SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, April 28, 2011

Hujan

Hujan…hujan…hujan….Hari ini dari pagi sampai lah sekarang ini. Hujan… Boring betul lah. Memanglah aku duduk main internet saja kat dalam ofis… Tapi boring juga bila nak keluar tengok hujan saja memanjang.
  Tiba-tiba….Teringat pula satu pepatah Mat Saleh yang berbunyi “ Life Isn’t About Waiting For The Storm To Pass, It’s About Learning To Dance In The Rain”. Bagus maksud ayat ini. Kadang-kadang bila hidup kita dilanda ribut kehidupan. Ia banyak membantu. Walau kita sedang menghadapi masalah tapi kita tetap akan cool bila kita teringatkan ayat ini.
  Bila difikirkan, bukan kita saja yang pernah menghadapi masalah. Malah semua orang pernah dilanda masalah. Bezanya besar atau kecil masalah itu. Dan bagaimana setiap orang itu menghadapi masalah itu sahaja. Bergantung pula kepada kebijaksanaan masing-masing. Ada orang yang menggunakan pengalaman hidup masing-masing untuk menyelesaikannya.
  Tetapi kita harus ingat bahawa panic dan takut yang melampau tidak membantu langsung. Kita tetap kena tenang ketika dilanda masalah… Dan setiap masalah itu tetap akan datang dan pergi… Bagai juga air hujan yang sedang turun…
  Kalau  sekarang aku keluar belajar menari dalam hujan, syok juga ni… Boleh masuk Showdown 2012. Tapi takut pula….. nanti  orang tangkap aku masuk Hospital Bahagia dulu…. Aargh.. kensel laahhh..

Terkena Air Panas

Telur… Korang tau tak selain dari menpunyai kandungan zat makanan, putih telur juga berupaya menyembuhkan atau melegakan kulit melecur apabila terkena air panas atau benda panas.
  Caranya dengan mangambil putih telur dan disapukan pada bahagian yang terkena air panas. Biarkan sehingga kering. Biarkan agak lama kemudian baru dicuci dengan air sejuk. Parut merah atau kulit melecur tidak akan kelihatan. Yang penting ialah sebelum disapu dengan putih telur, bahagian melecur tersebut tidak langsung terkena air sejuk atau bahan – bahan lain. Juga harus cepat – cepat disapu dengan putih telur apabila kulit terkena benda panas atau air panas.
  Oleh kerana kulit bahagian tersebut agak lembut, kita juga tidak digalakkan menggaru atau gosok dengan benda kasar.

Wednesday, April 27, 2011

Menjadi Orang Baik Hati

Teknik Untuk Menjadi Orang Baik Hati

Orang yang baik hati, siapa pun suka,siapa pun sayang betul tak? Tetapi jika korang rasa korang tak cukup baik hati atau rasa korang adalah orang yang kejam, usah bimbang. Di bawah aku ada sikit tips macam mana cara nak jadi orang yang baik hati. Sekurang-kurangnya tak rugi kalau mencuba.

1.    Mula dengan cara percakapan korang. Mula bercakap dengan perlahan-lahan. Dengan kenalan, kawan rapat dan ahli keluarga. Supaya korang ada masa untuk berfikir dulu sebelum korang nak keluarkan kat mulut. Sebab orang yang baik hati tak akan menguriskan hati orang lain. Kalau korang rasa mudah lupa dan tak sedar diri dan suka tercakap laju. Bagitau saja kat kawan-kawan atau orang sekeliling bahawa korang nak ubah cara percakapan. Jadi bila korang terlupa diri, member atau orang sekeliling bolehlah tegur. Jangan marah pula bila diaorang tegur…
2.    Lepas tu belajarlah pulak puji-puji orang lain… Jangan asyik cari kesalahan orang saja. Pujian tu biarlah ikhlas… Jangan mengada-ngada. Nak mengampu pula. Orang bodoh saja yang suka kita ampu diaorang. Dan orang macam itu juga tak guna kita jadikan kawan rapat. Tapi tak perlulah nak bermusuh dengan mereka. Memadai sekadar jangan terlalu bergaul dengannya.
3.    Belajar memaafkan orang lain. Biasalah jika ada orang buat kita tak puas hati.. Kita pun apa kurangnya betul tak.. Aku rasa semua kawan-kawan yang baca entry ini pun pernah buat orang lain tak puas hati kan? Terutama sekali ibu dan bapa kita. Pernah ker korang minta maaf?
4.    Last sekali, banyakkanlah aktiviti yang sihat kerana ia dapat menghilangkan rasa tress. Seperti bersukan, beriadah, berkaraoke, dan banyak lagi aktiviti lain. Asalkan ianya baik untuk kesihatan fizikal dan pemikiran korang. Bila korang ceria dan selalu happy saja… maka korang taklah suka cakap benda-benda yang boleh buat orang lain tak puas hati…

Selamat mencuba, harap-harap korang akan berjaya…….







