Ramai yang tak tahu aku menjalani satu
perniagaan secara “part Time”. Aku bukan saja tidak Berjaya. Malah aku pula
selalu ditegur oleh pelanggan-pelanggan aku. Aku rasa tak boleh panggil
pelanggan kot... Kerana mereka tak pernah buat sebarang pembelian pun.
Aku tak tahu laa apa kekurangan aku. Aku
memang jujur dan rajin. Tapi tak juga Berjaya. Aku tak pernah pun boleh jual
walaupun satu botol produk itu.
Sebagai pengetahuan korang… Aku sedang
menjual satu produk kesihatan. Makanan kesihatan yang membantu meningkatkan
daya ingatan.
Mari kita baca salah satu situasi yang pernah
aku jumpa.
WuMing:
Selamat tengah hari Bang…
Prospek:
Selamat Tengah Hari.
WuMing:
Nama saya WuMing… siapa nama Abang?
Prospek:
Zainal…
WuMing: Ok…
sebenarnya.. saya ada mengedar sejenis produk kesihatan. Iaitu makanan
kesihatan yang baik untuk meningkatkan daya ingatan kita.
Prospek:
Ooo.. gitu… Apakah bahan-bahan yang terkandung dalam satu-satu tablet itu?
WuMing:
Hah….nanti saya tengok…ada tercatat dalam buku ni..Pagi tadi saja saya dah
tengok…
Prospek:
Tak apa..tak apa… Produk ini berasal dari negara mana?
WuMing:
Dari… dari…Err…Err…dah tak pasti pulak dari Jepun atau dari Taiwan… Tadi saja
baru baca dari buku ni…
Prospek:
Biarkan..biarkan…Berapa harga satu botol..
WuMing:
Nanti saya tangok buku…tak pasti pulak RM50 untuk 1 botol atau RM10 untuk 5 botol dah..
Prospek:
Adik..Adik dah tenat dah ni… Abang cadangkan adik berhenti laa makan Makanan
kesihatan ini… Nanti bukan saja adik akan
lupa jalan balik rumah… Nanti lama-lama nama adik sendiri pun tak ingat dah…
WuMing: Terima kasih Bang...Err apa nama abang tadi?
Prospek:........................................
Prospek:........................................






