SELAMAT TAHUN BARU 2015

Tuesday, December 13, 2011

DIAM


Monday, December 12, 2011

KALAU DAH PUNYAI BAKAT





Semua gambar adalah Ehsan dari GOOGLE...He..he..he..

  Kalau lah aku pandai macam dia ni... dah laa cantik.. pandai lukis pulak...


Friday, December 9, 2011

MARAH


Imagi:Google

Ketika kali pertama aku memegang tangan kekasih ku.. Dia tarik tangan dengan marah. Alasannya kita baru kenal.
Dia marah sekali lagi ketika aku beri kucupan yang pertama di pipinya yang gebu. Sambil kata aku gatal…
Dia sangat marah dan betul-betul marah apabila aku beritahu kita sudah tidak sehaluan lagi.. Kita harus membawa haluan masing-masing.
Kini semua itu telah menjadi kenangan… Aku tersenyum sendiri bila terkenangkan kisah lampau…







Sunday, December 4, 2011

SAGA FLX SE





HARGA 49,XXX.XX

Monday, November 28, 2011

AJARAN IBU DAN BAPAKU


Image:Google

  • Ibu dan bapa ku selalu mengajar ku nilai wang tetapi tidak pernah mengajar aku untuk menjadi seorang yang tamak.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar aku agar berjimat cermat tetapi mereka tidak pernah mengajar aku menjadi seorang yang kedekut.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar aku agar menyintai diri sendiri tetapi mereka juga mengajar aku agar menyintai orang lain.


  • Ibu dan Bapaku tidak pernah mengajar aku untuk mengaku kalah tetapi mereka juga mengajar supaya menerima kekalahan.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku agar bersabar tetapi mereka juga mengajar ku agar tidak ada siapa membuliku.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku agar menjadi tekun dan sentiasa berusaha tetapi mereka tidak pernah mengajar aku menjadi seorang yang terlalu taksub.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku supaya menjadi seorang yang tenang tetapi bukan seorang yang lemah.


  • Ibu dan Bapaku tidak pernah mengajar aku menghina siapa kerana semua orang adalah manusia yang sama taraf.


  • Ibu dan Bapaku mengajar aku agar sentiasa jaga kebajikan diri sendiri tetapi jangan lupa pada kebajikan untuk semua.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku agar terus maju ke hadapan tetapi jangan lupa pada asal usul.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajarku agar mencari kebahagiaan untuk diri sendiri tetapi jangan lupa pada batasan yang ada.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajarku agar jangan percaya kepada orang asing tetapi jangan menjadi seorang yang kuat curiga.


  • Ibu dan Bapaku mengajarku agar mempunyai impian dan usaha supaya impian itu tercapai.


  • Ibu dan Bapaku mengajar ku supaya percaya tetapi bukan menjadi pak turut.


  • Ibu dan Bapaku mengajarku menjadi seorang yang berani tetapi jangan menjadi seorang yang terlalu yakin pada diri sendiri(over confident)


  • Ibu dan Bapaku mengajar ku menjadi seorang yang sentiasa bersaing untuk Berjaya tetapi bukan seorang yang penuh dengan hasrat dengki. 

Thursday, November 24, 2011

KEIKHLASAN


Image:Google


  Susah nak cari keikhlasan zaman sekarang ni.  Aku percaya semua orang nak orang ikhlas terhadap diri mereka.
  Tetapi persoalannya adakah kita ikhlas dengan orang lain. Kita akan marah bila ada orang mengumpat atau kutuk kita. Tapi adakah kita tak pernah buat begitu.
  Kita geram bila tahu ada orang punyai PHD(Perasaan Hasrat Dengki) pada kita. Tapi adakah kita tak pernah dengki pada orang lain.
  Kadang-kadang kawan yang kita anggap baik dan kenal bertahun-tahun, pun bukan boleh dipercayai sangat.
  Di depan kita semuanya baik… Di belakang kita semuanya tak kena.
  Kita luahkan perasaan kita pada dia.. Tak sempat bertukar haribulan malah kadang-kadang tak lebih dari 60 minit pun.. Dia dah cerita pada orang lain.. Malah kutuk kita pula.
  Inilah yang terjadi pada hari ini. Bukan saja wanita. Lelaki pun tak ada kurangnya. Bawa mulut mengalahkan wanita.
  Aku cakap bukan bererti aku orang baik. Aku Cuma tak mengumpat atau bawa mulut atau sibuk pasal orang. Tapi aku tak simpan dalam hati kalau ada orang buat aku tak puas hati.
  Tak simpan dalam hati?... Baiknya…. Bukan..bukan… jangan salah faham… Bukan aku senyum dan blah dari situ… Tapi aku dah ‘sound’ habis-habisan dah… Baru aku diam dan belah dari situ..
  Ramai orang tak suka cara aku… Tapi aku memang tak suka Hipokrit.. Pura-pura tak kisah tapi satu Malaysia aku dah cerita. Macam itu aku tak mau…
  Biasa laa lain orang..lain ragamnya… Tapi ramai yang lebih suka diam diri pada masa itu tetapi mengumpat tak habis-habis. Bertahun-tahun isu yang sama saja…

