SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, November 24, 2011

KEIKHLASAN


Image:Google


  Susah nak cari keikhlasan zaman sekarang ni.  Aku percaya semua orang nak orang ikhlas terhadap diri mereka.
  Tetapi persoalannya adakah kita ikhlas dengan orang lain. Kita akan marah bila ada orang mengumpat atau kutuk kita. Tapi adakah kita tak pernah buat begitu.
  Kita geram bila tahu ada orang punyai PHD(Perasaan Hasrat Dengki) pada kita. Tapi adakah kita tak pernah dengki pada orang lain.
  Kadang-kadang kawan yang kita anggap baik dan kenal bertahun-tahun, pun bukan boleh dipercayai sangat.
  Di depan kita semuanya baik… Di belakang kita semuanya tak kena.
  Kita luahkan perasaan kita pada dia.. Tak sempat bertukar haribulan malah kadang-kadang tak lebih dari 60 minit pun.. Dia dah cerita pada orang lain.. Malah kutuk kita pula.
  Inilah yang terjadi pada hari ini. Bukan saja wanita. Lelaki pun tak ada kurangnya. Bawa mulut mengalahkan wanita.
  Aku cakap bukan bererti aku orang baik. Aku Cuma tak mengumpat atau bawa mulut atau sibuk pasal orang. Tapi aku tak simpan dalam hati kalau ada orang buat aku tak puas hati.
  Tak simpan dalam hati?... Baiknya…. Bukan..bukan… jangan salah faham… Bukan aku senyum dan blah dari situ… Tapi aku dah ‘sound’ habis-habisan dah… Baru aku diam dan belah dari situ..
  Ramai orang tak suka cara aku… Tapi aku memang tak suka Hipokrit.. Pura-pura tak kisah tapi satu Malaysia aku dah cerita. Macam itu aku tak mau…
  Biasa laa lain orang..lain ragamnya… Tapi ramai yang lebih suka diam diri pada masa itu tetapi mengumpat tak habis-habis. Bertahun-tahun isu yang sama saja…

Hanya pendapat aku... mungkin ramai yang tak setuju...



..

22 comments:

EZAD AMIR said...

Btol..agree with u..
Rambut hitam,hati didalam tak tentu..

Fara said...

Agak2 klu cerita sinikal dlm blog pun kira mengumpat tak?

azam said...

:) susahnya.....orang lain nampak macam tak ikhlas...tapi hati siapa yg tahu??

nuyui a.k.a miss YUI said...

bkn snng nak phm org ni..kdg2 nmpk baik tp sbnrnya lain..

p/s: lama xsggh..dashboard wat hal..arini baru dpt jenguk stelah berminggu2..

mama aini said...

WuMing..betul susah nak cari keikhlasan zmn ni !!!..hu2x..tentang mama pulak bila org mengumpat mama ..mama tak pandai nak sound org tu kaw2..tapi mama lepas perasaan mama kat blog !!!..he2x..bolih gitu?.

JunAina said...

saya pun sama. sound dulu yang penting dia tahu kita tak suka cara dia...terima atau tidak terpulang.

Eye_nee said...

Ini hakikat kehidupan yg kita kena tempuh bro....tipulah kalau kata kita tak pernah iri kan org lain...tipulah kalau kita tak pernah umpat org lain...semua pernah kita buat..namun ada SEGELINTIR org..yg mmg tak pernah serik melakukan kedua-dua perkara itu dlm kehidupan mereka secara BERTERUSAN..dan cara ko "SOUND" sebelum ko blah tu mmg TEPAT lah caranya..

ieyza afieyna said...

setuju je..

kdg2 manusia nmpak je baik, tapi dlm hati kite tak tahu..suka berpura2...buat2 baik..

kdg2 ade jugak kwn yg suka mngambil kesempatan terhadap diri kwn lain.. entah la..

walalupun org yg kite penh knal kdg2 hati ni tkut untuk pcaya..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

agreed
sebab ai pow suka terus terang sebab tu ramai yg sakit haty kot ngeee

Terbang Bersamaku said...

sekarang memang payah nak cari manusia yang ikhlas..ramai yang jenis nak ganjaran dan nak nama...

sisdee said...

susah nk cari org yg betul2 ikhlas ngan kita dlm bkawan...kdg2 kwn pun main peranan dlm khidupan kita...

buruk kwn kita..buruklah hidup kita :(

lia said...

yup.... btol3...

Cik Azizah said...

biarkan kita sound direct supaya org tahu kesalahannya..tak suka hipokrit! diam diri sampai bila2 die tak majukan diri dia dan tak tahu mgakui kesalahannya..

sugar2 kapas strawberry said...

manusia itu tak perfect.kita pon tak perfect.tak boleh nk jadi sempurna.but sometimes bnda cmni kita boleh elak.

cik ika said...

selalu sgt bdepan dgn org cmni...

wan nurul hezrina said...

hehe gambartu yang nak bercerita tu sunguh2 tapi si pendengar2 nampak tak ikhlasjer dengar..tapi tolllah wuming kalau kita ikhlas..hasillnya memang terbaik

Cik_Shiqah said...

ikhlaskan diri dalam mlakukan apa2 sahaja dlm khidupan, Allah pasti akan mngirimkan orang2 yg ikhlas di samping kita kemudian, InsyaAllah :)

nice post :)

suha said...

jadilah seikhlas mungkin dan berharaplah org disekeliling kita juga begitu (^_^)

hati akan jd lebih lapang hehe

ratusiput said...

betul tu sokong.jd skang ni lebih ske habiskan masa ngan family...suami..anak2..adik beradik..mak ayah... :)

Cik Gee said...

betul ler tu wuming. gee pon penah berdepan dgn perkara yg sama. pastu gee dah serik. tak maw dah rapat ngan dia. senyum2 tu ade la tapi nak hang out sesama cam dulu, mybe tak dah kot. silap hari bulan, ade lagi kang citer tak molek kuar. bukannya ape, kalau versi original takpe, ini diadun ikut sesuka rasa dye je. huhuhu...

EyqaLuvender said...

kdg2 susah nk ikhlaskan diri sendiri ble buat sesuatu...ermmm~

Akue Achik said...

"di depan senyum, cakap baik2, tukang kipas.. bila di belakang....