SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, September 29, 2011

SUASANA DALAM RUMAH BERSAMA KELUARGA DI WAKTU MALAM


Acik adalah seorang budak yang sangat jujur. Dia memang di ajar untuk bercakap jujur dengan semua orang.
  Ayah acik adalah seorang petani yang miskin. Mereka sekeluarga hanya tinggal di sebuah pondok yang buruk di sawah bendang.
  Suatu hari, di sekolah Acik sedang belajar mata pelajaran Lukisan. Cikgu Lukisan menyuruh semua murid-murid melukis suasana di dalam rumah bersama keluarga di waktu malam.

Seketika kemudian.

  Apabila sampai masa, semua murid-murid di suruh menghantar hasil kerja seni masing-masing. Cikgu lukisan sangat hairan apabila lihat hasil lukisan Acik. Lalu cikgu pun memanggil Acik untuk bertanya.

Cikgu: Acik mari sini..
Acik : Kenapa cikgu?
Cikgu: Acik… kamu faham tak apa yang cikgu suruh kamu lukis.
Acik: Faham cikgu.
Cikgu: Apa yang kamu faham?
Acik: Cikgu suruh kami semua lukis “Suasana dalam rumah bersama keluarga di waktu malam.
Cikgu: Habis tuu..?
Cikgu: Kenapa kamu hantar lukisan yang hanya berwarna hitam.
Acik: Rumah saya tak ada elektrik. Jadi itulah yang saya nampak.
Cikgu:??????!!!!!!!!


MAAF...AMPUN


Image:Google


Maaf ya kawan-kawan… Tak dapat terjah Blog korang.  Lepas ni mungkin dah tak boleh aktif macam dulu..
  Sekadar Post entri tu boleh laaa… Nak blogwalking lama-lama dah tak ada masa dah… Mungkin laa.. Tapi ada juga laa sehari atau dua hari dalam seminggu…
  Sorry laaa…

Wednesday, September 28, 2011

AZAM


  Entri ini aku tuju khas buat member aku(di alam maya). Azam. Baru – baru ini aku terbaca tajuk “PENAT DAN LETIH”.
  Aku betul-betul faham perasaan Azam. Walaupun aku tak pernah alami situasi sebegitu. Biasa laa Suami Mithali laa katakan. Mesti laa faham perasaan orang lain sebagai suami juga.
  Marilah sama-sama kita beri semangat pada Azam.

Selain itu jika korang nak tambah traffic dalam Blog korang. Korang boleh baca tajuk “MACAM MANA NAK DAPATKAN BUFFERED EARNINGS”. Juga dalam Blog Azam.

Azam… Good Luck...

Tuesday, September 27, 2011

KEBENARAN BUKAN SEPERTI YANG SELALU KITA LIHAT

Image:Google

Monday, September 26, 2011

PEGANGLAH TANGAN KU


Image:Google
  Ini adalah cerita pendek bersama message yang besar.
Si anak gadis kecil menyeberangi jambatan kayu bersama bapanya.

Ayahnya agak ketakutan lalu memberitahu anak kecilnya,
“Peganglah tangan ayah agar kamu tidak jatuh ke dalam sungai”.
Anak kecil itu menjawab.. “Tidak ayah.. ayah lah pegang tangan saya”.
“Apakah perbezaannya?” Tanya ayah kehairanan,
“Perbezaannya sangat besar ayah”.. Jawab si anak kecil,
“Kalau saya pegang tangan ayah, jika ada apa-apa berlaku,
Saya mungkin akan terlepas dari pegang tangan ayah.”Sambung anaknya lagi,
“Jika ayah yang pegang tangan saya,  walau apa pun akan terjadi, saya pasti ayah tak akan lepaskan tangan saya."

  Di dalam mana-mana hubungan, ikatan adalah tidak penting. Tapi apakah pandangan kita terhadapnya adalah yang paling penting.
Jadi, peganglah tangan orang yang anda sayang dari mengharap mereka untuk memegang tangan anda.

Jangan hanya tunggu dan meminta, pergilah cari dan berilah kasih sayang itu.


