SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, August 17, 2011

SHE IS GEE


 Cayalah Gee… Si budak comel ni. Apa yang dia tak tau. Blog tutorial, Agama(Islam) dan macam-macam lagi. Semua dia buat. Boleh dikatakan tiap-tiap hari jugalah aku masuk Blog dia.
  Gee juga merupakan seorang rakan yang setia. Dari mula dia masuk komen entri aku. Sampai lah ke hari ini. Dia masih lagi tak jemu-jemu nak kunjung ke Blog yang tak seberapa ini. Malah dah berapa kali dia buat entri tentang Blog aku ni.. Terhahu aku di buatnya…Rasa macam nak peluk erat-erat…. Ehh…ehh tak boleh…tak boleh.. Jangan marah Gee… Gurau saja.
  Korang rugi taw kalau tak masuk tengok Blog dia. Banyak benda boleh belajar. Siapa nak bagi Blog canggih… tanya dia
  Jom terjah dan Follow :Cik Gee
Cik Gee juga support kawan-kawan.

Dah Terjah
  1. CIK AZIZAH
  2. LINDAHERY

Monday, August 15, 2011

REENNIE ANAK KU SAYANG

Salina mempunyai seorang anak perempuan berusia 6 tahun yang sangat comel. Salina telah disahkan oleh doctor bahawa dia tidak boleh lagi melahirkan anak. Jadi Reennie merupakan segala-galanya bagi Salina dan suaminya Harish.
  Tiap-tiap pagi Salina akan hantar anaknya ke sekolah tadika di Bandar berdekatan dengan kereta yang di belikan oleh suaminya.

Salina: Cepat nak… nanti lewat. Tak baik kita pergi sekolah lewat… Pakai kasut tuu..
Reennie: Ya mak… nanti baby pakai kasut dulu..
Rennie: Aduhh…!!
Salina: Hah!!!.. kenapa??…kenapa??…

Image: Google
  Hanya anaknya bunyi “aduh” sikit saja Salina dah panik… Maklumlah anak kesayangan. Lalat pun tak boleh hinggap pada anak kesayangan mereka itu.
  Dalam perjalanan ke sekolah. Reennie nampak letih saja. Salina memandu dengan tenang. Apabila dia toleh sekali lagi.. Reennie pun dah dah lena.

Salina: Ahh!!... Dah lena dah… letih laa tuu… Kesian anakku…(sambil senyum)

  Sampai depan sekolah..

Salina: Baby… dah sampai sekolah nak… bangun nak…

  Tapi Reennie diam saja. Tidak ada sebarang respon. Salina pun gerak anaknya.. Dia amat terkejut apabila dia nampak mulut anaknya kehitaman dan muka pucat lesi..
  Dia semakin cemas dan panggil Reennie berkali-kali.. Cikgu sekolah pun datang dan tengok keadaan Reennie. Cikgu mencadangkan supaya Salina bawa anaknya ke klinik berdekatan.
  Panjang laa pula cerita ni… Tak larat nak menaip dah… Nanti sambung lah..


Entri Sebelum ini : JOM TERJAH - LindaHery

JOM TERJAH - LindaHery

  Linda merupakan orang terawal komen dalam entri aku. Sejak aku baru-baru berjinak dengan dunia Blog ini. Sampai lah ke hari ini. Dia masih lagi kunjung ke sini. Beri komen atau ulasannya.
  Tak guna kita buat entri yang hebat kalau orang tak baca. Rasa sayu saja kan?.. Tapi dengan adanya komen dari kawan seperti Linda ini lah buat aku bersemangat.
  Aku juga sama. Dah menjadi rutin. Masuk saja ofis, on laptop dan buka Blog, dan aku akan masuk tengok blog dia.
  Dia rajin juga ubah penampilan Blog dia. Paling sempoi gambar dia dengan Husband dia. Best kan?. Romantis gitu..
  Jom follow dan terjah Blog LindaHery
Hah!!! Nampak tak dia support aku.. Ada link ke Blog aku lagi...

Kriteria Sahabatku Di alam Maya ini adalah:
  Di mata orang lain dia mungkin biasa saja. Tapi bagi aku, dia sangat Hebat. Sebab betapa hebatnya blogger tu  pun… Tak ada makna bagi aku, kalau tak pernah baca entri aku. Tapi Linda selalu support aku. Walau dia tak ada entri baru… Tapi dia akan masuk juga kat sini.

Dah Terjah:Cik Azizah

Sunday, August 14, 2011

JOM TERJAH - Cik Azizah

  Mulai dari hari ini.. Aku akan post dua entri dalam satu hari. Satu adalah entri biasa yang aku postkan tiap-tiap hari. Satu lagi pula aku akan post Blog-blog yang terbaik di Malaysia(pada pandangan aku laaa.. Orang lain punya pandangan.. itu dia orang lain punya hal)
  Blog yang pertama aku nak perkenalkan adalah Blog kepunyaan Cik Azizah. Korang tahu tak sejak aku mula berbolg ini kan.. Dia adalah salah seorang yang mula-mula follow aku. Dia juga rajin komen. Boleh dikatakan setiap entri aku dia mesti baca dan komen.
  Blog dia ada macam-macam. Dari petua kesihatan, panduan agama(islam), cerita tentang artis dan sebagainya.
  Rugi taw kalau korang tak follow dan baca blog dia.
Ciri-ciri sebagai sahabat di alam maya yang ada pada Cik Azizah.

