SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, March 19, 2012

TUTUP KESALAHAN DIRI SENDIRI


Image:Google
ADA ORANG YANG TAKUT ORANG LAIN MEMBONGKAR KESALAHAN DIRINYA,
LALU MELINDUNGI DIRI SENDIRI DENGAN MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN.

  Banyak orang, banyak ragamnya. Korang ada tak rakan sekerja yang suka cerita tentang keburukan orang lain. Adakah korang terus percaya padanya, atau akan berwaspada untuk bergaul dengannya?
  Aku pernah jumpa orang seperti itu. Dia tidak pernah cerita tentang kebaikan orang lain. Semua orang, ada saja yang tak kena. Tapi apa yang aku lihat. Dia punyai ramai kawan. Mereka percaya padanya.
  Pada hakitatnya, dia juga akan cerita keburukan kawannya pada orang lain. Keluar denga Ali, cerita tentang keburukan Abu. Keluar dengan Abu, cerita pula tentang keburukan Ali.
  Bagiaku, aku takut dan curiga pada orang seperti itu. Orang yang datang cerita tentang keburukan rakan sekerja yang lain pada aku.
  Aku akan tertanya-tanya.. Apakah cerita yang dibawa bila dia keluar dengan orang lain. Pada ketika itu aku tidak bersama mereka.
  Sudah semestinya aku lah bahan cerita pada hari itu. Dan mengikut sejarah… dia tidak pernah cerita tentang kebaikan orang…
  Namun berapa ramai yang sedar tentang itu. Kebanyakan orang akan percaya bulat-bulat. Malah menggangap dia adalah orang yang baik. Kerana beri amaran tentang tingkah laku orang lain..
 Sebenarnya kita tidak boleh cari keslemahan kawan kita. Kita cari kebaikan mereka. Kerana kita juga banyak kelemahan.
  Orang seperti ini sebenarnya sedar tentang keburukan diri sendiri. Tetapi cuba menutupinya dengan kesalahan orang lain.



16 comments:

Izwa Kamaruddin said...

mcm mcm org ade...

Anonymous said...

bak kata pepatah, cermin2 diri dulu sblm mencerminkan diri org lain...

kalau xde cermin, p beli cermin yg besar gedabak telek diri puas2...hehehe dah lain maksud pulak :P

lia said...

kat opis ni mmg ada org gitu... mmg avoid abes tp kdng2 x ley lari, dgr jer tp x percaya

Unknown said...

:) jgn buka pekung di dada...kata orang melayu

Ckin Kembaq said...

mendedahkan keburukan org lain, dikiran mengumpat kan.....yg mendngar pun salah, yang memberi pun salah.......hakikatnya, mungkin dia tak suka sebut kebaikan org lain..mungkin...mungkin satu hari nanti dia akan berubah...who knows...?sama2 doakan naa.. ^_^

faraherda.razalan said...

Betullah kate Wu Ming, byk org byk ragam...

misya said...

org macam ni susah nak kenal perangai nya

Anonymous said...

kat semua ofis ade kot org mcm tu. aku doa aku bkn org mcm tu da le :)

Eye_nee said...

betul tu wuming.....tak segan silu umpat keburukan org lain...sdgkan diri sendiri sebaik munkin sorok kan kejahatan..org jenis begini kan wuming suatu hari nnt akan timbul dgn sendirinya keburukan dia..percayalah...akk sedang meyaksikannya kini....

sudipVSsenduk said...

dia takut pd bayang-bayang sendiri sebenarnya...

Akue Achik said...

naunzubillah....minta dijauhkan dr bjumpa dr org mcm tu..Amin..

sy tak tahu ada ke tak org mcm ni kt skiling sy..

tp fakta ni mmg mnakutkn..

buat sy wondering je....huhu

Unknown said...

kutuk keburukan org lain tp xsedar keburukan diri sendiri..huhuhu..pelik kenape masih ad ramai yg percaya dgn die..

Zehan Ilyana said...

takpernah lagi jumpa org macam ni...hurm..mcm2..


p/s: wuming, saya taknak buku hutang...:p

Unknown said...

lebih kurang mcm menunding satu jari kat orang lain,4 jari menunding kat diri sendiri... :)

Mak Wardah said...

Macam2 manusia ada. Sanggup fitnah orang lain nak tutup kesalahan sendiri siap backstab.

mama aini said...

macam2 perangai & ragam manusia ni..org2 yg begitu adalah org2 yg takut pada bayang2nya sendiri..hukk2x..