SELAMAT TAHUN BARU 2015

Thursday, May 5, 2011

Emak

Ibu dan Bapa Bagaikan Cahaya yang Sentiasa Menyinari Hidupku


  Emak, Ibu, Mamee,Bonda dan banyak lagi panggilan yang kita beri gelaran kapada seorang wanita atau perempuan yang melahirkan kita ke dunia ini. Tapi gelaran macammana pun tidak sepenting layanan  kita terhadap mereka.
  Hari Ibu, hari bapa. Setiap tahun kita ada satu hari Ibu dan satu hari Bapa. Tetapi kenapa tidak ada hari anak. Ada orang yang mula berfikir.. ya tak ya juga. Sebenarnya mereka dah silap. Korang tahu tak kenapa setiap tahun ada satu hari Ibu dan satu hari Bapa tetapi tak ada hari anak?
  Kerana manusia hari ini dah tidak masa yang mencukupi untuk diberikan kepada Ibu dan Bapa. Oleh itu terpaksa wujudkan satu hari untuk Ibu dan Bapa. Sedangkan tidak ada hari anak kerana bagi Ibu dan Bapa, setiap hari adalah hari anak. Mereka lakukan segalanya semata untuk anak. Setiap detik dan saat adalah untuk anak.
  Sejak dalam kandungan lagi ibu telah bersusah payah membuat persediaan untuk kita. Korang tahu tak semasa melahirkan seorang bayi, kesakitan seorang Ibu adalah sama seperti semua tulangnya patah dalam masa serentak. Bayangkanlah betapa sakitnya ibu kita semasa melahirkan kita.
  Korang pernah tak lakukan sesuatu untuk siapa tanpa sebarang balasan. Tidak harap sebarang pujian atau bayaran… Ada?... No komen… Tapi Ibu dan bapa kita lakukan setiap hari untuk kita tanpa sebarang balasan juga bayaran. Mereka tidak fikir samada kita tahu atau sedar. Mereka lakukan dengan seikhlas-ikhlasnya. Mereka hanya senyum saja apabila hasrat mereka kesampaian. Tanpa kita tahu tentangnya.
  Selama kita hidup, kita telah banyak kali menyakitkan hati dan perasaan mereka. Pernah tak kita memohon maaf. Kita degil dan membantah dan banyak lagi perangai kita yang tidak senonoh.Tapi Ibu dan bapa kita tidak pernah fikir dan ingat tentang itu.
  Kini kita sudah besar panjang. Ada yang pergi merantau dengan berbagai urusan. Seperti belajar, bekerja, ikut suami atau isteri masing-masing. Jarang kita balik menjengok mereka. Bila mereka tanya tentang itu. Ada saja alasan kita. Yang masih belajar dengan alasan sibuk belajarnya, yang bekerja dengan alasan sibuk kerjanya dan yang sudah berumahtangga dengan alasan anak-anaknya dan berbagai-bagai lagi alasan yang kita beri.
  Cuba korang fikirkan. Berapa lama lagi mereka akan bersama kita. Masa kita telah selesai segala masalah kita(tak tahu samada boleh selesai atau tidak) mana tahu ia telah terlalu lewat. Bagaimana kalau mereka telah pergi tidak pulang-pulang. Masa itu kita menangis air mata darah pun tidak ada gunanya lagi.
  Hari ini mereka masih lagi kuat dan sihat. Kita perlu selalu berikan kasih sayang yang sepatutnya. Bukan tunggu setahun sekali . Tunggu hari Ibu atau hari bapa baru kita ingat atau pulang ke kampung halaman.
  Korang ingat tak ketika masa kita masih kecil dahulu. Mereka sentiasa bersama kita. Tanpa sebarang alasan. Dengan hati yang penuh kerelaan. Tanpa keluhan dan rungutan.
  Aku taip entry begini bukan apa. Aku juga ingin mengingati diri aku sendiri. Agar tidak lupakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan ingin luahkan disini untuk renungan bersama.

*Ibu juga adalah seorang wanita, jadi kita seharusnya kena sentiasa menghormati wanita.

7 comments:

LINDAHERY said...

yezza...hargailah wanita di dunia ini... :)

WuMing said...

Ya betul... sebenarnya golongan yang selalu buli atau mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak, wanita dan orang tua adalah golongan yang paling lemah di muka bumi ini.

HerNameIsSha said...

yeah sayang mama. mummy. ummi. emak. ibu. mum. mother. ma. okasan. amma. =)

WuMing said...

Ramainya....Baguss...Bagaimana dengan Otosan?

She's Gee said...

mak gee meninggal mase gee umur 14 tahun.. :(.. x sempat nak berbakti pada dye.. :(

WuMing said...

Kesian... sedih WuMing baca... WuMing memang nampak Brutal... tapi mudah sebak... Tambah-tambah isu kasih -sayang...Gee tabahkan hati... Sayang mereka yang masih bersama Gee... Dan kita juga akan disayangi....

She's Gee said...

yups.. betul pesan WuMing tu.. terima kasih.. ^^