SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, November 23, 2011

KHASIAT PISANG BERANGAN


Image:GooGle

Setelah korang baca habis entri ini. Pandangan korang tentang Pisang Berangan akan berubah. Korang baru akan tahu pisang ini bukan dimakan untuk steam atau Berangan.
  Di sini aku akan bongkarkan kebaikan dan keburukan Pisang Berangan ini.
Dalam pisang berangan ini mempunyai 3 jenis gula yang baik untuk kesihatan badan manusia iaitu
  • Sukrosa
  • Fruktosa
  • Glukosa

 Di bawah ini ada beberapa kebaikan jika kita mengamalkan makan Pisang Berangan
  • PENYAKIT MURUNG YANG DISEBABKAN OLEH STRESS

Tubuh badan kita akan mengubahkan unsur Tryptophan, Protien dan Asid Amino dalam pisang kepada Serotonin.  Serotonin inilah akan menyebabkan tubuh badan kita berada dalam keadaan relax. Maka kita akan berasa lebih ceria dan mood kita akan lebih baik.
  • PMS (Sindrom Premenstrual)

Selalunya wanita akan ada perubahan mood sebelum datang Haid. Mereka akan menjadi lebih cepat marah. Ada petanda-petanda awal sebelum datang haid seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya.
  Makanlah pisang berangan dan korang akan lupakan terus ubat tahan sakit atau Paint Killer…
  • ANEMIA

Zat besi dalam pisang akan membantu badan kita untuk menghasilkan Hemoglibin darah.

  • TEKANAN DARAH
 Unsur Kalium dan Garam dalam pisang berangan membantu untuk mengurangkan risiko kepada penyakit tekanan darah. Malah di sokong oleh US Food and Drug Administration.
  • MENINGKATKAN KUASA OTAK

200 orang pelajar dari Universiti Twikhenham Middlesex di England mendakwa mereka merupakan pelajar cemerlang dengan hanya mengamalkan bersarapan pisang berangan di sebelah pagi dan sedikit waktu makan tengahhari. Nanti aku nak makan satu tandan satu hari….Muahahahaha
  • SEMBELIT

Ia dapat membantu dalam system penghadaman dalam badan.
Dan banyak lagilah  kebaikan dari  Pisang Berangan ini. Jadi tak rugi jika kita makan pisang berangan kerana hanya satu atau dua biji, ia member khasiat yang begitu banyak.
Aku taip panjang-panjang sangat pun, nanti korang tak baca pula…


KEBURUKAN DARI PISANG BERANGAN
  Seperti kita tahu. Setiap kebaikan ada keburukannya. Pisang Berangan ini juga tak terkecuali. Ia juga ada keburukannya, walaupun tak banyak.
  • KEBURUKAN PERTAMA

  Seperti kita tahu Pisang Berangan bukanlah rumput. Jadi kita kena tanam baru boleh makan.. Jadi tanamlah di depan rumah atau belakang rumah.. Jangan tunggu dia tumbuh sendiri.
  • KEBURUKAN KEDUA

Pisang Berangan ini juga bukan seperti daun kering. Dia tak datang rumah kita bersama tiupan angin. Jadi  kenalah beli…
Ok.. itu saja keburukan dia…..

17 comments:

JunAina said...

saya tak suka pisang tp somi suka tanam2 pisang. dari tak suka dan terpaksa skrg dah jadi sukaa...sukaaa...sangat...

eLL said...

saya sangat suka makan pisang.
banyak potasium

mama aini said...

bagus info tentang kebaikan pisang berangan tu..ha2x..yg mama tak bolh tahan dr nak gelak..keburukan dier tu !!!.. :)

Cik Azizah said...

mane2 pisang memang banyak kegunaannya dr segi kesihatan. ekeke :P

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

sedapnyer..ca kalao beli seikat, boleh habsi kan sorang tau..haha..tapi bukan dalam satu masa la..sbb mmg suka sangat.. ^^

Fara said...

Hahahahah! Cerita psl keburukan tu mmg lawak gila!

Fara said...

...eh, tertinggal. Lawak sbb WuMing cite selamba. Tapi pisang ley bt ulser mulut kita jdk pedih. Ouch!

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nak diet pow elok makan pisang gituew...mmg byk khasiat

Fatin Mraz said...

salam.. cara entri ini disampaikan sgt menarik.. ;)

.. buah tempatan ni byk khasiatnya.. semoga pembaca terbuka 'pandangan' setelah membaca n3 ni..

jemarisuri said...

pandai plak awk wat lawak yg buruk pasal pisang tu ek...hehe

ieyza afieyna said...

suke mkn pisg emas... pisg ni xtau la ade mkn ke x..hee

Akue Achik said...

bab sembelit, pisang ni memang berkesan! hehe

Miziey said...

wah, byk jgak khasiatnya eh, guwa dah mula berangan makan pisang ni..
ahahahahahah
xD

wan nurul hezrina said...

suka pisang tapi lama dah tak makan sbb sejuk=)

suha said...

hehe boleh tahan gak wuming ni ek bab melawak?

apepon,pisang bukan xelok tok mereka yg nk diet sbb bnyk serat (^_^)

Cik Gee said...

pisang. salah satu makanan yg wajib dihidangkan pada dewa dewi agama toisme, sebab sifat pisang yg dikatakan senang membiak. amat bersesuaian dgn budaya orang cina yang mementingkan keterusan keturunan keluarga dia.

seseorang wanita dlm keluarga orang cina harus/wajib beranak utk mengekalkan susur galur keluarga. sebab tu, pisang menjadi pilihan utk dihidangkan kpd dewa dewi toisme supaya p'mohonan mereka agar wanita dlm keluarga menjadi cepat membiak spt sifatnya pisang termakbul.

tu je nak kongsi. hehe.. <3

nama saya abu said...

langtoi betoi keburukan dia tuh... hahahaha