SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, September 29, 2011

SUASANA DALAM RUMAH BERSAMA KELUARGA DI WAKTU MALAM


Acik adalah seorang budak yang sangat jujur. Dia memang di ajar untuk bercakap jujur dengan semua orang.
  Ayah acik adalah seorang petani yang miskin. Mereka sekeluarga hanya tinggal di sebuah pondok yang buruk di sawah bendang.
  Suatu hari, di sekolah Acik sedang belajar mata pelajaran Lukisan. Cikgu Lukisan menyuruh semua murid-murid melukis suasana di dalam rumah bersama keluarga di waktu malam.

Seketika kemudian.

  Apabila sampai masa, semua murid-murid di suruh menghantar hasil kerja seni masing-masing. Cikgu lukisan sangat hairan apabila lihat hasil lukisan Acik. Lalu cikgu pun memanggil Acik untuk bertanya.

Cikgu: Acik mari sini..
Acik : Kenapa cikgu?
Cikgu: Acik… kamu faham tak apa yang cikgu suruh kamu lukis.
Acik: Faham cikgu.
Cikgu: Apa yang kamu faham?
Acik: Cikgu suruh kami semua lukis “Suasana dalam rumah bersama keluarga di waktu malam.
Cikgu: Habis tuu..?
Cikgu: Kenapa kamu hantar lukisan yang hanya berwarna hitam.
Acik: Rumah saya tak ada elektrik. Jadi itulah yang saya nampak.
Cikgu:??????!!!!!!!!


24 comments:

Fara said...

Lawak si sebalik sedih.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

hahahahaha kelakar giler
cian umah dia x der letrik

Eye_nee said...

Kejujuran terkdg sukar dimengertikan...

Kakzakie said...

Cahaya bulan pun tak menerobos rumah dia kesian dan naif betul:)

MamaEma said...

cerdik budak tu.hhehehehe

EyqaLuvender said...

lps ni cikgu tu boleyla tolong pasangkan eletrik n tolong byr bil bln2 kt rumah family acik...hehe
m'bantu mereka yg memerlukn.

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said...

Tlampau pandai bdk 2..da ptot ganti cikgu huhuhu..

misya said...

hehehe

Umiey said...

hi wuming, lm xjengok cni...

jujur tul la si acik nie..sedih plak rsnya...

psstttt wuming sht ke?

Zie said...

hahaha..budak ni pun...hahah..cikgu kena kretif beri instruction..hehe

Bidadari Syurga said...

adoi... byk meaning untuk skrip tu... sedihpun ada... rasa kemiskinan mengatasi segalanya... atau time tu ayah dia tak bayar bil api... heeeeeee

Afikah Aziz said...

hehe jujurnye die,comel je heeee

maaf wuming,lame ika x BW sini disebabkan masalah kesihatan,skg dh sihat kembali :)

Ijah EmoTemo said...

hahahah kelakar tp sedih pun ada jgk hehehehe

ieyza afieyna said...

haha. lawak3..

acik2..huhu

sian ckgu tu..

Hana Soffelia said...

Jujur sgt budak tu.. tp if umah dia xde elektrik pasti ada pelita or lilin kan? pasti dia akan lukis pelita. Im sure umah dia blackuot kot mlm tu. ^_^

Akue Achik said...

ironi dsbalik satu crita..huhu

nak gelak salah..nak serius lucu plak rasa..

Cik Azizah said...

cerdik la budak tu..anak sape la ni.hehe

Dinas Aldi said...

Kesian Acik..

ciK LyndaWawa said...

hahaha..cerdik budak tu.....

Lia said...

kiranya cikgu seni acik tu tak bersenilah sbb dia tak paham erti lukisan tu.. heeee

MaMa AiNi said...

ha2x..gelak mama baca entry ni...lawaknya !!...

Adylia Qarissa said...

hahahaaa..lawak..tapi betul la apa yang acik buat..hihiiii

KuNanGKuNanG said...

ada lg yg susah dizaman skrg ni...

Cikli said...

tajuk lukisan taraf spm tu