SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, June 9, 2011

Kemewahan Dan Kesetiaan

Ada seorang lelaki yang memulakan kerjayanya hanya sebagai seorang pekerja kelas bawahan. Kerana usaha gigihnya…. Bukan untuk bekerja, tapi mencari wanita kaya sebagai isteri. Dia pun berjaya.
  Setelah lama bersama, dengan bantuan dari isterinya yang berasal dari keluarga orang kelas atasan. Lelaki itu telah bergelar seorang Ahli Keparat yang berjaya.
  Setelah 30 tahun bersama isterinya yang banyak membantu, dia telah bercinta dengan seorang perempuan kaya yang lain pula. Yang jauh lebih muda darinya. Isterinya tak dapat menerima hakikat ini.Biasa laa mana ada wanita yang berfikiran waras boleh menerima. Maka runtuhlah rumah tangga ini.. Rumah kemana, tangga ke mana…
  Biasalah orang kaya… masing-masing dengan ego masing-masing. Berlakulah saman menyaman pula selepas itu.
  Lelaki muda yang lain… berkongsi wang dengan bakal isteri untuk mendirikan rumahtanggga. Setelah melebihi 30 tahun melalui pelbagai rintangan, onak dan duri. Mereka telah berjaya dalam kehidupan.
  Punyai rumah mewah serta kereta besar. Lelaki muda tadi kini berusia 50an. Berjumpa cinta baru. Dengan gadis seusia dengan anak bongsunya. Maka berkahwinlah mereka.
  Isterinya hanya surirumah biasa.. Terpaksa akur dengan keputusan suaminya. Kerana dia sedar dia sudah tua, anak sudah besar. Walau dia sedar kasih-sayang suaminya telah banyak diberi kepada perempuannya yang baru.
  Inilah dua cerita yang dapat aku sebut sebagai contoh. Tetapi kita semua tahu… banyak lagi kes-kes seperti ini berlaku di sekeliling kita.
  Nampak tak?.. Banyak orang telah berubah kerana kemewahan.(Banyak tak bererti semua) Terutamanya lelaki. Bagi aku lah.. Ini pendapat peribadi tau.. Tak mewakili siapa-siapa.. Dua-duanya penting.. Tapi kalau nak bagi pilih.. aku pilih Kesetiaaan.
  Dalam dunia ini terdapat terlalu ramai lelaki yang jauh lebih kaya, segak bergaya dan baik dari aku. Tetapi isteri aku hanya memilih aku seorang sebagai teman hidup.
  Bukankah aku ini lebih teruk dari beruk jika aku berlaku curang pada dia.Sekadar keluar makan dan tegur gadis lain tu biasa laa.. Itu pun habis disitu. Tak simpan dalam hati.
  Sebagai seorang anak, aku juga tak setuju jika ayah aku curang pada mak aku. Tapi nasib aku baik. Ayah aku tak pernah buat perangai tak senonoh seperti itu.
  Masing-masing punya pendapat laa kan.. aku memang tak setuju dengan lelaki yang tak setia atau punyai isteri dua. Mungkin orang lain setuju. Itu hak masing-masing laa.. Ada juga perempuan yang tak kisah jika suami mereka punyai wanita lain, asalkan beri kemewahan yang cukup pada mereka.

Mail Box

Ini tak ada info apa-apa menarik… Saja nak share dengan korang saja…. Baru ini aku buat clean smua password aku. Melalui ‘INTERNET TOOL’
  Tak apa laaa… semua berjalan lancar… Tapi yang lawaknya aku tak ingat password aku yang banyak tu.. Terlalu banyak password nak ingat… Semua tak sama pulak tuu… Confuse dah aku..
  Maka hampir 5 hari aku tak jengok e-mail(account yahoo) aku..
Pagi tadi aku dah bawa buku nota yang tulis semua password aku. Dan berjayalah aku masuk account yahoo aku…
  Peerrrghhh…Email aku semua dah jadi 2300 lebih… selepas padam spam dan yang tak berkenaan… tinggal lah banyak ni…

  Aku rasa tahun ini baca yang ini pun tak habis….(aku tahu orang lain ada lebih banyak dari ini... Saja jer aku nak share dengan korang)....

