Di awal perkenalan antara Azroy dan Embun amat manis… Bagaikan gula bermadu…
 |
| Image:Google |
Azroy: Embun…… Abang makan tak lalu laa kalau tak berjumpa dengan Dik Embun….
Embun: Saya pun sama… seminit tak berjumpa bagaikan setahun lamanya…Abang Roy…
Ketika cinta berputik segalanya indah… Maka kedua-dua pun bersetuju, cinta mereka diikat… Bertunanglah mereka..
Azroy: Ayang...Embun… Abang adalah orang yang tidak banyak karenah…
Embun: Ayang… Abang Roy.. saya juga tak pandai merajuk…
Masa lalu begitu indah… tenang dan bahagia… Kedua-dua pun melangsungkan perkahwinan.
 |
| Image:Google |
Azroy: Dinda…Embun…Abang pulang awal tiap-tiap hari…
Ambun: Kanda…Abang Roy..Saya juga sudah siap masak untuk abang…
Azroy: Dinda Embun…Abang serah semua wang gaji abang pada dinda..
Embun: Saya juga akan berjimat cermat…
Saksi hubungan percintaan mereka. Maka lahirlah seorang anak lelaki yang comel. Ketika anak berusia 10 tahun, namun cinta pasangan yang dulunya bahagia… kini sudah hambar. Segala kemanisan cinta sudah bertukar menjadi pahit.
 |
| Image:Google |
Azroy: Tembun… aku dah balik… Mana nasi…Lapar
Embun: Boroi…saya pun sibuk baru balik dari Mesyuarat Syarikat Jualan Langsung.
Azroy: Tembun… Esok aku balik lewat… pergi clubbing dengan kawan-kawan.
Embun: Saya juga balik lewat ada prospect nak jumpa.
Azroy: Hoi.. Tembun nah duit… Aku bagi banyak ini saja…
Embun: Sekarang perbelanjaan rumah juga dah meningkat… Saya juga tak cukup..
Setelah segalanya berubah… tiada lagi gelak ketawa. Tiada lagi kebaikan untuk dikongsi bersama… Akhirnya perpisahan adalah penamat..
Kerana masalah dua orang dewasa. Berpisah dengan alasan tidak lagi bersefahaman… Mangsa yang tidak bersalah adalah si anak kecil…….
 |
| Image:Google |