SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, June 2, 2011

Kenali WuMing





2008, ada rakan sekerja aku dia datang pada aku dan berkata
Kawan: Bro… hang nak buat Blog tak…?
WuMing: Hang buang tabiat ka apa?... Kita bukan Polis nak buat “Block”
Kawan: To yaa laaa… bukan Block macam tu lah… Tapi Blog… macam website.
WuMing: Mana aku tau…..
  Lepas tu dia pun bagi WuMing tengok Blog dia. Blog dia berkenaan dengan isu-isu Islam, politik dan isu semasa. Aku layan jer… Kawan punya Blog kan…..
  Lepas tengok , aku pun suruh dia ajar aku buat satu Blog. Pada mulanya aku buat Blog tentang bahasa. Ajar orang cakap Thai.
  Lepas tu aku sedar… Aku pun lintang pukang.. nak ajar orang… Aku tak active buat Blog itu..
Pada tahun lepas(2010), kawan aku itu meninggal. Hanya pada usia 28 tahun. Baru kahwin 2 tahun. Isteri baru saja menggandung… Sedih beb…..Kawan baik meninggal…..huhuhuhu….
  Hujung tahun lepas aku buat satu lagi Blog. Blog ini lah… Pada mulanya aku hanya ingin share petua, info, cerita lawak dan macam-macam lagi perkara yang boleh menolong dan menceriakan orang saja. Tanpa fikir untuk ingin dedahkan sebarang maklumat peribadi.
  Tapi kini keadaan telah berubah… Aku dah ada ramai kawan(Alam Maya). Sekurang-kurangnya mereka ingin juga tahu sikit tentang diri aku(aku agak lah). Selain dari itu aku juga tak mahu ada kekeliruan atau salah faham disini.
  Aku sekarang menetap di Penang. Memang aku orang utara pun. Aku berketurunan Siam atau Thai. Berpendidikan sekolah aliran Melayu. Fasih berbahasa Melayu dan Thai. English macam Phua Chu Kang tu boleh laaa… Don’t play play….Juga bahasa cina(Hokkien).
  Aku juga dah berumah tangga.
  Itu saja cerita tentang aku. Bagi mereka yang salah faham, aku mohon jutaan maaf.

13 comments:

Cik Azizah said...

heee~~ dah kawin rupanya wuming ni..semakin seronok dalam bidang blogging..betul tak..hehe

LINDAHERY said...

sapa pulak yg salah fhm tu?? hihi..umur bpe? anak dah berapa?? keje ape?? arr lagi...lagi....lagiiii....lagi gilaa.a..
:P

WuMing said...

@Cik Azizah
Yup...:)Tujuan nak buat blog ni sebab nak share apa yang WuMing tahu... Orang lain susah-susah sedekah wang... WuMing tak ada Wang...hanya ini sajalah... :)

@Linda
Amboi....Umur hanya angka...yang penting budi pekerti dan nilai persahabatan seorang yang kita kenali. Seorang(lelaki). Kerja dalam bidang technology... Yang last tu yang tak sedap tuuu... :).. Masih Waras....

suha said...

ooooo baru tau pasal wuming (^_^)
kalo nk tau psl cik suha jengah entry neh
http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/04/saya-nurul-suhada-binti-juraimicikgu.html

wuming dah ade dlm bloglist cik suha hehe

Alin said...

hoho siam rupanya. teruskab berblogging. al-fatihah utk kwn baik wuming

She's Gee said...

itu je? haishh.. tak puas kome nih mendengo ye. weng weng weng.. soklan cepu cemas nih, sape yg salah faham? *ngehehe..
sokong lindahery lagi.. ) lagi lagi..??

misscha said...

wah pandai cakp thai......sawadikapppppp

yatt said...

selamat berkenalan.. hihi

WuMing said...

@Suha
Teng kiu... suha memang terbaeekkk...

@Alin
Tq..Yang pergi tetap akan pergi.. Tapi yang masih tinggal penuh dengan duka dan lara... sentiasa merindui mereka yang pasti tak akan pulang..

@Gee
Amboi... ada pakatan pula disini... Ok la tu...sebatang lidi memang mudah dipatahkan.. tapi kalau diikat banyak-banyak... boleh pecah peluh..

@MissCha
Perempuan orang kata sawaddi "Khah"..kecuali kalau nak tukar jantina...Eh... jangan... skarang dah cute dah...

@Yatt
Sama-sama...

pCL [p@kcikLie] said...

salam kenai2 sini..baru jengah blog sempoi ni..rasa cm best sangat lak...PCL terus follow.

dhiera said...

salam perkenalan~
no wonder la fasih cakap melayu. macam surprise gk~ hiks

HerNameIsSha said...

hhaha comel2. welcome to blogger.com. Walaupun dah ber'ages' sangat. =)

Stairway to heaven said...

~~Hi wuming, nice to meet you..(jumpa kat blog nie jer hehe...) apepun best ar blog wuming...santai abis ,thumb up tinggi2 wat Wuming... ;-)...Wuming,Jom mamam Misz nak lunch dulu k..daaa..Salam emuaah!!!..