Seorang
pemuda yang berusia 25 tahun merupakan seorang yang periang. Hari-hari dia
tidak pernah buat apa selain dari berhibur dan deriadah bersama kawan-kawannya.
Dia tidak pernah ambil peduli apa yang
dilakukan oleh ibu dan bapanya. Dia tidak pernah teringin hendak menolong ibu
dan bapanya. Tidak pernah juga ingin belajar bagaimana ibu dan bapanya mencari
wang.
Dia rasa itu semua tidak penting. Kerana
harta benda yang dicari oleh ibu dan bapanya sangat banyak. Harta dan kekayaan
itu tidak akan habis walau pun dia tidak akan
bekerja seumur hidupnya.
Suatu hari Pemuda itu pergi beriadah dengan
kawan-kawan nya di dalam hutan. Semasa dalam perjalanan. Mereka telah terpisah
dan pemuda itu tersesat.
Dia terus berjalan walaupun hari sudah hampir
gelap. Perut semakin lapar. Badan pula letih. Semasa dia berjalan dia ternampak
lampu samar-samar seperti rumah orang. Dia menjadi semakin bersemangat untuk
berjalan menuju kearah lampu itu.
Rumah itu milik sepasang suami isteri yang telah
tua. Selepas berbual dan bertanyakan asal-usul. Pasangan itu membenarkan pemuda itu untuk menumpang di
rumah mereka.Selepas mandi , pemuda itu pun diajak untuk makan malam bersama. Pemuda
itu berasa sangat puas hati. Dia pun masuk tidur dengan nyenyak.
Keesokan hari pemuda itu pun bangun awal-awal
pagi. Selepas mandi dan bersiap untuk bertolak pulang ke rumah. Pemuda itu pun
menggucapkan terima kasih kepada pasangan itu.
“Terima kasih Tok.. Tok tak kenal pun saya,
tapi tok dah beri saya makanan dan tempat tidur pada saya.
“Tak
Usah nak berterima kasih nak. Balik lah
terima kasih pada kedua-dua ibu dan bapa kamu. Atok Cuma beri makan kamu satu
kali saja. Hanya beri tempat tidur kepada kamu satu malam sahaja. Tapi ibu dan
bapa kamu telah sara hidup kamu sepanjang hayat kamu. Beri segala-gala kepada
kamu.” Jawab orang tua itu.
Moral dari cerita ini
adalah: Kita mudah sangat berterima kasih kepada orang luar. Walau hanya sekali
mereka membantu kita. Tetapi ibu dan bapa kita telah beri segala-galanya kepada
kita. Kita masih kurang menghargai mereka. Sebelum segala-galanya terlewat.
Lakukan lah sesuatu untuk ibu dan bapa kamu…
19 comments:
cerita penuh makna..
p/s: len dah blog ni ea..tema merah..cntik.
:(
utamakan ibu bapa :)
Mana Wu Ming dpt cite2 hebat mcm nie? Mmg cool!
fuh,
agak touching cerita ni. selalunya mmg begitu. Hurm. ibarat, lari dengan bf ke apa, sanggup kahwin lari kerna tiada restu keluarga. Sedangkan ibu bapa itu yang utama. tak besar kita, tak lah pandai bercinta kan? hu
terima kasih atas peringatan..
:)
NICE STORY.... mula2 tu ingatkan dia ditimpa perkara buruk baru nak ingat mak bapa... rupa2nya jumpa org lain yang beri kesedaran...
nice story..peringatan utk semua :)
kne ringan2kn mulut...say thanks kat semua org tak kira sape pun =)
wa, atuk itu telah menyedarkan dia, huhuhu
btl..sebanarnye mak ayah lah yg dah banyak berkorban tuk kita selama ni..
saya sayang mak ayah saya..hehehe
herm..betul jgk tu...
touched...erm,sebelum segalanya t'lmbt...ble da t'lmbt ta gune menyesal kn?
pengajaran yg bermakna, part2 menenyentuh ibubapa nie yang aku tacing. aku minta jauh dari jadi anak derhaka je.amin
mmg begini lah selalunya....dgn org lain tak berkira nak mengucapkan TQ tu...bila dgn kuarga sendiri..bagai terkunci mulut...BERUBAH KENA BERUBAH....
kene renung2kan.ape2hal keluarga jangan sesekali letak tepi..bila susah family dulu yang datang tolong
~~Betullah WuMing...;-)..rindu kat mak ngan abah...
sama2 kita saling mengingati,,
nice to meet you darl :)
Thanks WuMing !!!.. entry ni mengingatkan supaya menghargai ibubapa kita..
Post a Comment