Image:Google |
Sambung dari cerita sebelum ini.. Nak tahu baca SINI.
Dalam perjalanan ke klinik Salina sangat cemas. Dia memandu agak laju. Cikgu kelas Reennie pergi bersama.
Sampai di Klinik Salina pun terus mendukung anaknya masuk ke dalam klinik. Di kaunter klinik, Salina beritahu ini kes kecemasan dan perlu jumpa doctor segera. Selepas Petugas yang jaga di kaunter bertanya pada Doktor, dia pun suruh Salina terus dukung anaknya masuk jumpa doctor.
Selepas periksaan yang rapi terhadap Reennie.. Doktor pun berkata,
Doktor: Maaf puan….
Salina: Kenapa?.. Kenapa?....
Doktor: Reennie dah tak bernafas lagi..
Salina dengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh doctor. Tetapi dia rasa seperti tidak percaya apa yang didengarnya. Dia rasa hendak bertanya berkali-kali. Tapi dia tahu ini bukan drama swasta. Ini real..Perasaan Salina ketika itu… sangat sukar untuk di gambarkan…Seorang ibu yang kehilangan anak kesayangan dalam sekelip maka. Pemergian yang tak akan pulang lagi buat selama-lamanya….
Doktor: Saya dapati ada dua patukan berbisa pada kaki kanan Reennie.
Salina: …………………….
Guru Tadika: Patukan apa Doctor?
Salina berdiam seribu bahasa… Hanya tangisan seorang ibu yang kehilangan anaknya sahaja kelihatan ketika itu..
Doktor: Nampak seperti patukan ular.
Lalu mereka pun ambil kasut Reennie dan tengok… Memang tak salah dakwaan doctor. Apa yang mereka nampak adalah seekor anak ular tedung selar yang telah mati.
Mungkin dia telah patuk Reennie semasa Reennie pakai kasut dan ular itu sendiri mati lemas dalam kasut itu.
Ini adalah kisah benar yang aku baca dari e-mail. Yang berlaku di satu tempat. Jadi aku olahkan cerita ini ikut gaya aku dengan lebih dramatic untuk renungan bersama. Supaya kita sama-sama berhati-hati.
Kongsilah cerita ini dengan orang yang korang sayang… “Share” lah entri ini sebanyak yang mungkin.. Korang tak perlu keluar sebarang bayaran.. Tapi telah membantu orang untuk berwaspada dan hindari dari malapetaka ini.
Entri sebelum ini: She's Gee a.k.a. Cik Gee
Entri sebelum ini: She's Gee a.k.a. Cik Gee
27 comments:
sedey nyer
moral of da story
check dlm kasut ada apa b4 pakai ek
Owh..kena patukan ular rupanya. Kisah benar ke WuMing? Kesiannya. Ingatkan WuMing saje mereka cerita.
oh begitu akhirnya..
bhaya ada di mana2..
sedey ! kan dia ad mengadu sakit.. err.. maknye pon lalai..
damn...sad ending
sian dia..:(
siannya..:(
tak sangka kan..kena check ni..slalu katak lembik *eeuuwww* kaler coklat tu je yg masuk dlm kasut..
lepas ni berhati2 laa kita ni main pakai je x perasan apa yg terselindung...
Tak kn mati cam 2 je...
aduyai...sedih, ular ne pn 1 dok melepak kat kasut 2 sape soh..
xpsl 2 nyawa mlyang..
Kisah benar?
Malang tak berbau. Maut di mana-mana.
kena sentiasa berwaspada
kasut tu comel sgt :)
Qada' dan Qadar Allah menentukan segalanya. Tapi sebagai manusia kita berhati-hati.
Buat hati kakak sayu baca part2 ini.:(
bahayanya...!!!!
Memang sedih laaa kan... Sebenarnya perbualan dalam cerita ini WuMing yang tambah..
Tapi memang ini lah kisahnya...
Nama dan watak juga adalah tiada kaitan dgn yang sebenar...
Berhati-hati & check dulu sebelum pakaikan anak kasut..lagi elok simpan di tempat yang elok susah binatang nak menyelinap masuk..minta dijauhkan.
sedey.. kena lbh hati2 lah lepas ni.. :(
terkejut bile dpt tau ni kisah benar..bahaya kan klu x check dulu,mintak dijauhkan la
wahhh pengajaran nikh..patut di ambil perhatian...
sedihnya.. mmg kena berhati.. minta di jauhkan hendaknya.. Salam kenal yer.. Thanks sudi singgah di blog saya..
sebelum pakai kasut tengok2 lah dulu .. bahaya tu
sedihnya....erm len kali nak pakai kasut kena check segala macam dalam kasut tu...
aduh... tak tahu nak kata menda.... fobia mak dia...
lama tak menyinggah di sini (^_^)
harap cik suha masih dlm ingatan hehe
ada pengajaran cite ni..supaya kita berhati2...selain tu katak pun suka duk dlm kasut...
bila tibe masenya, atas apa jua sebabnya, maut itu datang.. x sesaat lambat dan tak sesaat cepat..
kena tgk kasut anak lain kali ni...seram rasanya
Post a Comment