  1. Blogger yang hebat.
  2. Follow aku… He..he..he..
  3. Senaraikan Blog aku dalam Blog list dia.
  4. Selalu komen entri aku…


Jom Terjah Blog dia.. Klik pada nama dia : Cik Azizah

Entri sebelum ini : SAHABAT

Saturday, August 13, 2011

SAHABAT


Image:Google

Orang yang digelar SAHABAT
Tidak perlu mempunyai tahap pendidikan yang sama,
Tidak perlu berada di tahap yang sama,
Tidak perlu mempunyai jawatan yang sama,
Tidak perlu dari bangsa dan agama yang sama.

Sahabat – Akan tegur ketika kita tersilap,
Sahabat – Sentiasa mendengar ketika kita meminta,
Sahabat – Akan sentiasa tunggu apabila kita terlewat,
Sahabat – Akan mendayung ketika kita berehat,
Sahabat – Akan menegur ketika kita sedang berduka,
Sahabat – Akan kejutkan kita ketika kita leka,
Sahabat – Akan pujuk ketika kita merajuk,
Sahabat – Akan mengajar ketika kita silap,
Sahabat – Akan berkongsi ketika kita kehabisan,
Sahabat – Akan memapah kita ketika kita jatuh,
Sahabat – Akan bersedih ketika kita menangis,
Sahabat – Akan senyum ketika kita ketawa,

Sebagai seorang sahabat, korang seharusnya berkongsi mesej ini. Agar sama-sama kita mengerti apa itu persahabatan.
Jangan tunggu orang lain yang hantarkan mesej ini pada anda.


Sebenarnya ada banyak lagi erti persahabatan… Tapi aku takut korang tak baca kalau terlalu panjang.. Jadi aku ringkaskan saja…

Thursday, August 11, 2011

PERGI TOILET UNTUK KESIHATAN


Image:Google

Apabila baca tajuk ini, Korang rasa aku ni merepek sajakan?. Sabar…sabar… baca dulu tuan-tuan dan puan-puan…Alamak macam orang jual ubat kat pasar malam pulak…he..he..he..
Ada orang pandang remeh dengan isu ini. Tapi korang tahu tak. Kerana isu inilah ramai orang telah menghidap pelbagai penyakit hari ini.
Menggikut kajian dari pakar kesihatan yang mengkaji tentang isu ini. Mendapati seseorang yang jarang buang air besar mendapat peluang yang lebih tinggi untuk mengidap penyakit kolon.
Korang tahu tak kenapa? Ok mari kita tengok hasil kajian dari pakar-pakar tersebut.
Sampel najis yang ada dalam usus manusia selama satu hari telah diambil. Kemudian dicampur dengan air dan di suntik pada seekor tikus yang aktif.
Hasilnya..Tikus itu masih hidup dan aktif  seperti biasa. Tidak ada perbezaan yang dapat di lihat.
Sampel yang kedua di ambil. Kali ini mereka ambil sampel najis yang ada di dalam perut manusia selama 2 hari. Sama juga dengan sampel pertama. Mereka campur dengan air dan di suntik pada tikus makmal yang lain.
Hasilnya.. Tikus yang kedua ini lesu dan kurang aktif. Hasilnya sangat ketara. Sedangkan kesihatan tikus yang kedua ini adalah sama dengan tikus yang pertama sebelum di suntik dengan sampel najis ke 2 tadi.
Sampel yang ke 3 di ambil. Kali ini pula mereka ambil dari najis yang brada dalam usus manusai selama 3 hari. Ini bererti orang itu tidak buang air besar selama 3 hari.
Juga di campur dengan air dan di suntik pada seekor tikus makmal yang sihat.Korang tahu tak apa yang terjadi dengan tikus yang ke 3 ini setelah di suntik dengan sampel najis yang ke 3 itu.
Tikus yang sebelum ini sihat telah mati apabila di suntik dengan sampel najis yang ke 3.
Korang bayangkan najis atau sisa najis yang berada di dalam usus kita yang melebihi 3 hari. Ini lah sisa najis yang menjadi toksid dalam perut kita. Yang merupakan punca kepada pelbagai jenis penyakit. Yang bermula dari Penyakit kolon.

Wednesday, August 10, 2011

AARRRGHH TAKUT


Musuh yang paling bahaya adalah diri sendiri.
Kegagalan yang paling teruk adalah sifat penting diri sendiri.
Perbuatan yang paling bodoh dalam hidup adalah hipokrit.
Perbuatan yang paling keji dalam hidup adalah sifat dengki.
Kesilapan yang paling teruk dalam kehidupan adalah kalah pada diri sendiri.
Perkara yang paling malang dalam kehidupan adalah tipu diri sendiri.
Perkara yang paling simpati dalam kehidupan adalah perasaan putus asa.
Kegagalan yang paling dasyat dalam hidup adalah bila putus harapan.
Hutang yang paling besar dalam kehidupan adalah hutang budi.
Kekurangan yang paling teruk dalam kehidupan adalah apabila pandang kehidupan dari sudut negative.