SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, June 16, 2011

Hati Dan Perasaan Orang Lain



Hati Dan Perasaan Orang Lain
Pernahkah Anda Menjaga Hati Dan Perasaan Orang Lain?
Ketika ada masalah dan berada didalam ketegangan,
Pernah tak anda hirau tentang  perasaan orang lain?
Pernah tak fikir tentang hati mereka dan juga diri sendiri?
Atau hanya biarkan saja kerana mereka tidak terlalu berharga untuk kita fikirkan?

Ambil berat tentang hati dan perasaan orang lain bukanlah satu kelemahan tetapi satu kebaikan..

Bukan kekerasan tetapi keteguhan.
Bukan satu kekalahan malah satu kemenangan  yang besar.

Engkau pujuklah aku dahulu, engkau tegurlah aku dahulu,
Masing-masing penuh dengan perasaan ego..
Akhirnya masing-masing bertukar jadi seperti batu.

Ketika pedulikan orang lain, kita telah mula menunjukkan kelembutan dan kebaikan,
Ketika pedulikan orang lain, kita telah mula berubah,
Ketika pedulikan orang lain, kita telah mula untuk memaaf,
Ketika pedulikan orang lain, kita telah mula senang untuk berkawan,
Ketika pedulikan orang lain, akhirnya orang lain akan menjaga dan ambil berat tentang hati dan perasaan kita.
Perasaan ini juga umpama seperti pokok yang hidup. Jangan dibiarkan dia tumbuh sendiri. Mesti jaga. Seperti pokok juga, dimana ia perlu selalu disiram dengan air. Udara yang mencukupi, juga tidak ketinggalan cahaya matahari.
Renungilah….



14 comments:

tucintiut said...

..sangat bersetuju...ketika hati marah semuanya tidak dihiraukan...tp dgn sedikit kemaafan pasti keegoan itu akan kalah.....

Anonymous said...

hurmmm.. setuju.. sungguh mendalam maksud ceciter kali nih... ^^

farhana said...

kadang-kadang nk jage hati orang lain ley jadi suatu perkara yang menyakitkan hati. sebab hati dan perasaan mereka je yg nk kne jage...diri sendiri depan2 diperlekehkan..bila nk jawab balik kita tak mau hati mereka2 ni terasa pulak..makan hati lagi...ape yg kita fikirkan tak sama seperti mereka2 fikir...hmm..

WuMing said...

@tucintiut
Sebab semasa kita marah.. kita talah hilang kewarasan..

@She's Gee
Trima kasih..

@Farhana
Memang betul... tak semua orang berfikiran seperti entri ini.. Orang yang terlalu degil itu.. Kita biarkan saja... Jauhi dari mereka tanpa perlu bergaduh..Jangan campurkan intan permata dengan serbuk kaca...

Unknown said...

selalu kita je jaga hati org lain..tapi org tak pernah nak jaga hati kita...

huh kebanyakan ego..tak rugi pon mgambil berat..huhu

Anonymous said...

hurm..bicara tentang hati & perasaan ni tlalu subjektif laa..kdg2 kita tlalu prihatin kat org lain smpaikan kita sendiri yg makan hati..kdg2 kita ni tlalu ego utk mengambil berat ttg org lain sbb kita rasa ianya tidak perlu..dan kdg2 perasaan utk menjaga hati org lain kian pudar kerana org2 sekeliling tidak pernah nk menjaga hati kita... hurmm entahlah..pengalaman mengajar ku erti kehidupan!!

fyna ahmad said...

nice...
:)





jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/
:)

Mawar Berduri said...

hati dan perasaan benda yang subjective. cuma ikhlas untuk memujuk dan menerima saja yang akan menang antara dua manusia ego.

Unknown said...

kalau nak diri kita tak disakiti
jangan sakiti orang lain
indahnya madahmu

Anonymous said...

wuming cepat join segmen ni...hehehhe... mesti join ok!!!!!

http://lindahery.blogspot.com/2011/06/jom-request-doodle-percuma.html

sarah mohamad said...

masing2 ego nak tegur dulu, last2 jadik tak bertegur sapa kan.

myzziema said...

kadang2 manusia tak semuanya perfect. kadang2 ada jugak perasaan nak marah, kecewa dan sebagainya. bergantung kepada individu tu sama ada boleh kawal ataupun tak :)

Ctnurkhijah said...

sory mencelah disini...

ct tak jumpa entry "Naufal N Nureen 2nd Giveaway" di blog ini... link yang diberi pun bukan link terus ke entry penyertaan.. banner disidebar pun tiada....

misscha said...

setuju dengan phrase ni...siapa yg nk beralah dulu?

"Engkau pujuklah aku dahulu, engkau tegurlah aku dahulu,
Masing-masing penuh dengan perasaan ego..
Akhirnya masing-masing bertukar jadi seperti batu."