![]() |
| Image:Google |
Satu rehat
tengah hari. Seorang Pengurus besar telah membawa dua orang kanannya pergi
makan tengah hari.Iaitu pengurus besar bahagian sumber manusia dan seorang lagi adalah pengurus besar
bahagian kewangan. Mereka bertiga pergi makan di sebuah restoran makanan laut
yang berkonsepkan tradisional.
Dalam kedai itu
dihiasi penuh dengan barang-barang lama. Sementara menunggu makanan yang di
pesan sampai. Tangan pengurus besar bahagian kewangan telah tersentuh satu lampu
ajaib..
Terkeluarlah
satu Jin yang besar.
Jin: Ha..ha..ha…. Kerana kamu
telah lepaskan aku… Aku akan tunaikan 3 permohonan kamu.
Tanpa berlengah
pengurus besar bahagian sumber manusia terus membuat permintaan.
“Saya
nak pergi melancong di Hawaii selama sebulan.” Dalam sekelip mata saja dia
telah berada di Hawaii.”
Tanpa berlengah
Pengurus Besar Bahagian Kewangan pula terus membuat permohonan tanpa
menghiraukan bossnya.
“ Saya ingin jadi seorang wanita yang sangat Mewah.
Kaya raya dan berada di kota Paris.”
Apabila melihat
dua permintaan kedua-dua orang kanannya telah Berjaya. Pengurus besar syarikat
yang sangat gilakan kerja pun terus membuat permintaan.
“Sekarang saya pula buat permintaan, saya nak
kedua-dua pengurus itu berada di ofis sebelum habis waktu rehat tengah hari..”


















