SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, January 16, 2012

SEBELUM SEGALANYA TERLALU LAMBAT



Seorang pemuda yang berusia 25 tahun merupakan seorang yang periang. Hari-hari dia tidak pernah buat apa selain dari berhibur dan deriadah bersama kawan-kawannya.

  Dia tidak pernah ambil peduli apa yang dilakukan oleh ibu dan bapanya. Dia tidak pernah teringin hendak menolong ibu dan bapanya. Tidak pernah juga ingin belajar bagaimana ibu dan bapanya mencari wang.

  Dia rasa itu semua tidak penting. Kerana harta benda yang dicari oleh ibu dan bapanya sangat banyak. Harta dan kekayaan itu tidak akan habis walau pun dia tidak akan  bekerja seumur hidupnya.

  Suatu hari Pemuda itu pergi beriadah dengan kawan-kawan nya di dalam hutan. Semasa dalam perjalanan. Mereka telah terpisah dan pemuda itu tersesat.

  Dia terus berjalan walaupun hari sudah hampir gelap. Perut semakin lapar. Badan pula letih. Semasa dia berjalan dia ternampak lampu samar-samar seperti rumah orang. Dia menjadi semakin bersemangat untuk berjalan menuju kearah lampu itu.

  Rumah itu milik sepasang suami isteri yang telah tua. Selepas berbual dan bertanyakan asal-usul. Pasangan  itu membenarkan pemuda itu untuk menumpang di rumah mereka.Selepas mandi , pemuda itu pun diajak untuk makan malam bersama. Pemuda itu berasa sangat puas hati. Dia pun masuk tidur dengan nyenyak.

  Keesokan hari pemuda itu pun bangun awal-awal pagi. Selepas mandi dan bersiap untuk bertolak pulang ke rumah. Pemuda itu pun menggucapkan terima kasih kepada pasangan itu.

  “Terima kasih Tok.. Tok tak kenal pun saya, tapi tok dah beri saya makanan dan tempat tidur pada saya.

“Tak  Usah nak berterima kasih nak. Balik lah terima kasih pada kedua-dua ibu dan bapa kamu. Atok Cuma beri makan kamu satu kali saja. Hanya beri tempat tidur kepada kamu satu malam sahaja. Tapi ibu dan bapa kamu telah sara hidup kamu sepanjang hayat kamu. Beri segala-gala kepada kamu.” Jawab orang tua itu.

Moral dari cerita ini adalah: Kita mudah sangat berterima kasih kepada orang luar. Walau hanya sekali mereka membantu kita. Tetapi ibu dan bapa kita telah beri segala-galanya kepada kita. Kita masih kurang menghargai mereka. Sebelum segala-galanya terlewat. Lakukan lah sesuatu untuk ibu dan bapa kamu… 


Sunday, January 15, 2012

MASA


Image: Google  Word: WuMing

  Selalunya kita akan hormat kawan kita. Bimbang nanti tak ada teman masa rehat atau masa keluar makan.

   Kita akan diam dan pendam rasa bila Boss kita tengking. Takut nanti tak naik pangkat atau dibuang kerja.

  Sebaliknya kita akan cakap apa saja yang terlintas di kepala kita bila orang yang sayang (Betul-betul sayang) pada kita menegur. Seperti teguran dari Ibu dan Bapa. Teguran dari adik beradik atau saudara kita.

  Kerana kita pasti mereka tak boleh buang kita. Kerana kita tahu mereka tak mungkin akan benci pada kita.

  Tapi bila suatu hari mereka pergi tak pulang-pulang… Kita selalu berdoa dan berfikir… Kalau boleh di undur masa. Kalau mereka hidup kembali..Dan banyak lagi kalau….

  Aku akan lakukan yang terbaik.. Tidak merungut dan bantah.. Itulah janji kita…

  Tapi… segalanya dah terlambat… Nasi dah jadi bubur… Tapi bubur masih boleh dimakan… Tapi sekarang bubur itu pun dah BASI…

  Fikir-fikirkanlah… Jangan pandang enteng hati dan perasaan orang yang sayang anda… Terutama Ibu Dan bapa… Biarkan saja apa mereka nak kata….. Diam saja… Jangan lupa… Kasih sayang mereka tidak ada tandingannya…

  Ikhlas dari WuMing… seorang bapa dan juga seorang anak dan kawan korang…. I love you all too……



Thursday, January 12, 2012

SAMAN EKOR





Dua orang pemuda sedang berbual tentang SAMAN EKOR.

NICK: Dhirn… Apa kes… nampak serabut saja..?!!

DHIRN: Aku baru terima surat saman ekor… Speed Trap..

NICK: Pandai betul dia orang buat duit kan?... Tapi nasib baik aku tak pernah kena.

DHIRN: Biar betul Nick?

NICK: Betul..

DHIRN: Aku kerja sebagai pemandu lori… Memang tak boleh elak…

DHIRN: Ada kawasan yang lengang, jalan pun lurus.. Tapi had laju Cuma 80 Kmj saja..

NICK: Hah… letak tinggi-tinggi susah laa nak keluar saman…Tapi aku pandu lebih pun tak pernah kena..

DHIRN: Biar betul…memang tak pernah kena ker?

NICK: Betul… aku belasah saja..malah traffic light merah pun aku belah…

DHIRN: Engko skali skala memandu boleh laa.. Aku pemandu lori..

NICK: Apa pula skali skala… aku juga pemandu..

DHIRN: Engko pemandu apa?  Bas?

NICK: Tak lah… Aku pemandu Van Ambulance…

DHIRN: Huh!!! Engko nak naik van ambulance tu di bahagian pesakit tak….(tanya dengan muka geram)

NICK: RelaX arr bro… gurau saja…






.

Wednesday, January 11, 2012

JUMPA DUIT


Image:Google

  Kelihatan Mak Limah sedang termenung.. Sally pun bertanya..

SALLY: Mak Limah… apa masalah… termenung saja nampak?

MAK LIMAH: Hmmm… terjumpa wang di dalam LRT tadi..RM100

SALLY: Eh..eh… jumpa duit pun tension?

MAK LIMAH: Mau tak tension.. bukan aku nampak seorang.. Ada penumpang lain seorang tu pun nampak juga.

MAK LIMAH: Jadi kena bahagi seorang RM50..

SALLY: Tak pa laa… kongsi laa… untung juga RM50..

MAK LIMAH: Untung apa nyer… balik tadi baru sedar… duit aku yang jatuh RM100…

SALLY:………………….

Tuesday, January 10, 2012

KERETA YANG DIBUAT DARI BENANG SEPANJANG 12KM

Image:Google


Monday, January 9, 2012

SHAKESPEARE PERNAH BERKATA


KENAPA IBU BAPA STRESS

Image:Google