SELAMAT TAHUN BARU 2015

Monday, November 15, 2010

Paku Pada Dinding Hati

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun dengan perkara remeh - temeh. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang. Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.


Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.


 Bapanya memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu
TIDAK akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.


  Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

http://apa-apapunada.blogspot.com/

Kayakinan, Kepercayaan dan Harapan.

Keyakinan.

Sebuah kampung mangalami kemarau yang sangat teruk. Orang -  orang kampung berpakat untuk membuat satu upacara untuk meminta hujan. Setelah hari dan masa ditetapkan semua orang pun datang berkumpul di tengah padang. Seorang budak datang bersama PAYUNG

Kepercayaan.

Kepercayaan mutlak adalah seperti budak berusia satu tahun. Semasa anda melambungnya ke atas dia akan gelak dan ketawa. Kerana budak itu percaya bahawa anda akan menyambutnya. Itu yang dikatakan kepercayaan mutlak.

Harapan

Setiap malam anda tidur, tidak ada jaminan bahawa anda akan bangun pada keesokan pagi. Tetapi setiap orang tidak pernah lupa untuk merancang apa yang perlu dilakukan keesokan hari.

Punyai keyakinan bersama  dengan kepercayaan yang penuh dengan harapan adalah semangat yang unggul untuk kita maju ke hadapan.


http://apa-apapunada.blogspot.com/

Thursday, November 11, 2010

Panjangkan Rambut Dengan Cepat

  Jika anda adalah seorang yang ingin kelihatan ayu, cantik dan bergaya dengan berambut panjang dan sihat. Tetapi rambut anda masih pendek dan lambat panjang.
  Ini ada satu petua untuk mempercepatkan ketumbuhan rambut anda bagaikan dilengkapi kuasa turbo.
  Memberi senaman kepada rambut dapat mempercepatkan rambut anda menjadi panjang. Kedengaran pelik, sebab kita tidak pernah dengar rambut bersenam. Tetapi inilah hakikatnya. Menundukkan kepala anda selama 30 saat, lepas itu naikkan kepala anda perlahan – lahan. Ini adalah untuk membenarkan darah mengalir ke kepala anda untuk menyuburkan akar dan  rambut anda. Lakukan tiap – tiap hari dan rambut anda akan cepat panjang, kuat dan sihat dengan semulajadi.
  http://apa-apapunada.blogspot.com/

Monday, November 8, 2010

Halau Semut, Nyamuk dan Lipas

Semut , nyamuk dan lipas memang tidak ada siapa yang suka. Tetapi untuk menghapuskannya adalah satu masalah. Hendak disembur dengan racun serangga, di rumah pula ada anak kecil. Sakit kepala dan pening dibuatnya.
  Di sini saya ada beberapa cara untuk menghalau semut, nyamuk dan lipas tanpa menggunakan racun serangga.
Semut
  Semut tidak suka masam, untuk menghalau semut, percikkan air limau ke atas laluan mereka dan ditempat yang anda agak semut akan pergi ke tempat tersebut.
Nyamuk
  Nyamuk tidak suka pedas.Terdapat beberapa cara untuk menghalau nyamuk. Iaitu bersihkan halaman rumah anda dimana menjadi tempat pembiakan nyamuk. Tempat – tempat yang mempunyai air takung. Bersihkan longkang – longkang dan sebagainya. Untuk menghalang nyamuk dari mengigit anda, anda ambil semangkuk air dan larutkan vitamin C dan B2. Ambil kain rendam kedalam air itu dan sapukan pada kulit anda. Bau dari campuran tadi akan mengelakkan nyamuk dari masuk dekat anda. Selain dari itu ambil plastik warna jingga dan bungkus pada lampu anda. Nyamuk takut pada lampu warna jingga.
Lipas
  Lipas pula tidak suka pada benda wangi.Potong beberapa keping sabun, masukkan kedalam botol yang berisi air dan letakkan dibawah almari, bawah meja atau di mana – mana yang anda suka. Selepas beberapa hari semua lipas akan lari malah rumah anda akan berbau harum dengan bau sabun itu..

Sunday, November 7, 2010

Bersyukur Kerana.....

Terpaksa kutip sampah selepas selesai mengadakan  jamuan kecil – kecilan di rumah.
-           Kerana kita masih mempunyai kawan - kawan yang perlu diraikan.

Pakaian kita telah kecil dan ketat.
-          Kerana kita masih mempunyai makanan yang mencukupi yang boleh menyebabkan kita menjadi lebih besar atau gemuk.

Mempunyai bayangan yang sentiasa mengikuti kita.
-          Kerana kita masih boleh berjalan keluar rumah dan mendapat cahaya matahari.

Terpaksa potong rumput di halaman rumah, terpaksa cuci tingkap, terpaksa baiki pintu rumah.
-          Kerana kita masih ada rumah untuk didiami.

Tempat parking terlalu jauh dari destinasi yang kita hendak tuju.
-          Kerana kita masih ada kaki dan kaki kita masih lagi mampu berjalan dengan jarak yang begitu jauh.

Pakaian terlalu banyak yang perlu dicuci.
-          Kerana kita masih ada pakaian untuk dipakai dan kita masih ada kemampuan untuk membeli pakaian yang begitu banyak.

Berasa lenguh – lenguh angota badan.
-          Kerana kita masih lagi boleh bekerja untuk menyara hidup diri sendiri dan keluarga.

Bunyi bising jam loceng diwaktu pagi .
-          Kerana hari ini kita masih lagi hidup dan boleh lagi jumpa orang yang kita sayangi dan baca blog ini.

