SELAMAT TAHUN BARU 2015

Sunday, May 29, 2011

Dollar Dan RM

US Dollar


RM - Ringgit Malaysia
Korang tau tak apa perbezaannya… Tentu sekali ejaannya betul tak?… Kih…Kih..Kih…. Lawak saja. … Jangan marah……
  Tentu semua orang tahukan? Ini adalah matawang. Matawang adalah sama dengan nama. Orang cina panggil ker, orang melayu panggil ker,orang siam panggil ker, orang Eskimo panggil ker sama saja. Kalau nama Aku WuMing. Panggilannya tetap sama, walau orang bercakap  dalam bahasa apa pun. Cuma slanknya saja berbeza sikit.
  Ini aku ada cerita sedikit  pengalaman aku tentang orang salah guna matawang ni.Atau guna tak kena tempat.. Aku pergi ke satu kedai beli berus lukisan. Memang aku minat melukis. Saja jer buat koleksi peribadi. Aku capai satu berus yang aku hendaki dan terus pergi ke kaunter dan tanya berapa harganya…
  Dengan selamba saja tuan kedai itu jawab “Two Dollar”dengan slank Bollywoodnya.. Hoi… aku kat Malaysia lah… Mana ada orang beli barang pakai Dollar. Kita pakai RM lah atau Ringgit Malaysia.
  Itulah… kerana taksub sangat nak berlagak cakap orang putih. RM pun dia boleh suka-suka tukar. Adakah mereka tahu bahawa itu adalah matawang. Nilainya pun tak sama tau?!!
  Aku nak tergelak juga kadang-kadang. Aku memang tak pandai lah berbahasa enggeris ni. Tapi sekurang-kurangnya aku tak cakaplah kalau benda itu aku tak pasti….
  Aku juga bukan nak kutuk siapa-siapa tau… Cuma aku nak share di sini supaya kita tak lakukan kesalahan yang sama kelak….
 Lain kali kalau Tiger Wood datang Malaysia, cuba kita panggil di Harimau Kayu tengok….. Mati pun dia tak tau orang panggil nama dia….    J

Thursday, May 26, 2011

Seronok Tak Terucap

  Sepasang suami-isteri sedang buat persiapan untuk pergi ke “Fancy Party” (satu party yang semua orang dikehendaki memakai costume atau topeng). Si isteri bercadang ingin menguji kesetiaan suaminya dan buat-buat sakit tidak mahu pergi ke party itu.
Isteri: Abang, saya berasa kurang sihatlah. Saya rasa tak boleh pergi ke party itu… Abang pergi seorang sajalah.
  Sedangkan dia pernah nampak costume suaminya, tetapi suaminya tidak pernah nampak costumenya. Apabila suaminya keluar saja dia cepat-cepat memakai costumenya dan terus pergi ke party itu. Apabila sampai di dalam party, dia terus mengecam suaminya melalui costumenya. Dia pura-pura tidak mengenali suaminya. Dia cuba mengoda suaminya dan keluar ke satu tempat yang sunyi dan melakukan sex. Sebelum semua orang membuka topeng masing-masing, dia(isteri) cepat-cepat lari dan terus pulang ke rumah…
Di Rumah…..Suaminya pun pulang dari party…Dan isterinya pura-pura bertanya…
Isteri: Bang…. Seronok tak party tadi…..
Suami: Gitu…gitu saja. Tak ada apa yang menarik pun… Tapi kawan yang “pinjam” costume abang cakap dia “Seronok tak terucap”
Isteri:   O_O
J

Soalan Gangguan Emosi

Saja jer aku buat entri ini. Untuk korang hilangkan boring. Soalan ini bila kita dengar macam sengaja ditanya buat kita tension saja… Tapi lawak juga kadang-kadang.
1.    Seorang lelaki berjalan di tepi pantai. Lalu dia buang kasutnya ke dalam laut.
Soalannya: Apakah akan terjadi dengan kasut itu?
Jawapan: Basah….

2.    Cuci pinggan macammana tak mau bagi tangan basah?
        Jawapan: Lepas makan terus masukkan ke dalam sinki dan biar emak yang basuh.
3.    Burung apa kepala di kaki, ekor di kaki dan kaki tentulah di kaki?
Jawapan: Burung kena pijak.

