 |
Image:Google |
BUKU
DAN TEMAN YANG BAIK, DINILAI PADA
KEBAIKAN
DAN KUALITI ,
BUKAN
PADA KUANTITI.
Ramai
yang suka baca buku… Tapi lebih ramai yang tak suka baca… He..he..he….. Tetapi
ramai orang suka berkawan.
Nak berkawan dan berteman.. walau nak ke
toilet pun nak teman… pelik kan?
Sebenarnya citarasa seseorang membaca dan
berkawan adalah tidak serupa. Tetapi satu perkara yang serupa adalah. Semua
orang nak baca buku yang berkualiti. Nak kawan yang baik.
Itulah
hakikatnya… sebenarnya kita tidak perlu baca buku banyak-banyak.. Tidak perlu
ramai kawan. Tetapi memadai hanya beberapa buah buku sebulan. Tetapi seharusnya
buku yang berguna pada kehidupan. Yang memberi pengetahuan dan berguna pada
kehidupan.
Kawan
juga sama. Tidak guna kita punyai kawan yang ramai. Tetapi sentiasa menunggu
peluang untuk mengambil kesempatan terhadap kita. Pelbagai kesempatan yang
mereka tunggu, seperti mencari kesalahan kita, meminta kita belanja makan,
minta pertolongan, pinjam wang dan sebagainya. Tetapi apabila kita dalam
kesusahan… batang hidung pun tak Nampak.
Hanya
beberapa orang pun dah cukup. Tetapi mereka jujur untuk berkawan dengan kita. Itulah
kawan yang sepatutnya kita perlu miliki.