![]() |
Image:Google |
JANGAN TERLALU TAKSUB UNTUK MENUJU KE DESTINASI
SEHINGGA TERLUPA PADA PEMANDANGAN DI TEPI JALAN YANG DILALUI.
Kerana dunia yang penuh dengan pertandingan dan
perbandingan. Manusia berlumba-lumba untuk
mencapai kejayaan dalam hidup masing-masing. Tanpa memikirkan apa yang
telah mereka lakukan.
Mereka tidak memikirkan kesan kepada orang
sekeliling. Baik atau buruk. Seperti yang kita lihat di kaca TV, fitnah,
umpatan, kata keji dikeluarkan oleh mereka yang digelarkan pemimpin masyarakat.
Orang yang cetek pemikiran akan terpedaya
dengan omong kosong mereka. Lakonan mereka. Gula-gula diberi. Hanya sebagai
jambatan manusia untuk mereka menyeberang kearah kejayaan yang mereka impikan.
Ini hanya kata-kata dari seorang insan yang
kerdil. Yang bosan dengan sandiwara pihak-pihak tertentu. Tiada kaitan dengan
mereka yang masih berlegar-legar dengan bertopengkan manusia atau yang telah
mampus.