Tuesday, June 7, 2011

Makanan Untuk Kesihatan Kulit


Miss Tifffany (Thailand) - Pertandingan Lelaki Cantik

Makanan yang baik untuk kulit dan boleh menjadikan kulit sentiasa kelihatan muda(anti-penuaan). Amacam best tak title ini. Semua orang pun suka nak nampak muda kan?... Mungkin yang masih muda rasa entri ini tak penting… Tak best… tak macam-macam lagilah…
  Tetapi bila dah ada anak dua, usia mencecah 30an… Hah.. mula lah nak mencari-cari…Apa-apa pun korang baca dulu.. Share dengan kak ker.. dengan mak ker … atau siapa-siapa yang korang rasa memerlukannya.
  Korang tau tak kerana permintaan yang tinggi, maka banyak penyelidikan yang dilakukan untuk tujuan ini. Ada yang mengeluarkan mesin-mesin dan tak kurang juga yang mengeluarkan produk-produk kecantikan yang lain. Yang pasti…semuanya mahal-mahal belaka…
  Mari kita lihat bagaimana cara pemakanan itu membantu melambatkan proses penuaan pada kulit.  Kumpulan makanan yang pertama ialah soya. Soya ini kaya dengan bahan yang dinamakan Isoflavone Aglycone yang akan meningkatkan fleksibiliti kulit. Isoflavone Aglycone ini juga akan menggurangkan kedutan-kedutan pada kulit kita.
  Sayur-sayuran hijau khususnya bayam,Asparagus dan terung juga baik. Sayuran ini mempunyai bahan antioksidan dan vitamin yang membantu kulit untuk mengurangkan proses penuaaan dan menggurangkan kedutan.
  Memasak dengan menggunakan minyak zaiton pun sama. Dapat menggurangkan proses penuaan pada kulit kita.
  Cara pemakanan di atas bukan mahal pun. Semua orang pun mampu. Jauh lebih baik dari pergi buat rawatan di pusat-pusat kecantikan.
  Makanan yang menyebabkan bertambahnya proses penuaan ialah makanan kumpulan susu dan produk yang berasaskan susu(krim termasuk Marjerin). Dimana ia mengandungi  Asid lemak tak tepu(PUFAs) sebagai komponen.
  Selain dari itu makanan yang mengandungi kandungan gula tinggi dan daging merah juga tidak baik untuk kesihatan kulit. Selain dari mempercepatkan proses penuaan, ia juga akan menghasilkan kedutan yang banyak pada kulit.(Aku pernah post entri tentang ini).
  Punca utama dipercayai bahawa bahan-bahan ini akan terkumpul dalam badan dan akhirnya membawa kepada radangan pada badan kita. Selain dari ini banyak lagi keburukan lain datang  dari faktor ini seperti Perut kembung,Migrain, Alergi dan ruam.
SPIRULINA SANGAT BAIK UNTUK MEREKA YANG TAK SUKA MAKAN SAYUR.


Petua ini baik untuk semua orang tak kira lelaki atau wanita

Monday, June 6, 2011

Bukan Tugas Aku



  Sebenarnya entri ini bukan nak kutuk atau menggumpat sapa-sapa… Cuma aku ambik dari pengalaman aku untuk kita renungi bersama. Watak dan tempatnya pun bukanlah sebenar. Tetapi isi kandungan ceritanya adalah benar.
  Baru-baru ini aku keluar makan dengan rakan sekerja. Kami buat collection duit tiap-tiap bulan. Bila dah ada sejumlah yang mencukupi, maka kami akan keluar beramai-ramai makan di tempat yang dipersetujui semua.
  Selepas makan kami pun keluar tunggu kawan-kawan yang lain. Sambil tunggu, kami beli laa jambu, betik atau buah-buahan(yang telah dipotong) yang jual di tepi jalan.
  Selepas makan ada seorang kawan aku tu, dia terus saja buang plastic itu di situ, dan bukan dalam bakul sampah atau tempat buang sampah.
  Aku tegur kawan itu… “Nazri(bukan nama sebenar), Hang mana boleh buang sampah tang tu..(di situ).Tempat buang sampah ada… atau nanti balik buang kat ofis laaa”.  “Aarrgh.. itu bukan tugas aku. Kerajaan ada bayar gaji orang sapu sampah, nanti dia sapu laa” Jawab Nazri.. Aku pun diam…
  Ada siapa-siapa setuju dangan pendapat Nazri tak? Aku tak setuju…
  Bayangkan suatu hari anak si Nazri itu diragut. Kebetulan orang yang kerja sapu jalan itu ada di situ. Dia boleh bantu, tapi dia buat bodoh saja…. Nazri juga Nampak tapi dia berada jauh dari tempat kejadian. Apabila dia pergi tanya orang sapu sampah itu dan orang sapu sampah itu jawab.. “ Bukan tugas aku… Kerajaan dah bayar gaji Polis.. Tangkap laaa”
  Apa perasaan Si Nazri tuu… korang agak?
  Itu lah… kebanyakan orang tidak akan berfikir bila tidak terkena pada diri sendiri. Sepatutnya Nazri kena jalankan tugas dia juga. Iaitu sama-sama jaga kebersihan. Ini tempat kita. Apabila orang luar datang ke tempat kita.. Tak lah malu sangat… Betul tak? 