Kalau tak ada sapa-sapa yang sudi... Beri saja pada WuMing....Mua..ha..ha..ha..!!!!


Sunday, September 25, 2011

8 JENIS MAKANAN YANG WANITA TAK PATUT TINGGAL



Image:Google
Pertama: Susu
  Susu adalah makanan yang kaya dengan sumber Protien dan Kalsium. Badan wanita memerlukan Kalsium pada kadar yang lebih tinggi dari lelaki untuk memelihara kesihatan tulang(Terutama ketika mengandung, menyusu bayi dan selepas putus Haid). Juga untuk mengelak masalah Osteoporosis di kemudian hari. Jadi wanita digalakkan untuk minum susu sekurang-kurangnya 2 gelas sehari. Pilihlah susu yang rendah lemak.

Image:Google
Kedua:Yogurt
  Yogurt mempunyai Bakteria yang membantu system Imun badan kita untuk berjalan dengan lebih sempurna. Tetapi Yogurt haruslah yang asli. Yang tidak mengandungi awetan buah-buahan dan gula tambahan. Kerana bahan-bahan ini bukan sahaja boleh mengemukkan, ia juga boleh membahayakan kesihatan.

Image:Google
Ketiga: Minyak Zaiton
  Ia mengandungi Lemak tak tepu yang berfaedah kepada kesihatan kita. Ia membantu mengurangkan Kolesterol-Kolesterol LDL dalam arteri. Di mana ia merupakan Lemak berbahaya yang ada dalam arteri kita.
  Ia membantu mengurangkan risiko saluran darah tersumbat. Malah ia mengandungi Vitamin E dan bahan Antioksidan yang membantu untuk menyegarkan warna kulit.

Image:Google
Keempat: Biji Bunga Matahari
  Yang sangat kaya dengan Vitamin E dan bahan Antioksidan. Di mana bahan ini akan membantu mengurangkan kadar kedutan atau memperlahankan proses penuaan pada kulit. Jadi ia membantu untuk kulit kelihatan cantik dan berseri.
  Kandungan Vitamin E juga membantu menghilangkan parut-parut pada wajah kita.

Image:Google
Kelima: Brokoli
  Sayur yang lazat ini mempunyai Vitamin C, Kalsium dan zat Besi. Yang merupakan zat-zat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.
  Selain dari itu, ia mempunyai kandungan serat makanan yang tinggi, yang membantu dalam proses penghadaman dan pembuangan.
  Yang penting Brokoli itu tidak perlu dimasak dengan keterlaluan. Kerana pemanasan yang melampau akan merosakkan atau menghilangkan zat-zat makanan yang ada.

Image:Google
Keenam: Tomato
  Sebagai satu sumber Beta Karotena, Vitamin C dan bahan Antioksidan. Membantu organ-organ dalam badan bertugas dengan lebih sempurna, terutamanya system pencernaan. Kajian mandapati bahawa makan tomato (segar berserta kulit) boleh mengelakkan risiko mengidap kanser payudara.

Image:Google
Ketujuh: Tauhu
  Merupakan sumber Protien tumbuh-tumbuhan. Mempunyai lemak yang kurang tapi kandungan Kalsium yang tinggi. Sangat baik untuk system pencernaan. Baik untuk kesihatan perut juga memberi keselesaan pada perut.
  Selain dari itu ia juga membantu untuk menyeimbangkan Hormon Estrogen dalam badan.

Kelapan: Air Bersih
  60 % dari bahagian badan adalah terdiri dari air. Maka air adalah merupakan keperluan asas untuk system dalam badan kita berfungsi.
  Kita perlu minum air sekurang-kurangnya minum air sebanyak 8 gelas sehari.

Di atas adalah 8 jenis makanan asas yang kita perlu untuk mengekalkan kesihatan badan kita..

Selamat mencuba…dan cantik selalu…
  

Thursday, September 22, 2011

AKU PUNYA LAKARAN...

Sebenarnya banyak yang aku Lukis... malah pakai Cat Minyak pun ada... tapi tak ada dalam bentuk soft copy.

ENTRI AKU YANG KEDUA UNTUK HARI INI