SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, November 28, 2011

AJARAN IBU DAN BAPAKU


Image:Google

  • Ibu dan bapa ku selalu mengajar ku nilai wang tetapi tidak pernah mengajar aku untuk menjadi seorang yang tamak.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar aku agar berjimat cermat tetapi mereka tidak pernah mengajar aku menjadi seorang yang kedekut.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar aku agar menyintai diri sendiri tetapi mereka juga mengajar aku agar menyintai orang lain.


  • Ibu dan Bapaku tidak pernah mengajar aku untuk mengaku kalah tetapi mereka juga mengajar supaya menerima kekalahan.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku agar bersabar tetapi mereka juga mengajar ku agar tidak ada siapa membuliku.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku agar menjadi tekun dan sentiasa berusaha tetapi mereka tidak pernah mengajar aku menjadi seorang yang terlalu taksub.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku supaya menjadi seorang yang tenang tetapi bukan seorang yang lemah.


  • Ibu dan Bapaku tidak pernah mengajar aku menghina siapa kerana semua orang adalah manusia yang sama taraf.


  • Ibu dan Bapaku mengajar aku agar sentiasa jaga kebajikan diri sendiri tetapi jangan lupa pada kebajikan untuk semua.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku agar terus maju ke hadapan tetapi jangan lupa pada asal usul.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajarku agar mencari kebahagiaan untuk diri sendiri tetapi jangan lupa pada batasan yang ada.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajarku agar jangan percaya kepada orang asing tetapi jangan menjadi seorang yang kuat curiga.


  • Ibu dan Bapaku mengajarku agar mempunyai impian dan usaha supaya impian itu tercapai.


  • Ibu dan Bapaku mengajar ku supaya percaya tetapi bukan menjadi pak turut.


  • Ibu dan Bapaku mengajarku menjadi seorang yang berani tetapi jangan menjadi seorang yang terlalu yakin pada diri sendiri(over confident)


  • Ibu dan Bapaku mengajar ku menjadi seorang yang sentiasa bersaing untuk Berjaya tetapi bukan seorang yang penuh dengan hasrat dengki. 

Thursday, November 24, 2011

KEIKHLASAN


Image:Google


  Susah nak cari keikhlasan zaman sekarang ni.  Aku percaya semua orang nak orang ikhlas terhadap diri mereka.
  Tetapi persoalannya adakah kita ikhlas dengan orang lain. Kita akan marah bila ada orang mengumpat atau kutuk kita. Tapi adakah kita tak pernah buat begitu.
  Kita geram bila tahu ada orang punyai PHD(Perasaan Hasrat Dengki) pada kita. Tapi adakah kita tak pernah dengki pada orang lain.
  Kadang-kadang kawan yang kita anggap baik dan kenal bertahun-tahun, pun bukan boleh dipercayai sangat.
  Di depan kita semuanya baik… Di belakang kita semuanya tak kena.
  Kita luahkan perasaan kita pada dia.. Tak sempat bertukar haribulan malah kadang-kadang tak lebih dari 60 minit pun.. Dia dah cerita pada orang lain.. Malah kutuk kita pula.
  Inilah yang terjadi pada hari ini. Bukan saja wanita. Lelaki pun tak ada kurangnya. Bawa mulut mengalahkan wanita.
  Aku cakap bukan bererti aku orang baik. Aku Cuma tak mengumpat atau bawa mulut atau sibuk pasal orang. Tapi aku tak simpan dalam hati kalau ada orang buat aku tak puas hati.
  Tak simpan dalam hati?... Baiknya…. Bukan..bukan… jangan salah faham… Bukan aku senyum dan blah dari situ… Tapi aku dah ‘sound’ habis-habisan dah… Baru aku diam dan belah dari situ..
  Ramai orang tak suka cara aku… Tapi aku memang tak suka Hipokrit.. Pura-pura tak kisah tapi satu Malaysia aku dah cerita. Macam itu aku tak mau…
  Biasa laa lain orang..lain ragamnya… Tapi ramai yang lebih suka diam diri pada masa itu tetapi mengumpat tak habis-habis. Bertahun-tahun isu yang sama saja…

Hanya pendapat aku... mungkin ramai yang tak setuju...