Tuesday, April 26, 2011

Kulit Kedut


  Kecantikan adalah satu perkara yang tak boleh lari dari wanita. Umpama  isi dan kulit…(macam lagu Search pula) Betul tak? Malah ramai lelaki hari ini pun ambil berat tentang kecantikan. Mereka pergi ke spa, pusat rawatan kulit dan sebagainya. Aku juga suka jaga kulit. Tapi tak gitu-gitu tau… Tak kuasa I…….
  Tapi korang tau tak kecantikan ini kita perlu jaga dari dalaman. Barulah boleh kekal lama. Tak guna korang pergi spa,saloon, pusat rawatan kulit dan sebagainya jika korang tak jaga pemakanan(iaitu dari dalaman).
  Korang tahu tak makan makanan yang manis terlalu banyak boleh memyebabkan kulit kita berkedut. Malah merupakan satu punca utama penyakit Kencing Manis(Diabetes).Tapi aku tak cerita tentang penyakit Kencing Manis kali ini. Hanya tentang “Kulit Kedut” sahaja.
  Ini kerana kandungan gula dalam saluran darah terlalu banyak. Maka gula ini akan melekat pada serat Protien di bawah kulit. Keadaan ini akan menyebabkan ketegangan pada kulit. Keadaan ini mempercepatkan kadar penuaan pada kulit. Malah kulit akan menjadi kedut dan kasar akhirnya.
  Jadi jika korang sayangkan kulit korang. Janganlah selalu makan manis. Senyum manis-manis tak apa….Kih…Kih….

Monday, April 25, 2011

Nanti Akan Sama

Seorang budak lelaki dan ayahnya masuk mandi dalam bilik air. Seketika kemudian kedengaran suara budak lelaki itu bersuara.
Anak: Ayah-ayah, kenapa saya punya kecik?
Ayah: Ya lah, apabila anak besar nanti akan sama dengan ayah punya.
Anak: Ayah-ayah kenapa bulu saya punya sikit sangat?
Ayah: Nanti bila besar nanti akan sama dengan ayah punya.
Anak: Ayah kenapa saya punya pendek dari ayah punya?
Ayah: Tak apa nak, nanti besar samalah dengan ayah punya.
Anak: Ayah-ayah habis tu kenapa…..
Tak sempat habis anaknya bertanya, si ayah terus mencelah..
Ayah: Ok lah…ok lah(bercakap dengan nada mengeluh) nanti lepas mandi kita pergi beli berus gigi yang baru. Yang betul-betul sama dengan berus gigi ayah.

Aku harap tak ada siapa-siapa yang fikir bukan-bukan…. Tak ada kan?...Kan?

Sunday, April 24, 2011

Kecurian Dalam FACEBOOK

Pada tarikh 23 Oktober yang lalu, agensi berita asing telah melaporkan satu kes yang luar biasa dilaporkan di Rom, Itali. Seorang anak gadis muda yang bernama Pola Sierra telah pergi ke balai Polis Rom dan melaporkan bahawa berlaku kecurian dalam akaun FACEBOOKnya. Dia telah membuat laporan bahawa barangan yang dihiasinya untuk kucing peliharaannya dalam game “Pet Society” dalam akaun FACEBOOKnya telah dicuri. Barangan itu ialah Tab Yakuzi, Meja lukisan, Akuarium, Meja Snooker dan sebagainya.
  Selelah laporan dibuat, Polis telah membuat spekulasi bahawa akaun FACEBOOKnya telah di “HACKED”. Atau ada teman-temannya yang telah mencuri katalaluannya. Dan mereka telah masuk mencuri barangan tersebut.
  Bagi kita isu ini adalah remeh-temeh dan buang masa Polis sahaja. Tetapi bagi pihak Polis Rom, ini adalah satu kes yang serious. Kerana ia telah melanggar hak asasi kemanusiaan. Jika pelaku(orang yang menceroboh ke dalam akaun FACEBOOK tersebut) dapat ditangkap dan disabitkan dengan kesalahan, mereka boleh dimasukkan ke dalam penjara selama 1-5 tahun….

Sembuhkan Luka Dalaman Selepas Bersalin


Sejak turun  - temurun lagi masyarakat kita mengamalkan makan ikan haruan selepas bersalin.Malah orang yang terpaksa melalui lain-lain pembedahan juga mengunakan cara ini. Ini adalah bertujuan untuk mempercepat kan proses penyembuhan luka dalaman .
  Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pengunaan madu juga adalah berkesan. Cara ini bersesuaian untuk wanita yang bersalin secara normal. Madu membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka pada rahim.
  Caranya adalah dengan mengambil madu lebah asli dan sapu pada lampin atau tuala wanita dan pakai seperti biasa. Lakukan proses ini berulang kali setiap hari sehingga luka sembuh.