SELAMAT TAHUN BARU 2015

Tuesday, December 20, 2011

TEGURAN IBUBAPA



Kepada rakan-rakan… WuMing mohon maaf banyak-banyak. Ramai yang WuMing tak dapat terjah balik. Sebab itu WuMing kurang buat post baru…
Nanti orang kata WuMing sombong… ada masa buat entri… tapi tak da masa komen kawan-kawan..
WuMing betul-betul malu. Kerana itu WuMing simpan saja entri… tak mau post…



Tuesday, December 13, 2011

MEMBESAR DENGAN SELAMAT

Image:Google

JIKA INGIN MEMBESAR DENGAN SELAMAT
HARUSLAH BIJAK UNTUK MEMPELAJARI
DARI KEADAAN SEKELILING

DIAM


Monday, December 12, 2011

KALAU DAH PUNYAI BAKAT





Semua gambar adalah Ehsan dari GOOGLE...He..he..he..

  Kalau lah aku pandai macam dia ni... dah laa cantik.. pandai lukis pulak...


Friday, December 9, 2011

MARAH


Imagi:Google

Ketika kali pertama aku memegang tangan kekasih ku.. Dia tarik tangan dengan marah. Alasannya kita baru kenal.
Dia marah sekali lagi ketika aku beri kucupan yang pertama di pipinya yang gebu. Sambil kata aku gatal…
Dia sangat marah dan betul-betul marah apabila aku beritahu kita sudah tidak sehaluan lagi.. Kita harus membawa haluan masing-masing.
Kini semua itu telah menjadi kenangan… Aku tersenyum sendiri bila terkenangkan kisah lampau…







Sunday, December 4, 2011

SAGA FLX SE





HARGA 49,XXX.XX

Monday, November 28, 2011

AJARAN IBU DAN BAPAKU


Image:Google

  • Ibu dan bapa ku selalu mengajar ku nilai wang tetapi tidak pernah mengajar aku untuk menjadi seorang yang tamak.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar aku agar berjimat cermat tetapi mereka tidak pernah mengajar aku menjadi seorang yang kedekut.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar aku agar menyintai diri sendiri tetapi mereka juga mengajar aku agar menyintai orang lain.


  • Ibu dan Bapaku tidak pernah mengajar aku untuk mengaku kalah tetapi mereka juga mengajar supaya menerima kekalahan.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku agar bersabar tetapi mereka juga mengajar ku agar tidak ada siapa membuliku.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku agar menjadi tekun dan sentiasa berusaha tetapi mereka tidak pernah mengajar aku menjadi seorang yang terlalu taksub.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku supaya menjadi seorang yang tenang tetapi bukan seorang yang lemah.


  • Ibu dan Bapaku tidak pernah mengajar aku menghina siapa kerana semua orang adalah manusia yang sama taraf.


  • Ibu dan Bapaku mengajar aku agar sentiasa jaga kebajikan diri sendiri tetapi jangan lupa pada kebajikan untuk semua.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajar ku agar terus maju ke hadapan tetapi jangan lupa pada asal usul.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajarku agar mencari kebahagiaan untuk diri sendiri tetapi jangan lupa pada batasan yang ada.


  • Ibu dan Bapaku selalu mengajarku agar jangan percaya kepada orang asing tetapi jangan menjadi seorang yang kuat curiga.


  • Ibu dan Bapaku mengajarku agar mempunyai impian dan usaha supaya impian itu tercapai.


  • Ibu dan Bapaku mengajar ku supaya percaya tetapi bukan menjadi pak turut.


  • Ibu dan Bapaku mengajarku menjadi seorang yang berani tetapi jangan menjadi seorang yang terlalu yakin pada diri sendiri(over confident)


  • Ibu dan Bapaku mengajar ku menjadi seorang yang sentiasa bersaing untuk Berjaya tetapi bukan seorang yang penuh dengan hasrat dengki.