Tuesday, May 24, 2011

Hasrat Dengki Dan Cemburu

Pernah tak korang ada perasaan ini?.. Hah..?!!! Tak pernah?!!..Hah….?!! Pernah…..?!! Masing-masing dengan jawapannya. Tapi apa-apa pun diri sendiri saja yang tahu mengenainya. Kita boleh berpura-pura di depan orang. Tapi hakikat adalah hakikat.
  Mengikut kajian yang telah dibuat oleh Prof.Dr.(Tak Bertauliah) WuMing semua orang ada perasaan ini dan pernah mengalaminya. Bezanya adalah sikit atau banyak, kerap atau jarang-jarang. Itu saja. Tak ada langsung?!!!  Aku tak mau jawab disini.
  Perasaan hasrat dengki ini selalunya terjadi apabila kita Nampak orang tepi rumah beli TV baru, Kawan tukar kereta baru, rakan sekerja naik pangkat dan sebagainya. Dan selalunya kepada orang yang kita tak suka atau orang yang kita benci.
  Bagi aku lah kan… kita tak perlu pun ada perasaan ini. Tapi kalau ada pun kita perlu kurangkan dan tak perlu layan sangat perasaan ini. Perasaan ini sentiasa membakar dan membara dalam hati kita. Kerana kita akan jadi marah dan geram apabila timbulnya perasaan ini. Samalah dengan batang mancis yang membakar dirinya sendiri. Betapa panas dan terangnya pun, akhirnya batang mancis itu akan bertukar menjadi arang. Tetap akan dibuang…
  Kalau kita ingin Berjaya, kita sepatutnya berusaha keras atau berjimat –cermat. Bukan dengan lihat kejayaan orang lain dan dengki… Itu kerja orang cetek ilmu.
  Cemburu pula berbeza…. Selalunya  perasaan ini akan kita rasa kepada orang yang kita sayangi, orang yang kita rapat, orang yang kita sanjunggi dan juga orang yang kita cintai.
  Malah, kita akan berasa sedih dan menangis apabila timbulnya perasaan ini. Kita akan murung dan berdiam diri. Kita tidak berani bersuara. Kerana  ia wujud terhadap orang yang kita sayangi.
  Perasaan cemburu ini akan wujud ketika kita lihat atau tahu bahawa orang yang kita sayangi itu lebih rapat atau mesra dengan orang lain. Seperti kekasih kita berbual dengan gadis atau jejaka lain, emak atau ayah kita lebih rapat dengan adik-beradik kita yang lain dan sebagainya.
  Aku pernah terbaca orang berkata… Perasaan cemburu itu perlu untuk menambahkan lagi asam-garam dalam satu-satu percintaan, tetapi cemburu yang membuta tuli hanya mencemarkan alam percintaan itu.
   Apa-apa pun aku berharap, agar pengunjung blog ini dan pembaca setia dapat memikir dengan bijak. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan. Ini adalah niat baik aku, sebagai balasan kepada jasa korang yang sentiasa menggunjungi blog aku yang tak seberapa ini… Terima kasih…J

Monday, May 23, 2011

Perompak Yang Tak Puas Hati.


Sangat pelik….. perompak di Amerika Syarikat telefon mangsa dan menggadu, dapat hasil rompakan terlalu sikit. Dan memberi amaran agar sediakan wang yang lebih banyak lain kali.
  Agensi berita asing melaporkan bahawa Mr. Wendy seorang perompak kedai makanan segera yang memakai topeng untuk bermain ski telah membawa senjata untuk merompak sebuah kedai makanan segera. Dia telah masuk kedai tersebut yang terletak di daerah Georgia dan mengarahkan penjaga kaunter menyerahkan wang. Selepas mendapat wang itu dia terus lari menghilangkan diri.
  Polis tuan empunya kes tersebut telah memberitahu pemberita bahawa perompak tersebut(Wendy) telah dua kali telefon balik ke kedai itu. Dia memarahi pekerja yang mengangkat telefon dan berkata dia telah mendapat wang yang tidak mencukupi dari kedai itu. Dan dengan selamber Dog nya.. meninggalkan pesanan bahawa rompakan yang seterusnya dia hendak wang yang bakal dirompaknya tidak kurang dari USD586
  Ha..ha..ha.. apa-apa pun ada… Dia buat macam order kentang goreng pula….

