SELAMAT TAHUN BARU 2015

Friday, April 27, 2012

LUKA LAMBAT SEMBUH KERANA BERGADUH


Image:Google

  Korang percaya tak luka kita akan lambat sembuh jika kita suka bergaduh.
  Ini adalah kerana darah akan kehilangan Protien yang membantu untuk proses penyembuhan. Selain dari itu emosi seseorang itu juga akan terganggu selepas bergaduh.
  Maka dengan ini jika korang sayangkan orang sekeliling korang yang sedang sakit atau luka. Jagalah hati dan perasaan mereka.
  Seperti orang tua yang sedang sakit. Isteri yang lepas bersalin.. Tapi kalau Mat rempit yang baru jatuh motor selepas berlumba… Tak pa kot…..



PENYAKIT MURUNG


Image:Google


Image:Google

Image:Google
  Penyakit murung ini kadang-kadang boleh membahayakan. Jika ia berlanjutan dalam jangka masa yang panjang. Ada banyak fakta yang boleh menyebabkan penyakit murung ini.
  Ada orang bunuh diri kerana tak dapat menghilangkan perasaan ini. Sedangkan masalah mereka hanya sedikit sahaja. Kerana kurang berpengetahuan  maka itulah jalan penyelesaian mereka.
  Percaya tak sinar matahari  di awal pagi  dapat mengurangkan penyakit murung ini.
  Kerana sinar matahari yang rendah ini dapat mengurangkan mengeluaran Hormon Melatonin. Di mana hormone ini mengawal perasaan ingin tidur.
  Jika kita mengurung diri kita di tempat gelap. Ini akan mengalakkan pengeluaran Hormon Melatonin ini. Maka ia menyebabkan kita cepat berasa mengantuk, lemah dan murung.






ANAK TERLALU KURUS



Image:Google
Jika anak anda terlalu kurus. Cuba petua ini untuk merawat anak kesayangan anda itu. Dengan mengambil air beras yang sedang mendidih. Dan beri mereka minum samasa masih suam suam sejuk. Beri anak anda minum selama seminggu.



Wednesday, April 25, 2012

BUANG KESAN TITISAN LILIN ATAS KAIN


Image:Google

Korang pernah tak biar lilin menitis atas kain atau baju? Aku pernah…Susah woo nak buang.
Tapi kini aku ada satu cara berkesan untuk  buang kesan lilin itu pada kain atau baju.
Dengan mengambil sehelai kertas tisu yang tebal. Letak pada kesan lilin itu. Ambil seterika dan gosok pada tempat itu. Pastikan seterika tidak terlalu panas. Dan kesan lilin itu akan terlekat pada kertas tisu.
  Maka hilanglah kesan lilin pada kain atau baju korang.

CUCI JAMBAN


Image:Google


  Korang ada masalah tak dengan jamban korang? Iaitu masalah kesan kotoran dalam jamban.
  Hendak beli bahan pencuci… ada yang terlalu kuat. Sehingga menghakis permukaan jamban pula. Yang lembut … tak keluar pula..
  Sini ada jalan penyelesaian.. Korang beri dia minum coke… Ya … betul… coke…. Korang tuang coke pada jamban. Biar ia kena pada semua permukaan. Biarkan selama 3 jam… Biar jamban itu merasa nikmat air coke itu.
  Selepas itu curah dengan air dan gosok sikit dengan berus jamban… Maka kesan kotoran degil akan keluar…
  Selamat mencuba…

Bayangkan apa air ini buat dalam perut kita?

PANJANGKAN JANGKA HAYAT MESIN BASUH ANDA

Image:Google

  Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai Mesin Basuh.. Kan.?  Untuk menjaga mesin basuh menjadi lebih tahan lebih lama. Kita mestilah tahu cara untuk menjaganya.
  Semasa kita tidak mengguna mesin basuh.Plug haruslah dicabut dan lap dibahagian luar supaya kering. Lebih-lebih lagi pada panel kawalan. Tudungnya pula haruslah sentiasa dibuka.
  Ini adalah untuk memanjangkan jangka hayat tudung mesin basuh itu. Kerana jika tudung itu rosak, mesin itu pun tidak boleh diguna.
  Selain dari itu, ia mengelakkan mesin basuh itu dari menjadi busuk.



Wednesday, April 18, 2012

GAMBARAN DALAM KEHIDUPAN




Setiap Tingkah Laku Mengambarkan Perasaan,
Setiap Perasaan Membawa Makna Tersendiri…..

Beri Tumpuan
Image:Google

Malu
Image:Google

Usikan
Image:Google

Keselesaan
Image:Google

Kasih Sayang
Image:Google

Mesra
Image:Google

Bergurau Senda
Image:Google

Beri Semangat
Image:Google

Meratapi
Image:Google