SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, June 6, 2011

Bukan Tugas Aku



  Sebenarnya entri ini bukan nak kutuk atau menggumpat sapa-sapa… Cuma aku ambik dari pengalaman aku untuk kita renungi bersama. Watak dan tempatnya pun bukanlah sebenar. Tetapi isi kandungan ceritanya adalah benar.
  Baru-baru ini aku keluar makan dengan rakan sekerja. Kami buat collection duit tiap-tiap bulan. Bila dah ada sejumlah yang mencukupi, maka kami akan keluar beramai-ramai makan di tempat yang dipersetujui semua.
  Selepas makan kami pun keluar tunggu kawan-kawan yang lain. Sambil tunggu, kami beli laa jambu, betik atau buah-buahan(yang telah dipotong) yang jual di tepi jalan.
  Selepas makan ada seorang kawan aku tu, dia terus saja buang plastic itu di situ, dan bukan dalam bakul sampah atau tempat buang sampah.
  Aku tegur kawan itu… “Nazri(bukan nama sebenar), Hang mana boleh buang sampah tang tu..(di situ).Tempat buang sampah ada… atau nanti balik buang kat ofis laaa”.  “Aarrgh.. itu bukan tugas aku. Kerajaan ada bayar gaji orang sapu sampah, nanti dia sapu laa” Jawab Nazri.. Aku pun diam…
  Ada siapa-siapa setuju dangan pendapat Nazri tak? Aku tak setuju…
  Bayangkan suatu hari anak si Nazri itu diragut. Kebetulan orang yang kerja sapu jalan itu ada di situ. Dia boleh bantu, tapi dia buat bodoh saja…. Nazri juga Nampak tapi dia berada jauh dari tempat kejadian. Apabila dia pergi tanya orang sapu sampah itu dan orang sapu sampah itu jawab.. “ Bukan tugas aku… Kerajaan dah bayar gaji Polis.. Tangkap laaa”
  Apa perasaan Si Nazri tuu… korang agak?
  Itu lah… kebanyakan orang tidak akan berfikir bila tidak terkena pada diri sendiri. Sepatutnya Nazri kena jalankan tugas dia juga. Iaitu sama-sama jaga kebersihan. Ini tempat kita. Apabila orang luar datang ke tempat kita.. Tak lah malu sangat… Betul tak? 

18 comments:

misscha said...

bnci btol ngan org ckp camtu....kena la bertanggungjawab sama, x kn nak menharapkan kerajaan aje...do our part too!!

WuMing said...

Betul tuu... Nak tegur... dah besar panjang dah...

Anonymous said...

betul betul betul.. xde sifat hidup bermasyarakat langsung individu cmnie. individualistik je kot..

WuMing said...

Hmm.. nak buat macam mana dia, berkeyakinan tinggi.. Tapi tak mahu berfikir.

Alin said...

pggl karam singh je. hehe

sarah mohamad said...

sama2 lah kita jaga kebersihan. lagipun kalau kita buang sampah juga mencerminkan diri kita sendiri jugak kan :)

WuMing said...

@Alin
Dia dah di belakang tabir dah kot skarang..Alin sajalah buat liputan...Tapi last last tu jangan lupa buat perumpamaan pula...Angkat tangan skali

@Sarah
Betul..betul...

sarah said...

itulah...kenapalah sikap kita tak macam orang jepun.... bersih jjer....

WuMing said...

Mantalliti mereka pun sangat berbeza dengan kita..

yatt said...

kita semua perlu ada kesedaran dalam diri masing2 sbnrnya kan?

WuMing said...

Betul tu..bukan nak berdosa pun tolong orang...

miss frog said...

org m'sia majoriti org islam..tp tak jaga kbersihan..sampah merata2..to lom masok bab tandas lagi...nak salahkan kan sapa ni...kerajaan?pembangkang?kemudahan yg tak cukup...?atau nak mharap majlis bandaraya ja...haishhhhhhh....t kotor taw pulak nak komplen..sedeyyyyyy...grrrrr...

tucintiut said...

Cik Miow2 mmg x suke org buang smpah sesuke ati ...kekadang ader yg campak sampah dr tingkap kereta la...yg paling teruk duk meludah dr tingkap kete..pastu kebetulan de org bwk moto lalu sebelah...attooii...kan ke kesian ..?....pikir2 kan la....wahai rakyat malaysia...cube contohi Singapura...bersih je....

WuMing said...

@Miss Frog
Ya.. itu dia Senator Miss Frog dah marah...Tubuhkan party baru.. MFA - Malaysian Frog Association.. WuMing nak jadi timbalan..

@Tucintiut
Baru ni WuMing balik dari KL.. ada member buang sampah dari kereta.. Nak sound, nanti tak puas hati pula...Diam saja laaa....

Anonymous said...

harap2 member WuMing bace post nih... *hehehe... boleh ambil iktibar ye.. awww.. ;)

WuMing said...

Kih..kih...

Syarifah Norziane Syed Kahar said...

dah follow sini.. thank.. ;))

suha said...

adeih,ini macam punya worang pon ada ka?(^_^)

erk dh slang accapan haha