Thursday, May 19, 2011

Muka Berminyak

  Gambar di atas ini adalah gambar Minyak Masak…. Tiada kaitan dengan entri aku kali ini. Saja aku letak..
 Masalah muka berminyak adalah masalah yang kerap terjadi pada golongan remaja.. Ini adalah kerana perkembangan Hormon sek dalam badan yang  telah merangsangkan kelenjar Minyak untuk bekerja lebih atau dengan lain perkataan “Overtime”
  Tapi golongan yang dah terlajak remaja pun masih muka berminyak.. Ini apa kesss….?!!  Ini yang masalah ni….. Ini kerana terdapat beberapa factor lain lagi yang menyumbangkan kepada keadaan ini.
  Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan muka berminyak ialah:
·         Tress
·         Perempuan yang mengandung
·         Kepanasan
·         Alat-alat atau produk-produk kecantikan yang digunakan.
  Kepercayaan yang menyatakan makanan berlemak, ais krim dan makanan bersantan itu juga menyebabkan muka berminyak adalah salah. Kerana ini adalah kumpulan lemak yang berbeza yang dihantarkan ke kulit.
  Masalah yang sering terjumpa yang berpasangan dengan Muka berminyak adalah ‘Liang roma besar’. Yang ada kaitan  dengan jumlahminyak yang dihasilkan oleh kelenjar minyak.  Dimana ia di salur keluar melalui liang roma. Jika liang roma ini tersumbat maka terhasillah “JERAWAT” yang merupakan satu lagi masalah yang merunsingkan kita.
Cara-cara memelihara kulit muka untuk orang yang muka berminyak.
1.    Hanya boleh cuci muka 2-3 kali sahaja sehari. Kerana dengan mencuci muka yang terlalu kerap akan menyebabkan keradangan pada kulit. Jika terlalu boring sangat dengan kulit muka yang berminyak, memadai dengan ambil tisu untuk lap muka berminyak (terdapat di farmasi-farmasi dan kedai ubat). Sabun cuci muka atau foam cuci muka mestilah yang dikhaskan untuk orang yang kulit berminyak. Atau guna saja sabun untuk bayi. Untuk mengelakkan kulit muka dari terlalu tegang.
2.    Moisturizing atau krim pelembab. Seharusnya cari yang oil free... Jangan salah faham. Bukan dapat minyak masak percuma, tapi bebas minyak…He..He..He.. Juga yang tidak menyebabkan liang roma tersumbat(Non Comidogenic) dan mempunyai bahan untuk melindungi kulit dari sinar UV.
3.    Make up. Bedak muka yang sesuai untuk orang yang kulit berminyak adalah bedak serbuk.Kalau terpaksa untuk pakai make-up untuk keluar majlis, digalakkan pakai dulu bedak serbuk sebagai asas. Asas make up mestilah yang menggunakan air sebagai campuran(Water Based) dan juga bebas minyak(Oil Free)
Tetapi jika telah mempraktikkan langkah-langkah di atas tetapi muka korang masih berminyak dan juga berjerawat. Korang haruslah pergi berjumpa dengan doctor. Jangan biar.. Nanti bila dah jerawat banyak… Dia akan tinggal parut yang lama… Kesiannnn…..

Tuesday, May 17, 2011

GADIS JELITA

Char Koey Teow Penang.
Hai….:)…. Aku post entry ini, mesti ada orang kata kat aku Gatai…(GATAL)… Minta maaf yer… Aku baru saja mandi… Malah pakai sabun basuh  lagiii(Untuk kebersihan tanpa WAS-WAS)
  Pagi tadi (13/05/2011) aku pergi sarapan pagi. Selepas aku check blog aku dah boleh buka, walaupun tak boleh sign in….
  Dah banyak kali aku pergi ke kedai ini… Bukan kedai lah tapi Food Court. Banyak gerai. Macam-macam ada..
  Hari ini aku pilih nak makan “Char Koey Teow”. Dah banyak kali juga aku dan member aku pergi makan kat situ… Tapi tak pulak nampak awek cun kat situ… Tapi hari ini aku terpegun tengok awek tu…. Cun sungguh…
  Char Koey Teow yang sebelum ini aku makan rasa biasa-biasa saja. Hari ini rasa sedaplah pulak. Macam tak cukup  pula satu pinggan.
  Maka timbullah satu idea nakal dalam kepala otak aku.. Aku memang macam ni… Selalu ada idea lawak-lawak. Malah  kawan-kawan masa belajar dulu, ada yang panggil aku Mr.Bean, malah mereka dakwa kelas itu akan sunyi tanpa aku…Mereka kata… Bukan aku yang kata…..
  Ok… masuk balik cerita kita….Sekarang time nak bayar. Aku panggil awek tu. Tunggu line clear dulu agar mak dia tak kacau daun… Ihik…Ihik…. Terror tak aku…?
  Perbualan aku dengan awek itu lebih kurang begini…
Aku: Dik… Dik…
Awek itu terus datang dekat meja kami… Sebelum dia beritahu berapa harga, aku tanya dia dulu..
Aku: Dik… Boleh tanya tak?
Awek Cun: Boleh…
 Dengan selamba aku bertanya…sambil hulurkan wang RM5
Aku: Kenapa adik ini cantik sangat?
Awek Cun: Hah?......
Aku: Kenapa adik ini cantik sangat?
  Awek itu senyum tersipu-sipu sambil pergi dari situ tanpa sebarang jawapan…..Jangan kata aku jahat tauu… Aku tak niat apa-apa. Cuma nak beri pujian saja… Tapi ikut cara aku lah…..He..He…He..
  Tapi ingat… Kecantikan pada luaran itu tak kekal. Budi pekerti seseorang itulah yang kekal abadi…Seorang suami atau isteri itu tidak semestinya segak bergaya. Tidak perlu cantik menawan… Asalkan dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik… Itulah yang akan menggekalkan kebahagiaan sesebuah keluarga itu……