 |
Image:Google |
ADA ORANG YANG TAKUT ORANG LAIN MEMBONGKAR KESALAHAN DIRINYA,
LALU MELINDUNGI DIRI SENDIRI DENGAN MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN.
Banyak orang, banyak ragamnya.
Korang ada tak rakan sekerja yang suka cerita tentang keburukan orang lain.
Adakah korang terus percaya padanya, atau akan berwaspada untuk bergaul
dengannya?
Aku pernah jumpa orang seperti itu. Dia tidak
pernah cerita tentang kebaikan orang lain. Semua orang, ada saja yang tak kena.
Tapi apa yang aku lihat. Dia punyai ramai kawan. Mereka percaya padanya.
Pada hakitatnya, dia juga akan cerita
keburukan kawannya pada orang lain. Keluar denga Ali, cerita tentang keburukan
Abu. Keluar dengan Abu, cerita pula tentang keburukan Ali.
Bagiaku, aku takut dan curiga pada orang
seperti itu. Orang yang datang cerita tentang keburukan rakan sekerja yang lain
pada aku.
Aku akan tertanya-tanya.. Apakah cerita yang
dibawa bila dia keluar dengan orang lain. Pada ketika itu aku tidak bersama
mereka.
Sudah semestinya aku lah bahan cerita pada
hari itu. Dan mengikut sejarah… dia tidak pernah cerita tentang kebaikan orang…
Namun berapa ramai yang sedar tentang itu.
Kebanyakan orang akan percaya bulat-bulat. Malah menggangap dia adalah orang
yang baik. Kerana beri amaran tentang tingkah laku orang lain..
Sebenarnya kita tidak boleh cari keslemahan
kawan kita. Kita cari kebaikan mereka. Kerana kita juga banyak kelemahan.
Orang seperti ini sebenarnya sedar tentang
keburukan diri sendiri. Tetapi cuba menutupinya dengan kesalahan orang lain.