SELAMAT TAHUN BARU 2015

Sunday, May 15, 2011

bX-d7hq04

  Apa kejadahnya menda ini?  … Wah intro ala-ala Edisi Siasat plak…Aaahh lantaklah..Edisi Siasat ker, Edisi Sesat ker… Yang penting aku tak suka benda ni…
  Korang tahu tak petang Khamis(12/05/2011) aku keluar minum teh  dengan kawan. Balik saja sampai ofis terus masuk tengok Blog aku……Aaaaarrrgh!!!!!!!………….Benda kat atas tu yang keluar…
  Aku tak boleh tengok Blog aku lagi… Apa yang terjadi?.... Pelbagai  soalan timbul dalam kepala Hotak aku….
  Adakah aku akan kehilangan Blog aku…Adakah aku tak boleh berhubung dengan kawan-kawan di Alam Maya(Cyber Friends) aku lagi… dan banyak lagi lah.. Celah-celah tu tertanya juga, nanti malam aku nak makan apa…He..He..He..
   Pukul 6 petang aku pun balik… Buka kat rumah pula… Internet pula tak boleh masuk.. Tension…tension…
  Sejak peristiwa itu aku makan tak kenyang-kenyang, mandi tak kering-kering dan tidur pula tak bangun-bangun… Sampai datang lewat pula ke tempat kerja…. He…He…He…
  Sampai di ofis pagi tadi (09 00 – 13/05/2011)aku terus buka tengok…. Ah Haaa!!!…. Dah boleh buka. Tapi tak boleh “sign in” lah pula. Dia naik benda kat bawah ni…. Hu..Hu…Hu… Kawan-kawan punya komen tak boleh “Publish”…

  Sedihnya hari ini…
  Tapi sekurang-kurangnya aku boleh tengok Blog aku lagilah….Aku taip ini untuk persediaan pada 1025 bersamaan dengan 13/05/2011. Cadang nak post pada isnin 16/05/2011.

** Hari ni (16/05/2011) aku dapati komen-komen kawan pula dah hilang...
Aku minta maaf sangat-sangat...Tak semua laa.. Tapi satu dua pun aku tak happy.. Komen kawan-kawan sangat aku hargai...

Wednesday, May 11, 2011

Tuan Kedai Yang Sembelit

Sebelum aku nak mula bicara, aku mohon maaf dulu yer… Sebenarnya Blog aku ini bukan untuk komen atau nak cerita tentang keburukan orang lain. Aku lebih kepada buat lawak dan bagi tips…
  Tapi pagi ini aku nak cerita sikit pengalaman aku. Kejadian ini baru saja terjadi pukul 08 45am(12hb May 2011) pagi tadi. Sebenarnya pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja aku singgah beli kuih-muih di satu kedai. Malas aku nak lepak kat situ.. Dah lah hujan, aku pula agak lewat.
  Ceritanya begini…kedai yang aku maksudkan itu memang banyak makanan. Maksud aku sarapan ala-ala orang Malaysia lah… Nasi lemak, roti canai dan juga kuih-muih.
  Tapi korang tau tak… tuan empunya kedai tu… sempoi  betul… Dia tak buat apa. Cuma duduk kat kaunter dan ambik duit saja. Usianya lebih kurang 40 lah. Tapi mukanya macam orang “Sembelit”. Senyum tak, apa tak. Dia buat macam dia pikul 5 guni beras atas bahu dia.
  Dia memang tak kata apa kat aku laaa… Tapi lawak juga tengok muka dia tu… First time dulu aku ingat dia mood tak baik hari itu. Isteri dia datang bulan ker… apa ker(apa kaitan dengan dia)…… Rupanya tak… Menang nature dia macam tu…. Dah 3-4 kali aku ke kedai tu… Memang dia maintain saja buat muka macam tu….Tu yang lawak tu…
  Abang… jangan marah yer… saya tak kutuk abang… saja nak share ngan kawan-kawan…Nanti esok saya singgah lagi kedai abang…Kalau abang sembelit… makan lah ubat….

Monday, May 9, 2011

Aaargh…Geli Laa Bang.