..

Wednesday, November 23, 2011

KHASIAT PISANG BERANGAN


Image:GooGle

Setelah korang baca habis entri ini. Pandangan korang tentang Pisang Berangan akan berubah. Korang baru akan tahu pisang ini bukan dimakan untuk steam atau Berangan.
  Di sini aku akan bongkarkan kebaikan dan keburukan Pisang Berangan ini.
Dalam pisang berangan ini mempunyai 3 jenis gula yang baik untuk kesihatan badan manusia iaitu
  • Sukrosa
  • Fruktosa
  • Glukosa

 Di bawah ini ada beberapa kebaikan jika kita mengamalkan makan Pisang Berangan
  • PENYAKIT MURUNG YANG DISEBABKAN OLEH STRESS

Tubuh badan kita akan mengubahkan unsur Tryptophan, Protien dan Asid Amino dalam pisang kepada Serotonin.  Serotonin inilah akan menyebabkan tubuh badan kita berada dalam keadaan relax. Maka kita akan berasa lebih ceria dan mood kita akan lebih baik.
  • PMS (Sindrom Premenstrual)

Selalunya wanita akan ada perubahan mood sebelum datang Haid. Mereka akan menjadi lebih cepat marah. Ada petanda-petanda awal sebelum datang haid seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya.
  Makanlah pisang berangan dan korang akan lupakan terus ubat tahan sakit atau Paint Killer…
  • ANEMIA

Zat besi dalam pisang akan membantu badan kita untuk menghasilkan Hemoglibin darah.

  • TEKANAN DARAH
 Unsur Kalium dan Garam dalam pisang berangan membantu untuk mengurangkan risiko kepada penyakit tekanan darah. Malah di sokong oleh US Food and Drug Administration.
  • MENINGKATKAN KUASA OTAK

200 orang pelajar dari Universiti Twikhenham Middlesex di England mendakwa mereka merupakan pelajar cemerlang dengan hanya mengamalkan bersarapan pisang berangan di sebelah pagi dan sedikit waktu makan tengahhari. Nanti aku nak makan satu tandan satu hari….Muahahahaha
  • SEMBELIT

Ia dapat membantu dalam system penghadaman dalam badan.
Dan banyak lagilah  kebaikan dari  Pisang Berangan ini. Jadi tak rugi jika kita makan pisang berangan kerana hanya satu atau dua biji, ia member khasiat yang begitu banyak.
Aku taip panjang-panjang sangat pun, nanti korang tak baca pula…


KEBURUKAN DARI PISANG BERANGAN
  Seperti kita tahu. Setiap kebaikan ada keburukannya. Pisang Berangan ini juga tak terkecuali. Ia juga ada keburukannya, walaupun tak banyak.
  • KEBURUKAN PERTAMA

  Seperti kita tahu Pisang Berangan bukanlah rumput. Jadi kita kena tanam baru boleh makan.. Jadi tanamlah di depan rumah atau belakang rumah.. Jangan tunggu dia tumbuh sendiri.
  • KEBURUKAN KEDUA

Pisang Berangan ini juga bukan seperti daun kering. Dia tak datang rumah kita bersama tiupan angin. Jadi  kenalah beli…
Ok.. itu saja keburukan dia…..

Tuesday, November 22, 2011

KEGAGALAN AKU DALAM BIDANG JUALAN


Image:Google


  Ramai yang tak tahu aku menjalani satu perniagaan secara “part Time”. Aku bukan saja tidak Berjaya. Malah aku pula selalu ditegur oleh pelanggan-pelanggan aku. Aku rasa tak boleh panggil pelanggan kot... Kerana mereka tak pernah buat sebarang pembelian pun.
  Aku tak tahu laa apa kekurangan aku. Aku memang jujur dan rajin. Tapi tak juga Berjaya. Aku tak pernah pun boleh jual walaupun satu botol produk itu.
  Sebagai pengetahuan korang… Aku sedang menjual satu produk kesihatan. Makanan kesihatan yang membantu meningkatkan daya ingatan.
  Mari kita baca salah satu situasi yang pernah aku jumpa.