Thursday, November 4, 2010

TANDA AWAL MENGANDUNG

1.      Mengidam atau teringin makan benda yang pelik – pelik. Kadang – kadang  suami juga boleh mengidam sedangkan isterinya tidak ada apa –apa perubahan selera makan.
2.      Tidak datang haid. Tetapi keadaan ini berbeza juga pada segelintir wanita hamil. Dalam keadaan mengandung peringkat enam bulan pertama mereka masih lagi datang haid seperti biasa.
3.      Terasa loya dan ingin muntah apabila terbau makanan atau rasa rasa pening - pening. Keadaan ini juga boleh berlaku pada suami. Tetapi isteri pula tidak berasa  apa – apa.
4.      Terasa malas dan ingin tidur sepanjang hari. Keadaan ini boleh berlaku sejak minggu pertama mengandung sehinggalah  ke hari bersalin. Tetapi selepas bersalin jika masih lagi malas dan suka tidur, keadaan ini perlu berhati – hati. Mungkin suami anda akan curah dengan air panas dan cari penganti.
5.      Sakit -  sakit angota badan terutamanya disebelah belakang badan.
6.      Mungkin anda akan sakit walaupun anda tidak  pernah sakit sebelum ini. Seperti sakit pinggang, sakit badan dan sembelit.
7.      Rasa seperti perut kembung, walaupun anda telah berubah posisi tidur ataupun telah sapu minyak angin.
8.      Perubahan pada selera makan. Anda akan rasa makanan kegemaran anda tidak sesedap dahulu.
9.      Kerap  buang air kecil pada waktu malam.

Monday, November 1, 2010

JAGA ORGAN DALAM BADAN

Dalam satu hari kita mempunyai 24 jam. Dalam masa tersebutlah kita melakukan banyak aktiviti. Tetapi tidak ramai diantara kita yang tahu bahawa setiap organ dalam badan kita mempunyai masanya tersendiri.Seorang pakar dalam perubatan dari Thailand telah membuat kajian dan telah merangka satu jadual waktu untuk kita melakukan aktiviti yang sesuai mengikut kehendak tubuh badan kita.
Siapa yang dapat menjalani kehidupan mengikut jadual yang dirangkakan ini akan mempunyai kesihatan yang baik. Seperti tidur ikut waktu, bangun ikut waktu, makan ikut waktu dan sebagainya. Dan masa atau waktu yang paling mustahak adalah dari pukul 2000 – 2200. Masa ini anda haruslah menenangkan fikiran supaya anda besedia untuk masuk tidur dengan selesa dan mendapat mimpi yang indah sepanjang malam.

02.00-04.00 - Masa untuk Hati mendapat rehat. Ini adalah masa untuk  kita berehat. Kita patut telah lena dengan nyenyak pada waktu ini. Bagi mereka yang telah lena dengan nyenyak pada waktu ini setiap malam, rupa paras mereka akan kekal awet muda.

04.00-06.00 -  Masa untuk Paru – paru kita berehat.Kita sepatutnya telah bangun menyedut udara segar. Mereka yang mengamalkannya akan mempunyai paru – paru yang sihat dan mempunyai kulit yang sihat.

06.00-08.00 -  Masa untuk usus besar. Amalkan pergi buang air besar pada waktu ini.Jadikan ia sebagai satu kebiasaan. Dan amalkan juga minum dua gelas air suam dan air bercampur limau, usus anda akan menjadi kuat dan sihat.

08.00-10.00
-  Masa untuk  perut. Anda perlu mengisi perut anda dengan makanan pada masa ini. Ia akan menyegarkan badan anda setelah perut anda berehat semalaman. Orang yang tidak makan sarapan pagi akan menjadi mudah runsing dan kulit mudah kedut. Kelihatan lebih tua dari umur yang sebenar.

10.00-12.00 -  Masa untuk Limpa. Limpa akan mempunyai beban kerja yang banyak atau bekerja berat pada masa ini. Jangan terlalu banyak bercakap, kurangkan makan pada waktu ini dan dilarang tidur pada wattu ini.

12.00-14.00
-  Masa untuk jantung.Elakkan ketegangan atau menyelesaikan masalah yang berat, runsing dan terlalu ghairah pada waktu ini. Anda perlu rehat dan tenangkan fikiran.

14.00-16.00 -  Masa untuk usus kecil. Berhenti semua aktiviti makan pada waktu ini kecuali air. Ini adalah untuk membenarkan usus kecil dapat bekerja dengan sepenuhnya.

16.00-18.00 -  Masa untuk pundi kencing. Masa untuk kita bersenam atau melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Dan elakkan dari menahan kencing.
18.00-20.00 -  Masa untuk buah pinggang. Segarkan badan anda. Lakukan aktiviti yang menceriakan dan elakkan dari mengantuk pada waktu ini.

20.00-22.00 -  Masa untuk membran jantung. Elakkan  dari menonton tv. Tenangkan fikiran dengan meditasi atau rehat – rehat tanpa berfikir terlalu banyak.
22.00-24.00Masa untuk sistem pemanasan dalam badan. Masa yang sesuai untuk masuk tidur. Elakkan mandi pada waktu ini.
24.00-02.00 - Adalah masa untuk hempedu. Tidak sesuai menyebabkan badan kekurangan air. Minum air dan jangan terlalu banyak sebelum masuk tidur. Jika kekurangan air pada waktu ini hempedu akan memjadi pekat. Akan menjadi mudah marah apabila bangun pagi dan juga boleh menyebabkan sakit kepala.