 Sepasang suami-isteri yang baru saja melangsungkan perkahwinan berpimpin tangan masuk ke dalam bilik. Sebentar kemudian kedengaran suara manja isteri….
Isteri: Perlahan-lahan yer Bang…
Suami:………….
Isteri: Saya takut sakit laa..
Suami:………….
Isteri: Jangan dalam-dalam yer Bang…
Suami:………….
Isteri: Aaarrghhh…geli laa bang….
Suami:………….
Isteri: Baannnggg………
Suami:.. Ok, siap… Korek telinga kiri pula…


* Maaf tiada gambar yang sesuai.......:)

Sunday, May 8, 2011

Sarung Kaki

Ramai wanita hari ini memakai sarung Kaki betul tak? Seperti yang kita tahu lah kan… Sarung kaki ini nipis saja. Mudah koyak. Walaupun harganya tak lah mahal sangat tapi kalau asyik koyak saja apabila terkena benda kasar sikit pun tak tahan juga kan?
  Ok… ini ada satu cara nak bagi sarung kaki korang tahan lama. Tapi taklah sampai ia terus tak koyak.. Sekurang-kurangnya lebih tahan lah dari selalu.
  Masukkan 2 cawan garam ke dalam satu baldi air bersih dan rendamkan selama 3 jam. Lepas itu cuci dengan air sejuk bersih dan jemur. Maka kain sarung kaki korang akan menjadi lebih liat dan tahan lasak… Selamat mencuba…
  Aku tak boleh lah nak cuba sebab aku mana pakai sarung kaki(bulu kaki aku pun keras dari kain sarung kaki tu..he..he..he.. biasa lah lelaki)…Korang cuba lah dan khabar-khabarkan di sini…..

Thursday, May 5, 2011

Emak

Ibu dan Bapa Bagaikan Cahaya yang Sentiasa Menyinari Hidupku


  Emak, Ibu, Mamee,Bonda dan banyak lagi panggilan yang kita beri gelaran kapada seorang wanita atau perempuan yang melahirkan kita ke dunia ini. Tapi gelaran macammana pun tidak sepenting layanan  kita terhadap mereka.
  Hari Ibu, hari bapa. Setiap tahun kita ada satu hari Ibu dan satu hari Bapa. Tetapi kenapa tidak ada hari anak. Ada orang yang mula berfikir.. ya tak ya juga. Sebenarnya mereka dah silap. Korang tahu tak kenapa setiap tahun ada satu hari Ibu dan satu hari Bapa tetapi tak ada hari anak?
  Kerana manusia hari ini dah tidak masa yang mencukupi untuk diberikan kepada Ibu dan Bapa. Oleh itu terpaksa wujudkan satu hari untuk Ibu dan Bapa. Sedangkan tidak ada hari anak kerana bagi Ibu dan Bapa, setiap hari adalah hari anak. Mereka lakukan segalanya semata untuk anak. Setiap detik dan saat adalah untuk anak.
  Sejak dalam kandungan lagi ibu telah bersusah payah membuat persediaan untuk kita. Korang tahu tak semasa melahirkan seorang bayi, kesakitan seorang Ibu adalah sama seperti semua tulangnya patah dalam masa serentak. Bayangkanlah betapa sakitnya ibu kita semasa melahirkan kita.
  Korang pernah tak lakukan sesuatu untuk siapa tanpa sebarang balasan. Tidak harap sebarang pujian atau bayaran… Ada?... No komen… Tapi Ibu dan bapa kita lakukan setiap hari untuk kita tanpa sebarang balasan juga bayaran. Mereka tidak fikir samada kita tahu atau sedar. Mereka lakukan dengan seikhlas-ikhlasnya. Mereka hanya senyum saja apabila hasrat mereka kesampaian. Tanpa kita tahu tentangnya.
  Selama kita hidup, kita telah banyak kali menyakitkan hati dan perasaan mereka. Pernah tak kita memohon maaf. Kita degil dan membantah dan banyak lagi perangai kita yang tidak senonoh.Tapi Ibu dan bapa kita tidak pernah fikir dan ingat tentang itu.
  Kini kita sudah besar panjang. Ada yang pergi merantau dengan berbagai urusan. Seperti belajar, bekerja, ikut suami atau isteri masing-masing. Jarang kita balik menjengok mereka. Bila mereka tanya tentang itu. Ada saja alasan kita. Yang masih belajar dengan alasan sibuk belajarnya, yang bekerja dengan alasan sibuk kerjanya dan yang sudah berumahtangga dengan alasan anak-anaknya dan berbagai-bagai lagi alasan yang kita beri.
  Cuba korang fikirkan. Berapa lama lagi mereka akan bersama kita. Masa kita telah selesai segala masalah kita(tak tahu samada boleh selesai atau tidak) mana tahu ia telah terlalu lewat. Bagaimana kalau mereka telah pergi tidak pulang-pulang. Masa itu kita menangis air mata darah pun tidak ada gunanya lagi.
  Hari ini mereka masih lagi kuat dan sihat. Kita perlu selalu berikan kasih sayang yang sepatutnya. Bukan tunggu setahun sekali . Tunggu hari Ibu atau hari bapa baru kita ingat atau pulang ke kampung halaman.
  Korang ingat tak ketika masa kita masih kecil dahulu. Mereka sentiasa bersama kita. Tanpa sebarang alasan. Dengan hati yang penuh kerelaan. Tanpa keluhan dan rungutan.
  Aku taip entry begini bukan apa. Aku juga ingin mengingati diri aku sendiri. Agar tidak lupakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan ingin luahkan disini untuk renungan bersama.