WuMing: Selamat tengah hari Bang…

Prospek: Selamat Tengah Hari.

WuMing: Nama saya WuMing… siapa nama Abang?

Prospek: Zainal…

WuMing: Ok… sebenarnya.. saya ada mengedar sejenis produk kesihatan.   Iaitu makanan kesihatan yang baik untuk meningkatkan daya ingatan kita.

Prospek: Ooo.. gitu… Apakah bahan-bahan yang terkandung dalam satu-satu tablet itu?

WuMing: Hah….nanti saya tengok…ada tercatat dalam buku ni..Pagi tadi saja saya dah tengok…

Prospek: Tak apa..tak apa… Produk ini berasal dari negara mana?

WuMing: Dari… dari…Err…Err…dah tak pasti pulak dari Jepun atau dari Taiwan… Tadi saja baru baca dari buku ni…

Prospek: Biarkan..biarkan…Berapa harga satu botol..

WuMing: Nanti saya tangok buku…tak pasti pulak RM50 untuk 1 botol atau RM10 untuk 5 botol dah..

Prospek: Adik..Adik dah tenat dah ni… Abang cadangkan adik berhenti laa makan Makanan kesihatan ini… Nanti bukan saja  adik akan lupa jalan balik rumah… Nanti lama-lama nama adik  sendiri pun tak ingat dah…

WuMing: Terima kasih Bang...Err apa nama abang tadi?


Prospek:........................................




Thursday, November 17, 2011

CARA MENGESAN PETANDA AWAL PENYAKIT KANSER


Image:Google

KANSER PANGKAL RAHIM
Ketika anda belum sampai masa datang Haid. Tetapi anda mengeluarkan darah selepas melakukan hubungan seks. Pergi jumpa dengan Doktor untuk berbincang tentang ini. (Yang belum cukup umur tak payah ikut langkah ini.)

KANSER DALAM RAHIM
Pendarahan selepas melakukan hubungan seks. Atau terasa bengkak dalam Abdomen.

KANSER OVARI
Haid yang tidak menentu. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.

KANSER DARAH (LEUKEMIA)
Berpeluh dan letih dari kebiasaan. Pendarahan pada kulit dengan mudah tanpa sebab. Juga ada gejala-gejala lain seperti sakit-sakit sendi, kembung perut dan kebengkakan dalam Abdomen.

KANSER PARU-PARU
Selalu batuk-batuk, darah keluar bersama air liur, sukar bernafas dan kerap mendapat asma.

KANSER HATI
Sakit perut, tiada selera makan, Hilang berat badan, mata dan kulit kekuningan.

KANSER PUNDI KENCING
Air kencing keluar bercampur dengan darah.

KANSER OTAK
Selalu sakit kepala dalam masa yang lama. Bersama-sama dengan muntah. Juga mempunyai kesan sampingan yang lain mempunyai pandangan yang kabur. Terlihat cahaya silau-silau kemerahan ketika sakit kepala. Malah keadaan semakin teruk jika angota badan lumpuh seketika.

KANSER MULUT
Mempunyai ketulan di dalam mulut. Lama kelamaan akan mengakibatkan kanser. Memakai gigi palsu dalam jarak masa yang lama juga boleh menjadi satu sebab.

KANSER DI LEHER
Suara bertukar menjadi serak. Terasa ada ketulan ketika menelan makanan.

KANSER DALAM PERUT
Pengurangan berat badan secara mendadak. Muntah darah dan selalu kembung perut selepas makan. Terasa senak dan ada ketulan di bahagian perut. Terasa seperti ada ketulan dalam perut walaupun berapa suap sahaja makanan dimakan.

KANSER PAYUDARA
Terdapat tanda-tanda darah atau cecair keluar dari bahagian puting. Terasa ada kelulan pada payudara atau ada bahagian yang bengkak. Jerawat tumbuh pada pada bahagian payudara dalam jarak masa yang terlalu lama. Perlu lebih berhati-hati kerana 9 dari 10 wanita akan mengalami ketumbuhan ini.
  Kerana perubahan hormon dalam badan akan mengalakkan ketumbuhan tumor ini di bawah kulit yang dipanggil sista.

