![]() |
Miss Tifffany (Thailand) - Pertandingan Lelaki Cantik |
Makanan yang baik untuk kulit dan boleh menjadikan kulit sentiasa kelihatan muda(anti-penuaan). Amacam best tak title ini. Semua orang pun suka nak nampak muda kan?... Mungkin yang masih muda rasa entri ini tak penting… Tak best… tak macam-macam lagilah…
Tetapi bila dah ada anak dua, usia mencecah 30an… Hah.. mula lah nak mencari-cari…Apa-apa pun korang baca dulu.. Share dengan kak ker.. dengan mak ker … atau siapa-siapa yang korang rasa memerlukannya.
Korang tau tak kerana permintaan yang tinggi, maka banyak penyelidikan yang dilakukan untuk tujuan ini. Ada yang mengeluarkan mesin-mesin dan tak kurang juga yang mengeluarkan produk-produk kecantikan yang lain. Yang pasti…semuanya mahal-mahal belaka…
Mari kita lihat bagaimana cara pemakanan itu membantu melambatkan proses penuaan pada kulit. Kumpulan makanan yang pertama ialah soya. Soya ini kaya dengan bahan yang dinamakan Isoflavone Aglycone yang akan meningkatkan fleksibiliti kulit. Isoflavone Aglycone ini juga akan menggurangkan kedutan-kedutan pada kulit kita.
Sayur-sayuran hijau khususnya bayam,Asparagus dan terung juga baik. Sayuran ini mempunyai bahan antioksidan dan vitamin yang membantu kulit untuk mengurangkan proses penuaaan dan menggurangkan kedutan.
Memasak dengan menggunakan minyak zaiton pun sama. Dapat menggurangkan proses penuaan pada kulit kita.
Cara pemakanan di atas bukan mahal pun. Semua orang pun mampu. Jauh lebih baik dari pergi buat rawatan di pusat-pusat kecantikan.
Makanan yang menyebabkan bertambahnya proses penuaan ialah makanan kumpulan susu dan produk yang berasaskan susu(krim termasuk Marjerin). Dimana ia mengandungi Asid lemak tak tepu(PUFAs) sebagai komponen.
Selain dari itu makanan yang mengandungi kandungan gula tinggi dan daging merah juga tidak baik untuk kesihatan kulit. Selain dari mempercepatkan proses penuaan, ia juga akan menghasilkan kedutan yang banyak pada kulit.(Aku pernah post entri tentang ini).
Punca utama dipercayai bahawa bahan-bahan ini akan terkumpul dalam badan dan akhirnya membawa kepada radangan pada badan kita. Selain dari ini banyak lagi keburukan lain datang dari faktor ini seperti Perut kembung,Migrain, Alergi dan ruam.
SPIRULINA SANGAT BAIK UNTUK MEREKA YANG TAK SUKA MAKAN SAYUR.
Petua ini baik untuk semua orang tak kira lelaki atau wanita
Petua ini baik untuk semua orang tak kira lelaki atau wanita
11 comments:
sayur sepatut kita makan byk kan..tapi tu la kita ni jarang sgt nak makan syur..lebih2 lagi jijah ni..huhu
Nurse pun tak makan sayur?...
erk gmbar seksaaaay!!!
eh ni plak yg cik suha komen?hahaha (^_^)
Ni pasti tak baca entri nii...
seksi gambo .... heheeee
sy suka makan sayoor :p
Spirulina baik untuk orang yang tak suka makan sayur.
haha jarang nak makan la wuming...ngee~~
Mamang laa.. tengok gambar pun tau dah... Kaki makan kat Restoran Fast Food nihh...
nice info..
:)
gambar xbgs begitu..huu
tp entri yg bgs,..
gambar_nya sesuatu banget nihhh....hehehe
Post a Comment