*Ibu juga adalah seorang wanita, jadi kita seharusnya kena sentiasa menghormati wanita.

Tuesday, May 3, 2011

Segarkan Wajah Anda

  Kadang-kadang kan…. muka kita Nampak macam tak bermaya saja… Nampak letih dan lesu. Tak apalah kalau duduk di rumah saja…. Tapi bagaimana kalau hari itu ada temu janji dengan balak/mak we(boyfriend/girlfriend) atau suami/isteri nak bawa keluar makan?
  Mesti korang menggelabahkan? Setakat nak pakai topeng(alat make-up tebal-tebal) mana klasss….Lelaki nak pakai apa?... Tak apa… korang jangan risau… Disini ada satu tip.
  Dengan berdiri tegak dan berusaha(aku tau korang tak pernah buat..Urat semua dah tegang dah) untuk ambil hujung jari dan menyentuh hujung jari kaki….Tunduk dan berada dalam keadaan ini sekurang-kurangnya 30 saat. Dan naik perlahan-lahan… Jangan terus naik pula.. nanti pengsan, marah kat aku pula…
  Cara ini akan menyebabkan darah di kulit kepala dan persekitaran muka korang akan berjalan lancar atau mengalakkan pengaliran darah di bahagian kepala. Maka ia akan menyebabkan muka kita kelihatan berseri-seri. Tapi seelok-eloknya lakukanlah tiap-tiap hari atau tiga kali seminggu… Kalau hanya setahun sekali baik jangan buang masa lah……Pakai saja topeng Batman ker, topeng Power Ranger ker keluar….heh..he..he…

Monday, May 2, 2011

Orang Malaysia Lebih Bijak Dari Orang Barat

  Seorang pemuda Malaysia baru saja tamat pengajiannya di sebuah Universiti tempatan. Apabila tamat beliau telah masuk bekerja di sebuar firma bertaraf antarabangsa.
  Suatu hari beliau telah masuk ke bilik air di tempat kerjanya. Kelihatan dua orang Mat Saleh sedang berbual sambil mencuci tangan.
  Apabila Mat Saleh itu nampak orang Malaysia masuk, mereka terus hendak tunjuk ego mereka…
Mat Saleh  1: Bro… You tamat pengajian dari Universiti mana?
Mat Saleh 2: I tamat Oxford Univercity.
Apabila habis bercakap Mat Saleh 2 terus ambil air dan cuci tangannya sampai  ke siku.
Mat Saleh 1: Kenapa kamu buat macam itu?
Mat Saleh 2: Semasa di Oxford kami diajar supaya mencuci tangan sampai ke siku lepas kencing. Kerana air kencing  kena sampai ke situ.
Mat Saleh 1 terus ambik air dan sabun yang banyak dan cuci tangannya berkali-kali.
Mat Saleh 2: Kenapa kamu buat macam itu?
Mat Saleh 1: Semasa di Stamford Univercity kami diajar supaya cuci tempat di mana  kena air kencing saja berkali-kali.
 Selepas  kencing,  pemuda dari Malaysia cuci tangannya sikit dengan air dan terus keluar… Mat Saleh dua orang itu terkejut dan mengejar pemuda dari Malaysia dan bertanya..
Mat Saleh 1: Hello Bro…Kamu cuci tangan macam itu saja lepas kencing?
Pemuda Dari Malaysia:  Ya….Univercity di Malaysia ajar kami supaya jangan Kencing kena tangan…..