Image:Google |
SELAMAT TAHUN BARU 2015
Tuesday, August 9, 2011
Monday, August 8, 2011
PANDANGAN POSITIF
![]() |
Chase The Sun : Google |
Terpaksa kutip sampah selepas habis parti di rumah.
Ini bererti kita tidak keseorangan kerana masih ada kawan-kawan datang ke parti di rumah kita.
Terpaksa lipat terlalu banyak baju,
Ini bererti kita masih ada baju yang mencukupi untuk dipakai.
Terpaksa cuci pinggan mangkuk yang banyak selepas makan,
Ini bererti kita masih lagi ada makanan untuk dimakan.
Ada bayang-bayang yang sentiasa mengekori kita,
Ini bererti kita masih lagi mampu keluar rumah untuk melihat sinar matahari di luar rumah.
Rumput di taman perlu dipotong, tingkap perlu dicuci, lantai perlu disapu,
Ini bererti kita masih ada rumah untuk berteduh.
Tempat parking yang terlalu jauh dari tempat kerja atau tempat shopping,
Ini bererti kita masih lagi boleh berjalan dengan tidak ada masalah.
Bising bunyi jam loceng diwaktu pagi,
Ini bererti kita masih lagi hidup untuk menempuh hari baru..
Korang masih boleh baca entri terbaru dari Blog ini,
Bererti aku juga masih hidup…..
Sunday, August 7, 2011
LAPAR
![]() |
Image:Google |
Seorang lelaki memandu kereta balik dari tempat kerja . Dalam perjalanan kebetulan ada kesesakan lalu lintas. Dia tersangkut di dalam kesesakan itu.
Perutnya dah lapar. Dia baru teringat dia tak makan tengah hari hari ini. Dan sekarang dah pukul 7 petang.
Matanya liar memandang sekeliling. Ternampak seorang penjaja jual kuih pau di tepi jalan. Hah… dia senyum dan mula berfikir.. Aku dah boleh makan…..
Opppsss… tapi macam mana nak beli. Kalau dia keluar dari kereta untuk pergi beli pau itu, dan ketika itu kenderaan di depannya jalan, dia pun kena jalan…. Nak parking di tepi jalan(macam kebanyakan orang) pun dah tak ada ruang.
Dia mula berfikir. Matanya melilau tengok sana-sini… Hah…harapan masih ada. Dia nampak dua tiga orang kanak-kanak sedang bermain di tepi jalan.
Dia pun panggil seorang budak itu… “Adik..adik” jerit pemuda itu kepada seorang budak. Apabila budak itu sedar pemuda itu panggil. Dia pun pergi dekat pemuda itu..
ADIK: Abang… Abang panggil saya ker tadi..?
PEMUDA: Ya…
ADIK: Kenapa Bang?
PEMUDA: Boleh tolong abang tak?
ADIK: Tolong apa?
PEMUDA: Tolong pergi beli kuih Pau bagi abang di sana.. Beli dua biji.. Satu Adik ambik… Satu lagi bagi Abang
Adik itu pun setuju. Selepas ambik wang dari pemuda itu, budak itu pun pergi beli kuih pau di penjaja itu……….Selepas 10 minit budak itu pun lari ke arah pemuda itu dan berkata.
ADIK: Abang…abang nah wang baki…
PEMUDA: Habis…. Mana kuih pau yang abang suruh beli.
ADIK: Penjaja itu kata kuih pau hanya tinggal satu saja…. Jadi saya pun beli satu untuk saya dan dah makan habis… Ini lah wang bakinya…
PEMUDA:……………….?????!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Apa akan korang buat kalau korang jadi pemuda itu… J
Thursday, August 4, 2011
AKU YANG BERSALAH
Kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Watak atau nama bukanlah sebenar. Hanya rekaan semata-mata. Baca dari mula sampai habis taw…
![]() |
Image:Google |
Jam telah menunjukkan pukul 9 malam. Edika dalam perjalanan ke rumah Shazlee.
Apabila sampai depan Apartment mewah itu, Edika pun meletakkan keretanya betul-betul depan Apartment itu.
Dari bawah Edika boleh lihat lampu apartment Shazlee menyala. Ini tandanya ada orang dalam apartment itu. Dia pun terus naik. Ia cuma berada di tingkat dua sahaja.
Di depan pintu apartment..
Kok..kok.. edika mengetuk pintu. Selepas 10 minit baru kedengaran orang menjawab.
Shazlee: Masuklah.. pintu tak berkunci…
Apabila masuk saja dalam rumah kelihatan Shazlee duduk melutut di atas lantai sambil menangis. Sedangkan Mirra sedang tidur di atas sofa dengan mukanya tertutup dengan bantal.
