SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, January 16, 2012

SEBELUM SEGALANYA TERLALU LAMBAT



Seorang pemuda yang berusia 25 tahun merupakan seorang yang periang. Hari-hari dia tidak pernah buat apa selain dari berhibur dan deriadah bersama kawan-kawannya.

  Dia tidak pernah ambil peduli apa yang dilakukan oleh ibu dan bapanya. Dia tidak pernah teringin hendak menolong ibu dan bapanya. Tidak pernah juga ingin belajar bagaimana ibu dan bapanya mencari wang.

  Dia rasa itu semua tidak penting. Kerana harta benda yang dicari oleh ibu dan bapanya sangat banyak. Harta dan kekayaan itu tidak akan habis walau pun dia tidak akan  bekerja seumur hidupnya.

  Suatu hari Pemuda itu pergi beriadah dengan kawan-kawan nya di dalam hutan. Semasa dalam perjalanan. Mereka telah terpisah dan pemuda itu tersesat.

  Dia terus berjalan walaupun hari sudah hampir gelap. Perut semakin lapar. Badan pula letih. Semasa dia berjalan dia ternampak lampu samar-samar seperti rumah orang. Dia menjadi semakin bersemangat untuk berjalan menuju kearah lampu itu.

  Rumah itu milik sepasang suami isteri yang telah tua. Selepas berbual dan bertanyakan asal-usul. Pasangan  itu membenarkan pemuda itu untuk menumpang di rumah mereka.Selepas mandi , pemuda itu pun diajak untuk makan malam bersama. Pemuda itu berasa sangat puas hati. Dia pun masuk tidur dengan nyenyak.

  Keesokan hari pemuda itu pun bangun awal-awal pagi. Selepas mandi dan bersiap untuk bertolak pulang ke rumah. Pemuda itu pun menggucapkan terima kasih kepada pasangan itu.

  “Terima kasih Tok.. Tok tak kenal pun saya, tapi tok dah beri saya makanan dan tempat tidur pada saya.

“Tak  Usah nak berterima kasih nak. Balik lah terima kasih pada kedua-dua ibu dan bapa kamu. Atok Cuma beri makan kamu satu kali saja. Hanya beri tempat tidur kepada kamu satu malam sahaja. Tapi ibu dan bapa kamu telah sara hidup kamu sepanjang hayat kamu. Beri segala-gala kepada kamu.” Jawab orang tua itu.

Moral dari cerita ini adalah: Kita mudah sangat berterima kasih kepada orang luar. Walau hanya sekali mereka membantu kita. Tetapi ibu dan bapa kita telah beri segala-galanya kepada kita. Kita masih kurang menghargai mereka. Sebelum segala-galanya terlewat. Lakukan lah sesuatu untuk ibu dan bapa kamu… 


19 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

cerita penuh makna..

p/s: len dah blog ni ea..tema merah..cntik.

LINDAHERY said...

:(

Anisa Hang Tuah said...

utamakan ibu bapa :)

Pok Amai-Amai said...

Mana Wu Ming dpt cite2 hebat mcm nie? Mmg cool!

Cik Anita said...

fuh,

agak touching cerita ni. selalunya mmg begitu. Hurm. ibarat, lari dengan bf ke apa, sanggup kahwin lari kerna tiada restu keluarga. Sedangkan ibu bapa itu yang utama. tak besar kita, tak lah pandai bercinta kan? hu

terima kasih atas peringatan..

:)

dwaty said...

NICE STORY.... mula2 tu ingatkan dia ditimpa perkara buruk baru nak ingat mak bapa... rupa2nya jumpa org lain yang beri kesedaran...

auni said...

nice story..peringatan utk semua :)

Munnafendy said...

kne ringan2kn mulut...say thanks kat semua org tak kira sape pun =)

fiq. said...

wa, atuk itu telah menyedarkan dia, huhuhu

KuNanGKuNanG said...

btl..sebanarnye mak ayah lah yg dah banyak berkorban tuk kita selama ni..

cik mun said...

saya sayang mak ayah saya..hehehe

QasehSuci said...

herm..betul jgk tu...

EyqaLuvender said...

touched...erm,sebelum segalanya t'lmbt...ble da t'lmbt ta gune menyesal kn?

telor power said...

pengajaran yg bermakna, part2 menenyentuh ibubapa nie yang aku tacing. aku minta jauh dari jadi anak derhaka je.amin

Eye_nee said...

mmg begini lah selalunya....dgn org lain tak berkira nak mengucapkan TQ tu...bila dgn kuarga sendiri..bagai terkunci mulut...BERUBAH KENA BERUBAH....

wan nurul hezrina said...

kene renung2kan.ape2hal keluarga jangan sesekali letak tepi..bila susah family dulu yang datang tolong

Stairway to heaven said...

~~Betullah WuMing...;-)..rindu kat mak ngan abah...

keeya mustafa said...

sama2 kita saling mengingati,,

nice to meet you darl :)

mama aini said...

Thanks WuMing !!!.. entry ni mengingatkan supaya menghargai ibubapa kita..