Hanya pendapat aku... mungkin ramai yang tak setuju...



..

Wednesday, November 23, 2011

KHASIAT PISANG BERANGAN


Image:GooGle

Setelah korang baca habis entri ini. Pandangan korang tentang Pisang Berangan akan berubah. Korang baru akan tahu pisang ini bukan dimakan untuk steam atau Berangan.
  Di sini aku akan bongkarkan kebaikan dan keburukan Pisang Berangan ini.
Dalam pisang berangan ini mempunyai 3 jenis gula yang baik untuk kesihatan badan manusia iaitu
  • Sukrosa
  • Fruktosa
  • Glukosa

 Di bawah ini ada beberapa kebaikan jika kita mengamalkan makan Pisang Berangan
  • PENYAKIT MURUNG YANG DISEBABKAN OLEH STRESS

Tubuh badan kita akan mengubahkan unsur Tryptophan, Protien dan Asid Amino dalam pisang kepada Serotonin.  Serotonin inilah akan menyebabkan tubuh badan kita berada dalam keadaan relax. Maka kita akan berasa lebih ceria dan mood kita akan lebih baik.
  • PMS (Sindrom Premenstrual)

Selalunya wanita akan ada perubahan mood sebelum datang Haid. Mereka akan menjadi lebih cepat marah. Ada petanda-petanda awal sebelum datang haid seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya.
  Makanlah pisang berangan dan korang akan lupakan terus ubat tahan sakit atau Paint Killer…
  • ANEMIA

Zat besi dalam pisang akan membantu badan kita untuk menghasilkan Hemoglibin darah.

  • TEKANAN DARAH
 Unsur Kalium dan Garam dalam pisang berangan membantu untuk mengurangkan risiko kepada penyakit tekanan darah. Malah di sokong oleh US Food and Drug Administration.
  • MENINGKATKAN KUASA OTAK

200 orang pelajar dari Universiti Twikhenham Middlesex di England mendakwa mereka merupakan pelajar cemerlang dengan hanya mengamalkan bersarapan pisang berangan di sebelah pagi dan sedikit waktu makan tengahhari. Nanti aku nak makan satu tandan satu hari….Muahahahaha
  • SEMBELIT

Ia dapat membantu dalam system penghadaman dalam badan.
Dan banyak lagilah  kebaikan dari  Pisang Berangan ini. Jadi tak rugi jika kita makan pisang berangan kerana hanya satu atau dua biji, ia member khasiat yang begitu banyak.
Aku taip panjang-panjang sangat pun, nanti korang tak baca pula…


KEBURUKAN DARI PISANG BERANGAN
  Seperti kita tahu. Setiap kebaikan ada keburukannya. Pisang Berangan ini juga tak terkecuali. Ia juga ada keburukannya, walaupun tak banyak.
  • KEBURUKAN PERTAMA

  Seperti kita tahu Pisang Berangan bukanlah rumput. Jadi kita kena tanam baru boleh makan.. Jadi tanamlah di depan rumah atau belakang rumah.. Jangan tunggu dia tumbuh sendiri.
  • KEBURUKAN KEDUA

Pisang Berangan ini juga bukan seperti daun kering. Dia tak datang rumah kita bersama tiupan angin. Jadi  kenalah beli…
Ok.. itu saja keburukan dia…..