Sebenarnya entri ini bukan nak kutuk atau menggumpat sapa-sapa… Cuma aku ambik dari pengalaman aku untuk kita renungi bersama. Watak dan tempatnya pun bukanlah sebenar. Tetapi isi kandungan ceritanya adalah benar.
Baru-baru ini aku keluar makan dengan rakan sekerja. Kami buat collection duit tiap-tiap bulan. Bila dah ada sejumlah yang mencukupi, maka kami akan keluar beramai-ramai makan di tempat yang dipersetujui semua.
Selepas makan kami pun keluar tunggu kawan-kawan yang lain. Sambil tunggu, kami beli laa jambu, betik atau buah-buahan(yang telah dipotong) yang jual di tepi jalan.
Selepas makan ada seorang kawan aku tu, dia terus saja buang plastic itu di situ, dan bukan dalam bakul sampah atau tempat buang sampah.
Aku tegur kawan itu… “Nazri(bukan nama sebenar), Hang mana boleh buang sampah tang tu..(di situ).Tempat buang sampah ada… atau nanti balik buang kat ofis laaa”. “Aarrgh.. itu bukan tugas aku. Kerajaan ada bayar gaji orang sapu sampah, nanti dia sapu laa” Jawab Nazri.. Aku pun diam…
Ada siapa-siapa setuju dangan pendapat Nazri tak? Aku tak setuju…
Bayangkan suatu hari anak si Nazri itu diragut. Kebetulan orang yang kerja sapu jalan itu ada di situ. Dia boleh bantu, tapi dia buat bodoh saja…. Nazri juga Nampak tapi dia berada jauh dari tempat kejadian. Apabila dia pergi tanya orang sapu sampah itu dan orang sapu sampah itu jawab.. “ Bukan tugas aku… Kerajaan dah bayar gaji Polis.. Tangkap laaa”
Apa perasaan Si Nazri tuu… korang agak?
Itu lah… kebanyakan orang tidak akan berfikir bila tidak terkena pada diri sendiri. Sepatutnya Nazri kena jalankan tugas dia juga. Iaitu sama-sama jaga kebersihan. Ini tempat kita. Apabila orang luar datang ke tempat kita.. Tak lah malu sangat… Betul tak?


















