Image:GooGle |
Setelah
korang baca habis entri ini. Pandangan korang tentang Pisang Berangan akan
berubah. Korang baru akan tahu pisang ini bukan dimakan untuk steam atau Berangan.
Di sini aku akan bongkarkan kebaikan dan
keburukan Pisang Berangan ini.
Dalam
pisang berangan ini mempunyai 3 jenis gula yang baik untuk kesihatan badan
manusia iaitu
- Sukrosa
- Fruktosa
- Glukosa
Di bawah ini ada beberapa kebaikan jika kita
mengamalkan makan Pisang Berangan
- PENYAKIT MURUNG YANG DISEBABKAN OLEH STRESS
Tubuh badan
kita akan mengubahkan unsur Tryptophan, Protien dan Asid Amino dalam pisang
kepada Serotonin. Serotonin inilah akan
menyebabkan tubuh badan kita berada dalam keadaan relax. Maka kita akan berasa
lebih ceria dan mood kita akan lebih baik.
- PMS (Sindrom Premenstrual)
Selalunya
wanita akan ada perubahan mood sebelum datang Haid. Mereka akan menjadi lebih
cepat marah. Ada petanda-petanda awal sebelum datang haid seperti sakit perut,
sakit kepala dan sebagainya.
Makanlah pisang berangan dan korang akan
lupakan terus ubat tahan sakit atau Paint Killer…
- ANEMIA
Zat besi
dalam pisang akan membantu badan kita untuk menghasilkan Hemoglibin darah.
- TEKANAN DARAH
Unsur Kalium dan Garam dalam pisang berangan
membantu untuk mengurangkan risiko kepada penyakit tekanan darah. Malah di
sokong oleh US Food and Drug
Administration.
- MENINGKATKAN KUASA OTAK
200 orang
pelajar dari Universiti Twikhenham Middlesex di England mendakwa mereka
merupakan pelajar cemerlang dengan hanya mengamalkan bersarapan pisang berangan
di sebelah pagi dan sedikit waktu makan tengahhari. Nanti aku nak makan satu
tandan satu hari….Muahahahaha
- SEMBELIT
Ia dapat
membantu dalam system penghadaman dalam badan.
Dan banyak
lagilah kebaikan dari Pisang Berangan ini. Jadi tak rugi jika kita
makan pisang berangan kerana hanya satu atau dua biji, ia member khasiat yang
begitu banyak.
Aku taip
panjang-panjang sangat pun, nanti korang tak baca pula…
KEBURUKAN
DARI PISANG BERANGAN
Seperti kita tahu. Setiap kebaikan ada
keburukannya. Pisang Berangan ini juga tak terkecuali. Ia juga ada
keburukannya, walaupun tak banyak.
- KEBURUKAN PERTAMA
Seperti kita tahu Pisang Berangan bukanlah
rumput. Jadi kita kena tanam baru boleh makan.. Jadi tanamlah di depan rumah
atau belakang rumah.. Jangan tunggu dia tumbuh sendiri.
- KEBURUKAN KEDUA
Pisang Berangan
ini juga bukan seperti daun kering. Dia tak datang rumah kita bersama tiupan
angin. Jadi kenalah beli…
Ok.. itu
saja keburukan dia…..
17 comments:
saya tak suka pisang tp somi suka tanam2 pisang. dari tak suka dan terpaksa skrg dah jadi sukaa...sukaaa...sangat...
saya sangat suka makan pisang.
banyak potasium
bagus info tentang kebaikan pisang berangan tu..ha2x..yg mama tak bolh tahan dr nak gelak..keburukan dier tu !!!.. :)
mane2 pisang memang banyak kegunaannya dr segi kesihatan. ekeke :P
sedapnyer..ca kalao beli seikat, boleh habsi kan sorang tau..haha..tapi bukan dalam satu masa la..sbb mmg suka sangat.. ^^
Hahahahah! Cerita psl keburukan tu mmg lawak gila!
...eh, tertinggal. Lawak sbb WuMing cite selamba. Tapi pisang ley bt ulser mulut kita jdk pedih. Ouch!
nak diet pow elok makan pisang gituew...mmg byk khasiat
salam.. cara entri ini disampaikan sgt menarik.. ;)
.. buah tempatan ni byk khasiatnya.. semoga pembaca terbuka 'pandangan' setelah membaca n3 ni..
pandai plak awk wat lawak yg buruk pasal pisang tu ek...hehe
suke mkn pisg emas... pisg ni xtau la ade mkn ke x..hee
bab sembelit, pisang ni memang berkesan! hehe
wah, byk jgak khasiatnya eh, guwa dah mula berangan makan pisang ni..
ahahahahahah
xD
suka pisang tapi lama dah tak makan sbb sejuk=)
hehe boleh tahan gak wuming ni ek bab melawak?
apepon,pisang bukan xelok tok mereka yg nk diet sbb bnyk serat (^_^)
pisang. salah satu makanan yg wajib dihidangkan pada dewa dewi agama toisme, sebab sifat pisang yg dikatakan senang membiak. amat bersesuaian dgn budaya orang cina yang mementingkan keterusan keturunan keluarga dia.
seseorang wanita dlm keluarga orang cina harus/wajib beranak utk mengekalkan susur galur keluarga. sebab tu, pisang menjadi pilihan utk dihidangkan kpd dewa dewi toisme supaya p'mohonan mereka agar wanita dlm keluarga menjadi cepat membiak spt sifatnya pisang termakbul.
tu je nak kongsi. hehe.. <3
langtoi betoi keburukan dia tuh... hahahaha
Post a Comment