Edika: Hey… kenapa ko menangis… nenek meninggal ker?
Edika berseloroh. Tetapi Shazlee diam saja… Tidak bersuara.. malah menangis semakin kuat.
Edika: Hoii… dah buang tabiat ker aper ker?
Shazlee: Aku… hu..hu..hu.. aku yang bersalah..
Edika: Ini mesti bergaduh lagi ni…
Edika: Biasa aa Bro… memang macamni laa cinta… Bukan sentiasa manis macam gula….
Shazlee:Hu..hu..hu..
Edika: Dah..Dah… jangan menangis…Jom teman aku pergi beli air….
Shazlee pun tanpa membantah bangun perlahan-lahan dan itut Edika keluar. Mereka ke kedai 24jam berdekatan. Dalam perjalanan ke kereta Edika sempat pandang ke atas apartment.. Kelihatan Mirra sedang berdiri di tingkap, sedang memandang ke arah mereka..
Dalam hati Edika berfikir. Sayang juga dia dengan Shazlee. Pura-pura lena. Tutup muka dengan bantal. Mesti malu dengan aku la tuu..
Bila sudah beli apa yang patut. Mereka pun pulang ke apartment.
Shazlee: Bro…
Edika: Kenapa plak?
Shazlee: Engko naik lah dulu.. Nanti aku ikut.
Edika pun tak berkata apa-apa.. Dia pun naik dulu.
Masuk saja dalam apartment, Mirra dah tak kelihatan. Tetapi kedengaran bunyi orang mandi dalam bilik air. Dalam hati Edika berfikir. Mesti Mirra yang mandi..
Seketika kemudian kedengaran orang di luar pintu… Rupa-rupanya Shazlee dah balik.
Edika: Ko pergi mana tadi Bro?
Shazlee: Balai polis..
Edika: Hah!!! Buat apa ko pergi balai polis malam-malam ni..
Shazlee: Aku pergi buat laporan laa… Takkan pergi balai polis nak shopping plak?
Edika: Laporan apa?.. Lembu bapak mentua engko hilang?
Shazlee: Tak lah…
Edika: Habis tuu??!!!!
Shazlee diam seketika dan mula menangis. Sebentar kemudian dia menjawab dengan keadaan sebak dan putus-putus.
Shazlee: Aku dah bunuh Mirra dengan tak sengaja…
Bagaikan satu tamparan bagi Edika. Dia macam tak percaya apa yang dia dengarnya..Lalu dia terus pandang ke arah sofa…
Apa yang dia nampak lagi mengejutkan.. Mirra masih lagi tidur dalam keadaan sama seperti dia mula-mula masuk tadi…
Jadi… siapa yang pandang mereka tadi… Siapa yang mandi…. Kenapa tadi masa ada orang mandi… dia tak nampak Mirra di atas sofa…
Heh…heh…heee…………………..
Wednesday, August 3, 2011
PECAH TEMBELANG
![]() |
Image:Google |
Ketika sedang menonton TV sepasang suami-isteri pun berbual-bual..
Suami: Sayang… kalau abang mati, sayang akan kahwin lagi tak?
Isteri: Rasa-rasa saya akan kahwin… Faham-faham sajalah, saya tak suka kesunyian…
Suami: Sayang nak bagi suami baru sayang pandu kereta sport baru abang tak?
Isteri: Bagi lah… simpan pun kena bayar Roadtax juga….
Suami masih lagi tidak puas hati dan terus bertanya…
Suami: Nak bagi dia pakai suit baju yang baru abang buat itu tak?
Isteri: Tak kot…. Sebab dia lebih tinggi dari abang….
Suami: ??????.......................
Tuesday, August 2, 2011
POLIS MINTA IC DI BULAN PUASA
![]() |
Image:Google |
Kejadian in berlaku sebelum aku berkahwin lagi.
Biasa laa pagi-pagi dihari cuti. Bangun saja mesti laa nak keluar cari kedai makan…Pada masa tu jam baru pukul 8 pagi. Aku pun pergi ke satu kedai kopi(cina) nak makan roti bakar dengan telur separuh masak.
Masa aku masuk tu… tak ada orang dalam kedai itu. Aku pun pesanlah roti bakar dengan telur separuh masak.
Masa tengah makan, aku nampak seorang lelaki berusia lingkungan 50an. Dia datang dekat meja aku..Dan tegur aku…
Dari mana dia keluar pun aku tak sempat tengok
Pak Cik: Dik… kalau tak posa tu.. pi laa makan dalam-dalam sikit.. Nak naik kereta mayat ker?
