SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, June 9, 2011

Kemewahan Dan Kesetiaan

Ada seorang lelaki yang memulakan kerjayanya hanya sebagai seorang pekerja kelas bawahan. Kerana usaha gigihnya…. Bukan untuk bekerja, tapi mencari wanita kaya sebagai isteri. Dia pun berjaya.
  Setelah lama bersama, dengan bantuan dari isterinya yang berasal dari keluarga orang kelas atasan. Lelaki itu telah bergelar seorang Ahli Keparat yang berjaya.
  Setelah 30 tahun bersama isterinya yang banyak membantu, dia telah bercinta dengan seorang perempuan kaya yang lain pula. Yang jauh lebih muda darinya. Isterinya tak dapat menerima hakikat ini.Biasa laa mana ada wanita yang berfikiran waras boleh menerima. Maka runtuhlah rumah tangga ini.. Rumah kemana, tangga ke mana…
  Biasalah orang kaya… masing-masing dengan ego masing-masing. Berlakulah saman menyaman pula selepas itu.
  Lelaki muda yang lain… berkongsi wang dengan bakal isteri untuk mendirikan rumahtanggga. Setelah melebihi 30 tahun melalui pelbagai rintangan, onak dan duri. Mereka telah berjaya dalam kehidupan.
  Punyai rumah mewah serta kereta besar. Lelaki muda tadi kini berusia 50an. Berjumpa cinta baru. Dengan gadis seusia dengan anak bongsunya. Maka berkahwinlah mereka.
  Isterinya hanya surirumah biasa.. Terpaksa akur dengan keputusan suaminya. Kerana dia sedar dia sudah tua, anak sudah besar. Walau dia sedar kasih-sayang suaminya telah banyak diberi kepada perempuannya yang baru.
  Inilah dua cerita yang dapat aku sebut sebagai contoh. Tetapi kita semua tahu… banyak lagi kes-kes seperti ini berlaku di sekeliling kita.
  Nampak tak?.. Banyak orang telah berubah kerana kemewahan.(Banyak tak bererti semua) Terutamanya lelaki. Bagi aku lah.. Ini pendapat peribadi tau.. Tak mewakili siapa-siapa.. Dua-duanya penting.. Tapi kalau nak bagi pilih.. aku pilih Kesetiaaan.
  Dalam dunia ini terdapat terlalu ramai lelaki yang jauh lebih kaya, segak bergaya dan baik dari aku. Tetapi isteri aku hanya memilih aku seorang sebagai teman hidup.
  Bukankah aku ini lebih teruk dari beruk jika aku berlaku curang pada dia.Sekadar keluar makan dan tegur gadis lain tu biasa laa.. Itu pun habis disitu. Tak simpan dalam hati.
  Sebagai seorang anak, aku juga tak setuju jika ayah aku curang pada mak aku. Tapi nasib aku baik. Ayah aku tak pernah buat perangai tak senonoh seperti itu.
  Masing-masing punya pendapat laa kan.. aku memang tak setuju dengan lelaki yang tak setia atau punyai isteri dua. Mungkin orang lain setuju. Itu hak masing-masing laa.. Ada juga perempuan yang tak kisah jika suami mereka punyai wanita lain, asalkan beri kemewahan yang cukup pada mereka.

11 comments:

misscha said...

kesiankan kat ladies walau sekaya or semiskin mana pon kena akur...tp kalau dah miskin tu lagi la kena akurrr.......tahap penceraian zaman skang nipon misscha rasa sebab kebanyakkan ladies ada kerjaya....kalau x cane nk berani jd ibu tunggal or miss Jand.

WuMing said...

Apa yang Wuming rasalah... Tidak banyak Wanita yang rela dengan perpisahan itu... Tapi kerana terpaksa..Apa boleh buat kesetiaan mereka dipermain-mainkan...

tucintiut said...

bagi cik tucintiut....erm...kesetiaan itu tersangat la penting..x payah la terlampau kaya...biarlah besederhana...janji kaya raya dgn kasih sayang....itu dh memadai... :)

She's Gee said...

teringat kat Saleh Yaacob waktu bace entry WuMing ni.... hehe...

miss frog said...

kesenangan n kemewahan itu satu dugaan...nak ukur sejaoh mana iman seseorang..

suha said...

tak mau syg n cinta suami berbahagi (^_^)
moga cik suha dpt suami yg berpikir cam wuming hehe

M Fizan said...

betul..adat lelaki nie tak pernah puas

♥e'in♥ said...

tu laa die lelaki.. cian pmpn..

WuMing said...

@tucintiut
Betul tu... kemewahan tu bukan boleh dibawa mati... Tapi kebaikan akan di bawa mati..Kalau perangai tak senonoh, mati nanti.. isteri dan anak pun tak pandang...

@She's Gee
Oooppsss.....!!!!

@Mis Frog
WuMing skarang tak kaya lagi mungkin nampak yakin saja dengan entri ini.. Kaya nanti tak tau laa.. Harap masih waras laa..Itu pun kalau kaya.. kih..kih..

@Suha
Boleh punya... Suha kena lah mula dari diri sendiri dulu.. WuMing akan sentiasa memberi semangat...Suha Boleehh....!!!

@M Fizan
Tapi tak semua kan Fizan?

@E'in
Tak semua... tengok Fizan dan WuMing tak macam tu pun..

She's Gee said...

Heeeee...... bercuti kat Cina tu, siap bagi hadiah rumah sebijik ag kat isteri2 dye.. mane nak dapat suami mcm tu..... alhamdulillah, ADIL nampaknya... hehehe... :)

Jai Montana said...

mewah sangat poblem gak..hurm..better sedang2 saja.. ;-)