KANSER KOLON
Pengurangan berat badan secara mendadak. Najis keluar bercampur dengan darah. Selalunya darah keluar bersama akan dikaitkan dengan buasir. Tetapi jika darah keluar berwarna agak kehitaman. Ia selalunya dikaitkan dengan Kanser Kolon.

LYMPHOMA
Mempunyai ketulan di bawah ketiak atau di pangkal paha. Ini merupakan kanser di bahagian kulit. Selain dari itu tahi lalat dan ketuat juga masuk dalam kumpulan ini. Ia boleh memudaratkan jika ia membesar dan menjangkiti bahagian lain.
Melanoma adalah tumor atau ketumbuhan yang merupakan percambahan otot dan pembentukan Melanin yang terkumpul. Seperti tahi lalat yang terlalu banyak atau bahagian kulit yang terlalu kasar seperti ketuat.


*WALAUPUN TAK BERI WANG PADA PEMBACA.. TETAPI MAKLUMAT INI ADALAH LEBIH BERNILAI DARI WANG. KERANA IA BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA…

Tuesday, November 15, 2011

MAKANAN UNTUK KESIHATAN RAMBUT


Kecantikan rambut adalah isu yang penting bagi setiap wanita. Penjagaan rambut dari luaran sahaja adalah tidak mencukupi. Kita perlu menjaga dari dalaman. Iaitu makan makanan yang mempunyai khasiat yang diperlukan oleh rambut.
Image:Google

 Biotein
Akan membuatkan akar rambut anda menjadi kuat dan sihat. Rambut akan menjadi hitam secara semulajadi.Zat ini terdapat dalam kacang, telur merah dan kacang kuning.

Zat Besi(Ferum)
Bukan sahaja mempengaruhi warna rambut anda, malah zat besi ini membantu untuk membina Emobin, dimana ia membantu untuk memberi oksigen kepada rambut supaya struktur rambut menjadi kuat dan sihat. Zat besi ini boleh diapati dari beras oat, daging,berbagai jenis kacang dan sayur – sayuran hijau.

Asid Phantotan
Akan membantu rambut tumbuh dengan sihat dan segar secara semulajadi. Rambut anda akan kelihatan lembut dan mudah diurus. Asid ini banyak terdapat dalam semua jenis sayur – sayuran,daging,ikan dan telur merah.


Zink
Membantu dalam pembakaran makanan dalam badan dan rambut akan tumbuh dengan sihat dan kuat. Zat ini terdapat banyak dalam tiram, daging merah,sayur – sayuran, lobak putih dan dalam berbagai jenis kacang.

Sunday, November 13, 2011

MULUT DAN TELINGA


Kita punyai satu MULUT dan dua TELINGA.
Image:Google
Supaya kita boleh DENGAR lebih banyak dari BERCAKAP.

Wednesday, November 9, 2011

SEORANG BAPA YANG PENYAYANG TAK SEMESTINYA SEORANG SUAMI YANG BAIK




KORANG HURAILAH SENDIRI

Tuesday, November 8, 2011

KALI PERTAMA


Image:Google


  Di sebuah hospital. Seorang pesakit bakal menjalani pembedahan. Beliau sangat runsing dan takut.
  Sebentar kemudian dia pun ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan. Dan semua Doktor yang bakal membuat pembedahan pun telah bersedia.
  Dalam bilik pembedahan Seorang Doktor pun bertanya khabar kepada pesakit itu…

DOKTOR: Kenapa? Nampak macam tak selesa saja?
PESAKIT: Takut, runsing semua pun ada…..
DOKTOR: Eh… jangan takut…..
PESAKIT: Ini kali pertama saya Doktor… mesti laa takut..
DOKTOR: Sama laa kita semua..
PESAKIT: Hah..!!!!  (Terus pengsan)

Thursday, November 3, 2011

PERBUATAN DAN PERCAKAPAN