SELAMAT TAHUN BARU 2015

Friday, June 17, 2011

Hati Dan Perasaan Orang Lain - Bah. 2


Pink Colour Lagi.. Jangan Main-Main

  Hah… macam Pirate Of The Caribbean pula… siap ada part 1,2,3… Kih..kih..kih.. Syok woo cerita tuu… Johnny Depp adalah pelakon kegemaran aku.
  Alamak terkeluar tajuk sekejap. Memandangkan ada komen yang ingin aku perjelaskan secara panjang lebar. Maka terkeluarlah Entri ini.
  Aku tahu ramai yang ingin lakukan seperti apa yang tertulis dalam entri ini.. Namun apa kan daya. Dugaan yang menimpa terlalu hebat.
  Kita ingin berbaik dengan semua orang…. Orang kata kita mengada-ngada. Kita ingin tolong semua orang, orang pula kata kita mengampu. Jika kita selalu maafkan orang.. orang pula mengambil kesempatan.
  Memang.. memang susah kita menjalani kehidupan kita jika kita terlalu tunduk dan mengaku kalah. Kita akan di buli. Kita akan di persenda. Lebih-lebih lagi kalau lelaki. Mereka akan dikata pengecut, dayus, chicken,ayam,itik dan sebagainya laahhh
  Tapi… kita kena faham. Sebenarnya orang yang selalu dengki, marah, hina atau cari kesalahan orang lain itu sebenarnya mereka bukan sebahagia mana pun… Mereka juga berpura-pura.Mereka pun tahu orang lain tak suka mereka.
  Apa kata kawan-kawan aku….
1.    Farhana – Kita diperlekehkan sebaliknya kita pula berjaga-jaga nak keluarkan kata-kata..
2.    Cik Azizah – Kita jaga hati orang lain, tapi orang lain tak jaga hati kita puun.
3.    LindaHery - Kita makan hati (berulam jantung) kerana orang lain tak kisah sangat dan buat kita semakin pudar atau tawar hati nak buat baik
Memang..memang ada orang macam itu. Tapi korang tahu tak, orang macam itu bukan ada ramai kawan pun. Kalau ada pun bukan ikhlas dengan dia.. Dah perangai dia macam itu. Kita tak perlu hirau dengan dia. Tak perlu gadoh… Elak sebanyak yang mungkin dari berurusan dengan orang macam itu.
  Berlainan pula dengan komen mereka ini…Inilah yang dikatakan keseimbangan.. Ada orang sokong, ada pula orang yang agak sangsi.
1.    tucintiut – Memang Kita akan hilang kewarasan ketika marah.
2.    She'sGee – Juga setuju dengan entri sebelum ini.
3.    Sarah Mohamad – Kerana masing-masing dengan ego, akhirnya terus bermusuhan.
4.    m.y.z – Semuanya bergantung kepada situasi dan keadaan masing-masing.
5. MissCha - Juga setuju
Terima kasih kerana beri pendapat. Bagi aku. Aku sokong dengan kedua-dua kumpulan ini. Mereka beri pandangan yang berbeza namun semuanya dengan alasan tersendiri.
  Aku juga sama dengan kedua-dua kumpulan ini. Kerana aku dah jumpa ramai orang. Aku dah jumpa berbagai jenis ragam manusia.
  Tapi aku akan elak dari bertembung dengan mereka yang degil(tak tahu menghormati orang lain) itu. Dah tak boleh ubah mereka lebih baik aku elak saja. Nak gadoh?... Tak mau laa.. tak ada keuntungan langsung.. Orang lain akan pandang kita sama dengan orang itu juga.
  Tapi ada juga orang yang aku tak berapa suka dahulu.. Kini jadi best friend…
  Apa-apa pun ini adalah pendapat aku.. Aku pun bukan sempurna.. Hanya taip apa yang aku faham lah.. Berdasarkan pengalaman hidup aku.

Turut memberi pendapat adalah:
1.    Fyna
2.    Mawar Berduri
3.    Bro Ahmad


5 comments:

suha said...

adeih..cik suha tak komen ek?huhu cmne leh trlepas..bz sgt skrg neh huhu




(^_^)

♥e'in♥ said...

yg penting, jaga hati kite dulu sblm kite nk jage hati owg len..

She's Gee said...

Terlalu subjektif utk dibincangkan soal hati dan perasaan. kadang2 apa kate hati takkan terluah akan perasaan. kadang2 apa yang diluahkan oleh perasaan tak sama dgn kata hati..

renung2kan & selamat beramal... hehe..

Gee baru tulis "Aku bet Aku kalah"

Syarifah Norziane Syed Kahar said...

blogwalking here ^^

.m y z. said...

takde manusia dalam dunia ni perfect kan? even nabi Adam, manusia pertama pun pernah buat silap apatah lagi kita. tapi sebelum kita menghukum orang, lagi baik kita selidik dulu kan :)