Saturday, June 4, 2011

Awek Bertudung


  Entri aku kali ini berkisar tentang wanita bertudung. Tentu sekali gadis melayu betul tak? Sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi aku berkenan kat gadis bertudung ini. Lebih-lebih lagi apabila dikenakan pula dengan baju kurung yang cantik.
  Bukanlah nak bercinta atau nak menggoda jauh sekali nak cakap kotor…. Cuma aku rasa senang bila berbual dengan gadis bertudung. Mereka taklah mengelabah tak kena tempat bila aku tengok. Awek yang pakai baju sexy ini seksa aku tengok. Mereka sentiasa curiga bila orang tengok. Diri sendiri pakai nampak lurah sana-sini tapi takut pula orang nampak itu, nampak ini. Hilang akal ker apa…? Main hujan, tapi takut basah pula….Apa kejadahnya?(Ayat popular Idisi Siasat)
  Sebaliknya gadis bertudung ni selamba saja. Tenang dan cool. Cantik dan ayu… Kemas . Senaannngggg saja mata melihat.
  Tapi korang kena fahamlah kan… bukannya semua. Ada ramai juga wanita yang tak bertudung tapi bermoral tinggi,cantik, ayu dan cun melecun dan juga sebaliknya lahh…Dunia, biasalah…semuanya ada lebih dan kurang.
  Kat bawah ini aku postkan gambar awek-awek yang bertudung….ambil dari kawan-kawan aku kat Blog ini. Semuanya aku kenal kat sini saja… Tak betul-betul kenal pun…Teringin jugaklah nak kenal….Kih…Kih…Kih…
  Boleh ker aku taroh muka korang.. Tak boleh aku buang…Hak peribadi… aku faham…


  


















Yang tak dapat tunjukkan di sini... Mohon maaf...Teringin nak ratoh semua.. Namun apakan daya..

Thursday, June 2, 2011

Umur

Berapakah umur awak?
Pepatah Orang Cina berkata..
Muda pun gugur, tua pun gugur. Kalau kita lihat, daun yang berguguran menyembah bumi bukan semuanya tua.. Ada yang masih muda dan ada juga pertengahan usia dan ada juga yang memang telah sampai masanya.
  Orang juga begitu. Umur  muda tak semestinya tak akan mati, usia tua juga bukan pasti sudah sampai masanya. Oleh itu kita tak boleh cuai dan leka hanya kerana usia kita yang muda. Kita kena sentiasa ingat bahawa kita perlu bersedia dan tak leka.
  Dalam ajaran agama apa pun kita tidak hanya diajar untuk beribadat ketika usia sudah tua. Semua ajar kita bermula pada usia yang muda. Disamping ilmu-ilmu duniawi kita juga haruslah sertai dengan ilmu akhirat. Jangan Nampak keranda baru mengalir air mata…

