SELAMAT TAHUN BARU 2015

Wednesday, September 29, 2010

INSOMNIA

Rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk kesihatan kita. Kerana semasa tidur semua sistem dalam badan kita pun turut berehat sekali. Degupan jantung menjadi perlahan dan pernafasan kita pun menjadi perlahan dan dalam tempoh yang sama semasa kita tidur.
  Jika badan kita rehat tidak mencukupi,  kita akan rasa pening – pening , sakit kepala, lambat berfikir, lambat untuk membuat keputusan dan sebagainya.
  Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk mengelak dari tidur tak lena.
1.       Tidur tepat pada masa atau tidur pada masa yang sama tiap tiap malam.
2.       Hidangan terakhir atau makanan malam haruslah tidak terlalu banyak dan sekurang – kurangnya 3 – 4 jam sebelum tidur. Supaya semua makanan yang kita makan itu telah dihadamkan sepenuhnya
3.       Kurangkan minum minuman yang mempunyai kefein seperti kopi, setengah minuman dalam tin dan sebagainya.

PEMAKAIAN YANG BERSESUAIAN

Pemakaian yang bersesuaian adalah sangat penting bagi seseorang individu. Tak kira lelaki atau wanita. Untuk wanita yang berkerjaya, penampilan adalah sangat penting bagi mereka. Kerana ia akan membantu untuk menambahkan keyakinan diri.
  Memakai semua aksesori pada masa yang sama adalah perlu dielakkan. Jika anda memakai subang yang besar, leher anda tidak perlu memakai sebarang aksesori ataupun pakai rantai yang kecil sahaja. Sebaliknya, jika anda pakai rantai leher yang besar, subang anda tak perlu terlalu besar atau langsung tak pakai.
  Tali pinggang adalah satu lagi aksesori yang agak penting bagi wanita untuk kelihatan menarik. Ia dapat membantu untuk  wanita kelihatan lebih cantik dan nampak ramping.
  Bagi wanita yang mempunyai pinggang yang agak besar, dinasihatkan supaya mereka memakai pakaian yang warnanya hampir sama atas dan bawah. Warna seluar perlulah lebih gelap dan baju pula perlu berbunga atau bercorak kecil. Maka mereka akan kelihatan lebih tinggi dan ramping.

Tuesday, September 28, 2010

RISIKO LEMAH JANTUNG

  Adakah anda merupakan orang yang berisiko tinggi untuk mengidap penyakit 'Lemah Jantung'? Lemah jantung adalah penyakit yang boleh membawa maut di antara 1 dalam 3 yang tertinggi di dunia.
  Lemah jantung adalah disebabkan oleh saluran darah yang membawa darah ke jantung tersumbat.Orang yang berisiko tinggi untuk mengidap penyakit ini adalah lelaki yang berusia 45 tahun dan ke atas, wanita yang berusia 55 tahun dan ke atas. Selain dari itu golongan yang menghisap rokok, dari keturunan yang pernah mengidap penyakit ini, mereka yang mengalami tekanan darah tinggi dan juga mereka yang obesiti dan kurang bersenam.
  Untuk mengelak dari tergolong dalam mereka yang berisiko ini, anda haruslah menjaga pemakanan anda, tidak merokok, rajin bersenam dan selalu berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan kesihatan anda.

Friday, September 24, 2010

BEKAS ISTERI

  Suatu petang, dua orang sahabat karib sedang berbual di depan rumah.

Wanita 1 : Saya susah hati laa kak....

Wanita 2 : Apa kes  pulak?

Wanita 1 : Tiap - tiap malam suami saya mengigau dan sebut nama bekas - bekas isterinya.

Wanita 2 : Biasa laa... Kan awal - awal lagi awak pun dah tau suami awak tu pernah cerai dua - tiga kali.

Wanita 1 : Bukan masalah itu...

Wanita 2 : Habis tu... Apa masalah awak?

Wanita 1 : Sebab nama bekas isteri yang disebut tu, John, Robert dan Andrew.

Wanita 2 : ???????????????????/

Thursday, September 23, 2010

MINTA DIRI YER!!

MASALAH MUKA BERMINYAK

  Campurkan susu pekat manis dengan air bersih dan rebus campuran tadi sehingga mendidih. Kemudian biarkan ia menjadi sejuk dan sapu ke muka anda (Jika anda ambil campuran tadi yang sedang mendidih. Bukan minyak saja hilang, silap - silap kulit muka anda pun hilang). Biarkan salama 20 minit dan cuci dengan air suam yang bersih. Dalam tempoh tiga hingga empat hari muka anda akan kurang berminyak.

HILANGKAN JERAGAT

  Ambil buah pinang yang telah masak. Kupaskan kulitnya dan ambil isi pinang itu. Sapukan isi pinang yang telah dipotong tadi pada bahagian muka kita yang bermasalah. Dengan mengamalkan selalu petua ini, jeragat akan berkurangan dan lama kelamaan akan hilang.