

hm, entry ni buat saya berfikir...
:)

LINDAHERY said...

saya sempurna dimata suami & keluarga...hihiihih tetibe jeee.

ieja amieja said...

tiada siapa pun yg sempurna kecuali yg diatas..:D

Rapunzel Cikilolo said...

kite perlukan seseorang di samping kite melainkan kita dah mati kot... u are rite

Kerabu Jantung said...

Belum pun mati, baru je sakit terlantar atas katil, tak dapat dah nak cakap besar atau nak menunjuk kaya...

mama aini said...

ehem..mendalam maksud ayat2 diatas..