Papatah Inggeris berkata…
Grey hair sign of age not of wisdom.. Memang benar kan? Ingat tak sejarah Singapora diserang ikan todak. Hanya budak yang berusia berapa tahun sahaja yang mencadangkan supaya orang ambil batang pisang untuk menghalang ikan-ikan todak itu. Ini bererti budak bukan tak tahu berfikir. Usia muda juga bukan tak ada ilmu.
  Kalau kita pergi ke pusat-pusat dangdut pula. Kita lihat yang bergelek, berdansa dan pusing kiri dan kanan.  Ada yang ikut irama, ada pula yang fikir.. Apa peduli dengan irama… Aku nak menari… Kadang-kadang kelihatan seperti cacing meronta apabila terkena panas. Di sini pula kita lihat orang yang boleh dikatakan..Rumah kata pergi dan kubur kata mari. Masih lagi berkelakuan seperti orang tak ada langsung otak, apa lagi akal…
  Maka betullah pepatah itu. Tak semestinya orang tua itu pandai dan tahu berfikir. Kadang-kadang mereka lagi kurang pandai(ada orang ganti dengan perkataan bodoh) dari kanak-kanak.

Pepatah Orang Thai berkata..



Umur itu hanya angka.. yang penting I Love You. Korang tengok ada orang yang punyai suami atau isteri yang jauh lebih muda, ada juga yang kahwin rakan sekelas, juga tak kurang yang kahwin dengan kawan datuk mereka.
  Tapi apakah itu semua penting?  Mungkin… tapi apa guna jika suami yang muda itu akan beritahu kekasih mereka yang lain bahawa… Apa nak bimbang.. Nanti setahun dua lagi dia akan mati lah tuu…
  Yang rakan sekelas pula berkata… Usia kami sama… Sejak aku kenalnya aku tak pernah setia… Hari ini dia pun masih kahwin dengan aku.
Kawan datuk pula selalu berlagak dengan kawan-kawannya di pusat-pusat dangdut.. Hah… kalau aku boleh jadikan dia isteri atau suami aku… Aku juga boleh cari yang lebih mentah darinya…
  Jadi, adakah usia itu penting lagi jika tanpa kesetiaan?  Terpulanglah pada pandangan masing-masing…
  Bagi akulah.. umur memang hanya angka yang bergerak kedepan. Tapi tanpa kesedaran, tanpa kebijaksanaan dan kesetiaan. Ia hanyalah angka semata-mata.

Jadi kalau ada mana-mana jelitawan di sini tanya WuMing… Inilah jawapannya… Jangan marahhhhh….Peace..

 

Kenali WuMing





2008, ada rakan sekerja aku dia datang pada aku dan berkata
Kawan: Bro… hang nak buat Blog tak…?
WuMing: Hang buang tabiat ka apa?... Kita bukan Polis nak buat “Block”
Kawan: To yaa laaa… bukan Block macam tu lah… Tapi Blog… macam website.
WuMing: Mana aku tau…..
  Lepas tu dia pun bagi WuMing tengok Blog dia. Blog dia berkenaan dengan isu-isu Islam, politik dan isu semasa. Aku layan jer… Kawan punya Blog kan…..
  Lepas tengok , aku pun suruh dia ajar aku buat satu Blog. Pada mulanya aku buat Blog tentang bahasa. Ajar orang cakap Thai.
  Lepas tu aku sedar… Aku pun lintang pukang.. nak ajar orang… Aku tak active buat Blog itu..
Pada tahun lepas(2010), kawan aku itu meninggal. Hanya pada usia 28 tahun. Baru kahwin 2 tahun. Isteri baru saja menggandung… Sedih beb…..Kawan baik meninggal…..huhuhuhu….
  Hujung tahun lepas aku buat satu lagi Blog. Blog ini lah… Pada mulanya aku hanya ingin share petua, info, cerita lawak dan macam-macam lagi perkara yang boleh menolong dan menceriakan orang saja. Tanpa fikir untuk ingin dedahkan sebarang maklumat peribadi.
  Tapi kini keadaan telah berubah… Aku dah ada ramai kawan(Alam Maya). Sekurang-kurangnya mereka ingin juga tahu sikit tentang diri aku(aku agak lah). Selain dari itu aku juga tak mahu ada kekeliruan atau salah faham disini.
  Aku sekarang menetap di Penang. Memang aku orang utara pun. Aku berketurunan Siam atau Thai. Berpendidikan sekolah aliran Melayu. Fasih berbahasa Melayu dan Thai. English macam Phua Chu Kang tu boleh laaa… Don’t play play….Juga bahasa cina(Hokkien).
  Aku juga dah berumah tangga.
  Itu saja cerita tentang aku. Bagi mereka yang salah faham, aku mohon jutaan maaf.