SELAMAT TAHUN BARU 2015

Sunday, September 25, 2011

8 JENIS MAKANAN YANG WANITA TAK PATUT TINGGAL



Image:Google
Pertama: Susu
  Susu adalah makanan yang kaya dengan sumber Protien dan Kalsium. Badan wanita memerlukan Kalsium pada kadar yang lebih tinggi dari lelaki untuk memelihara kesihatan tulang(Terutama ketika mengandung, menyusu bayi dan selepas putus Haid). Juga untuk mengelak masalah Osteoporosis di kemudian hari. Jadi wanita digalakkan untuk minum susu sekurang-kurangnya 2 gelas sehari. Pilihlah susu yang rendah lemak.

Image:Google
Kedua:Yogurt
  Yogurt mempunyai Bakteria yang membantu system Imun badan kita untuk berjalan dengan lebih sempurna. Tetapi Yogurt haruslah yang asli. Yang tidak mengandungi awetan buah-buahan dan gula tambahan. Kerana bahan-bahan ini bukan sahaja boleh mengemukkan, ia juga boleh membahayakan kesihatan.

Image:Google
Ketiga: Minyak Zaiton
  Ia mengandungi Lemak tak tepu yang berfaedah kepada kesihatan kita. Ia membantu mengurangkan Kolesterol-Kolesterol LDL dalam arteri. Di mana ia merupakan Lemak berbahaya yang ada dalam arteri kita.
  Ia membantu mengurangkan risiko saluran darah tersumbat. Malah ia mengandungi Vitamin E dan bahan Antioksidan yang membantu untuk menyegarkan warna kulit.

Image:Google
Keempat: Biji Bunga Matahari
  Yang sangat kaya dengan Vitamin E dan bahan Antioksidan. Di mana bahan ini akan membantu mengurangkan kadar kedutan atau memperlahankan proses penuaan pada kulit. Jadi ia membantu untuk kulit kelihatan cantik dan berseri.
  Kandungan Vitamin E juga membantu menghilangkan parut-parut pada wajah kita.

Image:Google
Kelima: Brokoli
  Sayur yang lazat ini mempunyai Vitamin C, Kalsium dan zat Besi. Yang merupakan zat-zat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.
  Selain dari itu, ia mempunyai kandungan serat makanan yang tinggi, yang membantu dalam proses penghadaman dan pembuangan.
  Yang penting Brokoli itu tidak perlu dimasak dengan keterlaluan. Kerana pemanasan yang melampau akan merosakkan atau menghilangkan zat-zat makanan yang ada.

Image:Google
Keenam: Tomato
  Sebagai satu sumber Beta Karotena, Vitamin C dan bahan Antioksidan. Membantu organ-organ dalam badan bertugas dengan lebih sempurna, terutamanya system pencernaan. Kajian mandapati bahawa makan tomato (segar berserta kulit) boleh mengelakkan risiko mengidap kanser payudara.

Image:Google
Ketujuh: Tauhu
  Merupakan sumber Protien tumbuh-tumbuhan. Mempunyai lemak yang kurang tapi kandungan Kalsium yang tinggi. Sangat baik untuk system pencernaan. Baik untuk kesihatan perut juga memberi keselesaan pada perut.
  Selain dari itu ia juga membantu untuk menyeimbangkan Hormon Estrogen dalam badan.

Kelapan: Air Bersih
  60 % dari bahagian badan adalah terdiri dari air. Maka air adalah merupakan keperluan asas untuk system dalam badan kita berfungsi.
  Kita perlu minum air sekurang-kurangnya minum air sebanyak 8 gelas sehari.

Di atas adalah 8 jenis makanan asas yang kita perlu untuk mengekalkan kesihatan badan kita..

Selamat mencuba…dan cantik selalu…
  

41 comments:

Unknown said...

semua da makan kecuali minyak zaitun,biji bunga matahari tu,,,apelah rasa eh....hehe

lia said...

smua d atas adlh fav.... tp biler ada anak, smua pon belikan utk anak sampaikan ibu nyer healthy food terabai ;p

Mek Nab said...

Da 23thun idop kat dunia..susu & santan sy mmg xblh minum @ makan..:D

dhiera zainudin said...

brokoli is my favourite!! air suam pun juga~

L said...

kene tunjuk kat bakal bini ak nieh.. huhu

jom kita solat?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-2.html

Anonymous said...

useful tips. thanks for sharing. mesti wife ko yang bagi tips tips ni kan.kan.

