SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, September 29, 2010

INSOMNIA

Rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk kesihatan kita. Kerana semasa tidur semua sistem dalam badan kita pun turut berehat sekali. Degupan jantung menjadi perlahan dan pernafasan kita pun menjadi perlahan dan dalam tempoh yang sama semasa kita tidur.
  Jika badan kita rehat tidak mencukupi,  kita akan rasa pening – pening , sakit kepala, lambat berfikir, lambat untuk membuat keputusan dan sebagainya.
  Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk mengelak dari tidur tak lena.
1.       Tidur tepat pada masa atau tidur pada masa yang sama tiap tiap malam.
2.       Hidangan terakhir atau makanan malam haruslah tidak terlalu banyak dan sekurang – kurangnya 3 – 4 jam sebelum tidur. Supaya semua makanan yang kita makan itu telah dihadamkan sepenuhnya
3.       Kurangkan minum minuman yang mempunyai kefein seperti kopi, setengah minuman dalam tin dan sebagainya.

1 comment:

ieja amieja said...

hai wuming..
bagus info wuming bg ni..akk pun ada insomnia ni..jumpa pakar tu ari tip2 yg sama lah dr. bg..tp msh x berkesan jg..mungkin jg kena amik masa yg lama kot..dr. suh wat terapi sebenarnye..tp sbb kekangan masa akk x g lg..