Aku tengok muka dia dan senyum.. Dalam hati aku berfikir… Betul jugak hari ini 1 Ramadhan.. Kawan-kawan muslim berpuasa… Terlupa pulak lah…
Aku pun kesian kat pak cik tu(kerana dia tak posa dan ada hati nak bimbang pasal aku plak..kan..kan..?). Juga malas nak cerita panjang lebar. Aku terus angkat makanan aku dan ubah ke meja kat belakang sikit.(Macam laa baru hari ini aku tak puasa he..he..he..)
Semasa aku angkat makanan tu, aku nampak seorang lelaki berjalan di depan kedai. Dia tengok kearah aku. Mata dia tenung tajam ke arah aku.
Aku buat donno saja la. Tak fikir panjang.
Lebih kurang 10 minit kemudian ada seorang angota polis masuk ke dalam kedai itu dan terus ke meja aku..
Tergamam jugak laa aku.. Dalam hati aku berfikir.. Aku patut takut ker?.. Aku perlu buat apa.? Banyak persoalan timbul dalam kepala otak aku..
Aku pula mula berfikir.. kenapa aku nak pindah tempat tadi…. Aaaarrrghhhh!!!!!
Bila sampai di meja aku polis tu terus senyum kat aku dan berkata:
Polis: Dik…
WuMing: Ya saya…(aku dalam keadaan tergamam sebenarnya… Tapi berlakon cool saja… kan…)
Polis: Boleh tengok IC?
Dalam hati aku berfikir ligat lagi… Aku ada bawa wallet ker tadi…dalam wallet aku ada IC tak… dah lama benar aku tak tengok IC aku nih…
Tangan aku pun seluk poket nak ambil IC. Terasa lama sangat detik itu. Hampir keluar peluh di waktu pagi dah…
Akhirnya aku jumpa juga IC aku dan beri pada encik Polis tu tengok.
Lepas tengok, dia pun terima kasih dan beredar dari situ…
Fuhhh!!! Suspen woo masa tu.. Ini mesti abang tadi yang lalu depan kedai punya angkara.
Lepas tu tiap kali di bulan puasa, kalau aku nak makan di luar siang-siang. Aku mesti tengok IC aku dulu baru keluar rumah.
Kalau tidak…. boleh bersiar-siar dengan kereta mayat percuma wooo….
Minta maaf yer.. entri ini agak terkeluar dari konsep Blog aku. Blog ini dibina untuk kongsi benda berguna kepada pembaca seperti petua-petua, pengajaran, info dan sebagainya.
Bukan cerita tentang penulis iaitu aku… He..he..he..
Ampun..ampun…
Monday, August 1, 2011
PENGALAMAN BERPUASA
Setelah WuMing cerita tentang WuMing dalam “Selamat Berpuasa”. Ada yang dah tahu. Juga tidak kurang yang masih lagi tak tahu..
Ini baru hasil tulisan pun dah buat orang confuse. Kalau bercakap dengan WuMing dan bertemu muka lagi lah tak dapat beza.
Orang beri salam semasa bayar toll, semasa pergi kenduri dan berjumpa kawan baru itu telah menjadi kebiasaan lah.
Malah aku kena tunjuk IC setiap kali pergi makan nasi Kandar di kedai mamak. Kalau tidak mereka tak mahu jual. Bungkus saja boleh.
Pengalaman berpuasa pula adalah di zaman sekolah. WuMing memang pernah berpuasa masa sekolah. Tinggal di asrama. Kawan-kawan suruh try. Lagi pun WuMing sangat susah beli nasi di kantin. Mereka suruh WuMing tunjuk IC setiap kali beli makan.Tension…tension….
Kenapa WuMing perlu puasa? Susah sangat ker tunjuk IC…? Tak.. Semuanya tak..
Masa sekolah dulu WuMing tak laa hensem.. Tapi cute tu ada laa sikit..he..he..he..
Banyak juga laa “girlfriends”. Dan semuanya adalah gadis melayu.. Mereka selalu suruh WuMing Puasa. Kerana tak mahu kecewakan mereka. WuMing pun puasa laa.. Tapi tak penuh laa sebulan… Ada peluang… Masak mee segera laa kat asrama.. dengan kawan-kawan yang ponteng puasa..
Biasa laa budak-budak…Banyak lagi pengalaman lucu WuMing di bulan Ramadhan… Nanti WuMing Ceritakan….
Subscribe to:
Posts (Atom)