SELAMAT TAHUN BARU 2015

Sunday, September 25, 2011

8 JENIS MAKANAN YANG WANITA TAK PATUT TINGGAL



Image:Google
Pertama: Susu
  Susu adalah makanan yang kaya dengan sumber Protien dan Kalsium. Badan wanita memerlukan Kalsium pada kadar yang lebih tinggi dari lelaki untuk memelihara kesihatan tulang(Terutama ketika mengandung, menyusu bayi dan selepas putus Haid). Juga untuk mengelak masalah Osteoporosis di kemudian hari. Jadi wanita digalakkan untuk minum susu sekurang-kurangnya 2 gelas sehari. Pilihlah susu yang rendah lemak.

Image:Google
Kedua:Yogurt
  Yogurt mempunyai Bakteria yang membantu system Imun badan kita untuk berjalan dengan lebih sempurna. Tetapi Yogurt haruslah yang asli. Yang tidak mengandungi awetan buah-buahan dan gula tambahan. Kerana bahan-bahan ini bukan sahaja boleh mengemukkan, ia juga boleh membahayakan kesihatan.

Image:Google
Ketiga: Minyak Zaiton
  Ia mengandungi Lemak tak tepu yang berfaedah kepada kesihatan kita. Ia membantu mengurangkan Kolesterol-Kolesterol LDL dalam arteri. Di mana ia merupakan Lemak berbahaya yang ada dalam arteri kita.
  Ia membantu mengurangkan risiko saluran darah tersumbat. Malah ia mengandungi Vitamin E dan bahan Antioksidan yang membantu untuk menyegarkan warna kulit.

Image:Google
Keempat: Biji Bunga Matahari
  Yang sangat kaya dengan Vitamin E dan bahan Antioksidan. Di mana bahan ini akan membantu mengurangkan kadar kedutan atau memperlahankan proses penuaan pada kulit. Jadi ia membantu untuk kulit kelihatan cantik dan berseri.
  Kandungan Vitamin E juga membantu menghilangkan parut-parut pada wajah kita.

Image:Google
Kelima: Brokoli
  Sayur yang lazat ini mempunyai Vitamin C, Kalsium dan zat Besi. Yang merupakan zat-zat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.
  Selain dari itu, ia mempunyai kandungan serat makanan yang tinggi, yang membantu dalam proses penghadaman dan pembuangan.
  Yang penting Brokoli itu tidak perlu dimasak dengan keterlaluan. Kerana pemanasan yang melampau akan merosakkan atau menghilangkan zat-zat makanan yang ada.

Image:Google
Keenam: Tomato
  Sebagai satu sumber Beta Karotena, Vitamin C dan bahan Antioksidan. Membantu organ-organ dalam badan bertugas dengan lebih sempurna, terutamanya system pencernaan. Kajian mandapati bahawa makan tomato (segar berserta kulit) boleh mengelakkan risiko mengidap kanser payudara.

Image:Google
Ketujuh: Tauhu
  Merupakan sumber Protien tumbuh-tumbuhan. Mempunyai lemak yang kurang tapi kandungan Kalsium yang tinggi. Sangat baik untuk system pencernaan. Baik untuk kesihatan perut juga memberi keselesaan pada perut.
  Selain dari itu ia juga membantu untuk menyeimbangkan Hormon Estrogen dalam badan.

Kelapan: Air Bersih
  60 % dari bahagian badan adalah terdiri dari air. Maka air adalah merupakan keperluan asas untuk system dalam badan kita berfungsi.
  Kita perlu minum air sekurang-kurangnya minum air sebanyak 8 gelas sehari.

Di atas adalah 8 jenis makanan asas yang kita perlu untuk mengekalkan kesihatan badan kita..

Selamat mencuba…dan cantik selalu…
  

Thursday, September 22, 2011

AKU PUNYA LAKARAN...

Sebenarnya banyak yang aku Lukis... malah pakai Cat Minyak pun ada... tapi tak ada dalam bentuk soft copy.

ENTRI AKU YANG KEDUA UNTUK HARI INI


5 LANGKAH UNTUK MENGGELAKKAN DIRI DARI MENGANTUK DI WAKTU PETANG


Image:Google


  1. Senaman ringan untuk meregangkan otot-otot badan.
  2. Makan Serat chocolate
  3. Letakkan wangian Pepper Mints di tepi meja kerja.
  4. Berjalan-jalan di luar ofis atau di halaman rumah.
  5. Minum secawan teh.


Kalau lima langkah di atas tu tak Berjaya juga… Hangpa pi tidoq laa senang….



Wednesday, September 21, 2011

HASIL KERJA TANGAN ISTERI AKU



  Ini merupakan entri aku yang kedua untuk hari ini.
Entri yang pertama adalah:PILIHAN DITANGAN KITA

  Ini adalah gambar kasut dan topi yang isteri aku buat… Ok tak…? Sebenarnya aku banyak membantu ni… Seperti memerhati dan komen…
 Berat tu kerja aku……




PILIHAN DITANGAN KITA

KITA TAK BOLEH PILIH UNTUK
DILAHIRKAN SEBAGAI ORANG MISKIN ATAU KAYA
TETAPI,
KITA BOLEH PILIH 
UNTUK BERUSAHA ATAU TAK MAHU BERUSAHA

Dari: WuMing

Tuesday, September 20, 2011

3 BULAN SELEPAS TSUNAMI DI JEPUN




















Photo Shot by Kyodo News via the Associated Press. -- Lloyd Young


Monday, September 19, 2011

AKU DI BULI OLEH ANAK DAN ISTERI AKU


Image:Google

Sedih betul bila aku baca tajuk ini. Sebenarnya entri ini agak personal laa… Tapi aku dah tak tahu nak bagitahu siapa. Korang lah tempat aku mengadu… Tempat untuk menagih simpati.
  Aku harap korang memahami hati dan perasaan aku sebagai seorang suami dan bapak yang Mithali ini. Segalanya aku buat untuk keluarga aku. Tapi aku pula dibuli.
  Aku harap kawan-kawan aku kat sini menyokong aku. Aku harap korang beri semangat kepada aku yang merupakan seorang Bapa dan Suami  yang Mithali ini.
  Ceritanya bermula begini. Suatu hari… Aku bawa isteri aku balik kampung aku. Dalam perjalanan itu. Isteri aku cerita bahawa cikgu yang mengajar anak aku di sekolah Tadika dah nak berhenti.
  Mari baca perbualan kami, aku percaya korang akan menangis kerana kesian kan aku…

ISTERI AKU: Abang… tahu tak cikgu yang mengajar mata pelajaran Matematik anak kita dah nak berhenti?

WUMING: Yang mana satu.. Abang kenal tak..?

ISTERI AKU: Kenal… Yang selalu berdiri depan pintu pagar tunggu budak-budak masuk..

WUMING: Cantik tak?

  Isteri aku dan anak aku yang berusia lima tahun jawab serentak…

“Cantiiiikkkkk”

WUMING: Hah… kalau macam tu Isnin ni Abang nak pi tengok lah.. Kalau tak kenal nak kenal… Kalau dah kenal, nak lebih-lebih kenal…

  Isteri aku terus suruh anak aku pulas telinga aku…. Hu..hu..hu.. Korang tengok… mereka buli aku… Kesian tak kat aku…..?