Cheritera Kami said...

wa xlalu nak minum susu putih

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

blog uols okeeee ngeeee
tips yg bagus dan selalu mkn dan minun kt cini ngeee

WuMing said...

Cik Azizah
Kuaci laa Cik Jijah oooo


@lia
Inilah pengorbanan


Cahaya Mata @ Nurul Are Inn
Hmm...

@dhiera
Bagus laa tuu


@L
Hah... best...


@Hanie_Dew

tak lah...Dari konsi e-mail

@KSWSK
Memang ada orang tak suka minum susu


@☆*♥L@dy @yU♥*☆
Kih..kih..kih..

cik kartun said...

waa..thnks kongsi..semua bnde CK leh telan..tapi tang susu uh lum sampai ank tekak dh terkuar balik hihi

EyqaLuvender said...

wuming ni sume psl pmpuan die expert..haha
nway.nice info ;D

merahitujambu said...

thanks info..suka sgt dpt info cmni

JunAina said...

6 dari 8 merupakan kebiasaan...lepas ni kena beli minyak zaitun simpan...dan mana nak dapat biji bunga matahari tu...ermmm...makan kuaci?

Anonymous said...

owg laki xperlu ke mknanan-mkanan ni..?

eh..cam inocen jer soklan ni kan..?HAHA~

TENKS.. info yg bgus ;)

Akue Achik said...

bt msa skg cma air bersih ja yg sy mmpu amalkn..huhu

Wuming said...

@Cik kartun
Ramai tak suka minum susu laa.. Baru taw plak

@EyqaLuvender
He..he..he.. Tak perasan plak

@merahitujambu
Tq Gak

Just Mini Love said...

thanx letak ieyza kat bloglist..
ieyza dah letak dah link blog nie kat bloglist ieyza.. ;)

TEMPAHAN TIKET UNTUK KE DUNIA BARU ?

Hana Soffelia said...

Dalam banyak2 senarai makanan kat atas hanya 4 je yg Hana amalkan iaitu susu, yogurt, brokoli dan air putih. Yg lain kurang tmbh2 tauhu, langsung xmkn. Btw, tq WuMing. ^_^

Amyra said...

nice tips....
tapi yogurt 2 smpai sekarang x bleh diterima tekak.... :(

Anonymous said...

wuming, entry aku berat seblah ke. harus la sebab aku kan pompuan.mmuahahahahahaha...

intanrh said...

sume mkn kecuali mnyak zaitun :)

Kakzakie Purvit said...

Dari 8 itu yg jarang kakak makan yogurt dan biji bung matahari.... Lain semua kakak consume selalu...

Still alive said...

kite suke..yogurt n tomato:)

Unknown said...

ooooooooo yeker...hahaha kalau mcm tu pernah la makan..tp yg da siap bubuh perisa tu..kihkihkih

Unknown said...

yg lain boleh terima lagi tp tang susu tu payah skit la....

budakijaupendek said...

nice info WuMing (:
dari senarai diatas sy kurang gemar dgn susu dgn yogurt je.

Faz.M said...

tq for sharing..semua pun blh mkn..tp, tu la susu mahal la skrg..heheh..

Dinas Aldi said...

Saya sangat suka susu dan yoghurt dan tomato dan tauhu dan air kosong. Yang lain2 tu kena belajar terima pelan2 la nampaknya.

kathy said...

minyak zaitun tu je x penah try lagi..

ciK LyndaWawa said...

saya suka makan tomato..bleh melicinkan kulit..oyeah...=]

Jue said...

thx beb for the info. antara smua tu, aku suka tauhu & air je hihihi

Ijah EmoTemo said...

wah info menarik ni!

Razil Tahir said...

I also eat them!!!
kecuali minyak zaiton ngan biji sunflower...
pasnie carik.. thanks for sharing!! XD

Zul fattah said...

air je yg aku boleh amal.. yg lain semua kelaut

So Shy Lady (SSL) said...

smua feveret akak kcuali susu heheh
sminggu ada la 2x mnum

Zana Adieyza said...

zana kurang suka tauhu, tp zana akan cuba belajar untuk suka makan tauhu.. hihihi..

thanks sbb sudi share info ni..

Run Away said...

waaa...napa...kepci...ngan pizza ta tersenarai neh..huh.....;p.../...nice info..thanks...;d

nini said...

sangat suka makan tauhu...peberet tu...=D

mama aini said...

bagus info ni!!..thanks WuMing..

emarieys said...

akak tk minum susu malah air dicampur dgn susu pun tidak minum

LaLaLovy said...

thanks for sharing! like sejuta kali.. =)